http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

JANGAN SEBARKAN GAMBAR ANAK LISA SURIHANI&YUSRY YANG TAK BENAR

By 10:05:00 AM , ,

JANGAN SEBARKAN GAMBAR ANAK LISA SURIHANI&YUSRY YANG TAK BENAR

Ehem, sebenarnya malas nak tulis entry banyak sangat pasal artis ni. Tapi bila tengok ada sesetengah blogger atau pihak lain yang cuba mendedahkan gambar anak lisa surihani&yusry abdul halim tu... yang saya rasa...betul ke? Sahih ke? Dari mana sumber nya?

Sesetengah pihak kadang-kadang memang sengaja cuba mencari populariti atau untuk menaikkan trafik blog, sanggup membuat entri memuat turun gambar anak lisa surihani&yusry halim tanpa sumber yang tidak tepat dan dipercayai.

Saya yakin gambar anak lisa surihani dan yusry halim belum lagi didedahkan kerana :

1) Setahu saya, Lisa Surihani & Yusry belum memuat turun gambar anak mereka pun di mana-mana laman sosial mereka. Saya dah check dah. Kat instagram mereka takde, twitter takde, facebook takde. Jadi, dari mana datang nya foto anak Lisa&Yusry tu padahal Lisa&Yusry pun tak memuat turun gambar bayi mereka lagi. Okay ada logik tak di situ?

2) Lagi satu, bila selongkar lagi. Terbaru, ada dapat satu berita dari portal mStar Online(sumber yang boleh dipercayai), Lisa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap insan yang mendoakan beliau tetapi sekarang ini beliau meminta untuk diberikan ruang sedikit dengan keadaan yang baharu dan belum bersedia untuk ditemu ramah.

Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interviu. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami “adjust” diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media. -Lisa Surihani

 3) Viral kononnya gambar di bawah ini ialah anak Lisa&Yusry sangat tidak betul kerana Lisa Surihani sendiri menegur memberitahu bahawa itu bukan anak beliau di instagram OFFICIAL beliau.


JANGAN SEBARKAN GAMBAR ANAK LISA SURIHANI&YUSRY YANG TAK BENAR


JANGAN SEBARKAN GAMBAR ANAK LISA SURIHANI&YUSRY YANG TAK BENAR

JANGAN SEBARKAN GAMBAR ANAK LISA SURIHANI&YUSRY YANG TAK BENAR
Lisa Surihani menegur dua gambar di atas sana tidak sahih mengatakan itu anak beliau. sumber : beautifulnara


Sekian tu jelah nak habaq hahaha. Jadi makanya kalau nak buat sesuatu entri atau memuat turun gambar yang berkaitan dengan hal orang ni, kena lah tahu kesahihan sumber berita nya. Jangan semata-mata nak tarik orang nak baca blog kita, kita pun buat entri yang tak tahu pun kesahihannya. Sebab takut jadi fitnah pula. Nanti kat akhirat kita yang kena menjawabnya. Sekiannn. Maaf jika ada yang terasa hati dengan entri ini.

Sesungguhnya yang baik datang dari Allah. K daa~wassalam :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Salam sis,

    Blogger yg macam ni la yang membusukkan nama blogger2 lain terutama blogger hiburan

    Kita singgah dari segmen bloglist nurfuzie.com

    ReplyDelete
  2. Betul. Akk pn tkjut bila ada org share. tp media yg sahih mcm hlive pun x siar pun. so something wrong somewhere. mbe akk sedara ngan lisa ni pn x tnjuk. so? hmmm

    ReplyDelete
  3. hehe.. sebab tu akak malas nak up citer retis. Banyak yang tak betul dari betul. Nanti jadi fitnah pula. Tak sanggup tanggung dosa..

    ReplyDelete
  4. Dasar nak kejar traffik mereka ni. Haisssshhhhh. Susah nak percaya dah skrg

    ReplyDelete
  5. kesian kan jadi artis... tak de privacy langsung.. :(

    ReplyDelete
  6. ini gambar lama, tak silap masa anak ada satu artis lain lahir dan mereka dukung baby tu... hu hu hu...kesiannya...kadang-kadang sebab nak kejar trafik boleh jadi kena gelak...

    ReplyDelete
  7. Bawa bersabar ye...tiba masanya lisa dan yusri pasti beri keizinan untuk media merakam gambar anak mereka..masa itu nanti jangan la pula membeza2kan..

    ReplyDelete
  8. Hahaha. Kak min x siap edit entry daa publish. Yg kat kerusi masa LARA baby..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.