RESEPI BISKUT TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH

by - August 18, 2015

RESEPI BISKUT TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH


RESEPI BISKUT TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH


Bahan-Bahan :



1 paket biskut - dari apa-apa jenis (biskut kering pun sedap hehe)
1 tin susu cair 
1/2 tin susu pekat (siapa yang tak suka manis-manis sangat, boleh kurangkan sukatan)
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Serbuk milo

Cara-Cara :

Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
Menggunakan api yang perlahan,masak dan kacau campuran kastard tadi hingga adunan menjadi likat.
Tutup api.

Susun biskut dalam bekas/loyang.
Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan.
Taburkan serbuk milo.

Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi.
Lapiskan lagi dnegan adunan kastard dan taburkan milo.
Ulang langkah ini hingga habis.
Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan serbuk milonya.



Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Hidangkan.


RESEPI BISKUT TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH
Kakak suka tambah yang topping coklat ketul-ketul atas tu. Boleh je nak tambah apa-apa kat atas tu hahaha. Ikut suka dan kekreatifan anda :)


RESEPI BISKUT TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH
Sedap sedappp sedap tau! Cuba lah buat :D

Selamat mencuba ! Tapi seriuss seriusss sedap giloss tau! Hahaha. Cuba jangan tak cuba :)

p/s : Resipi ini diambil dari facebook. Tapi tak ingat siapa empunya nya. Tetapi gambar-gambar di atas hak milik saya sendiri. Baru je buat ahad lepas di rumah kakak :p


You May Also Like

6 comments

  1. kelihatan menyelerakan... pandai buat :D free2 nanti blh jgk try

    ReplyDelete
  2. Huaaaaa.sedapnyaaaa.alaaaaa kalau akk mkn ni gemuk lg lahhh.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Tak perlu bakar ye. Boleh la buat wiken nanti.

    ReplyDelete
  4. Oh my ni rasa nak cuba try test buat ni... Perut ena terus lapaaaarrr tengok kek tu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p