http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !

By 8:00:00 AM ,

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM
Pusat memandu saya di Dengkil

Wahh tajuk *tepuk tangan* begitu menyayat hati sekali haha. Pagi semalam saya gagal test Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tu. Pada belah petangnya, saya update status di Facebook tentang kegagalan saya dalam test JPJ. Wah gituw kegagalan! hahaha. Tak tahu lah kenapa rasa macam lama-lama tak sedih pula sebab gagal test JPJ sebab mungkin boleh terima kenyataan kot saya mungkin tak bersedia lagi time test JPJ semalam #kononnya hehe.


test jpj gagal
abg FR tulis haha je kat status den. Ciss.


Rupa-rupanya ramai je yang gagal test JPJ untuk pertama kalinya. Dan ada yang sampai 4 kali repeat test JPJ. Saya pun lega la kan sebab dikira sebagai normal la kan gagal test JPJ untuk kali pertama hehehe. Ingat nak up entri tentang test JPJ saya gagal semalam tapi macam takde mood pulak nak membebel pasal test JPJ saya gagal ni. Pagi ni baru ada mood nak membebel haha.

Mula-mula, semua yang mengambil test JPJ kena dengar taklimat dan mendaftar di pejabat JPJ. Bahagian 1 ialah Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). Kena periksa kereta di bahagian depan, kanan, belakang dan kiri. Kena periksa ruangan enjin. Di ruangan enjin, kena kenal 8 komponen dan memeriksa tiap-tiap satunya. Di dalam bonet juga kena periksa dan pastikan 3 benda kena ada dalam bonet - tayar ganti, perkakas tools dan peralatan kecemasan segi tiga amaran.

Kemudian, pergi ke bahagian 2- Litar. Saya gagal bukit di litar ni! hahaha. Masa nak turun bukit tu saya terundur ke belakang sikit. Walaupun sikit tapi dah lebih 50% maknanya gagal lah bahagian 2 saya sobsob.

Dah la ketaq lutut time ni sebab gagal kat bukit kan. Ingat nya terus gagal tau. Baru la nak frust tertonggeng kan. Tapi tiba-tiba abang kat pejabat tu panggil "No 3!". Aik ada lagi ke. Ohhh rupa-rupanya saya kena buat Bahagian 3 pula iaitu jalanraya. Fuhh ada peluang lagi la nak lulus kat jalanraya. 

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
Saya pun diarahkan masuk ke kereta no 26. Dalam hati duk doa la harap-harap dapat abam JPJ, bukannya ahkak JPJ. Selepas beberapa minit kemudian, sorang abam JPJ masuk. Fuhhh selamatt. Okayy taktik untuk mengambil hati abam/ahkak JPJ yang pertama ialah bila dia masuk kereta je, kita ucap "assalamualaikum encik" atau "selamat pagi encik". Haa mana tahu kot-kot sejuk hati dia dengar kita cakap macam tu.

Al-kisahnya lepastu saya pun pergi la masuk ke jalanraya. Saya diarahkan untuk mengikut Jalan A. Dia ada dua jalan. Jalan A dan Jalan B. Bagi saya, jalan A lagi senang sebab jalan dia tak berliku-liku dan hanya perlu U-turn sekali sahaja selepas melepasi kawasan sekolah. Jalan B lagi mencabar sebab ada bonggol dan banyak belok-belok.

Okay laa selepas dah masuk jalanraya, kembali lah ke pusat memandu kan. Abam JPJ tu bagitahu la apa kesalahan-kesalahan yang saya buat sepanjang jalanraya tadi. Dengan penuh redha, saya pun menadah telinga untuk dengar kesalahan-kesalahan saya. Antara kesalahan saya yang menyebabkan saya gagal di jalanraya ialah 

1) Saya hanya jalan separuh jalan sahaja. Jalan A ni ada 2 U-turn tau. Sepatutnya saya U-turn di U-turn yang kedua tetapi saya U-turn yang U-turn di pertama hahaha. Yela dekat jalanraya tadi saya tanya dekat abam JPJ tu "U-turn yang ni (merujuk kepada U-turn pertama) ke kena lalu?". Tapi dia diam je. Cisss! Sampai hati tak nak bagitahu jawapan atau hint sikit-sikit ke. Bukan nak tolong! *tak puas hati* hahahaha. Nasib badan le dapat abam JPJ yang tak sporting.

2) Saya ada langgar beberapa kali garisan putih di tepi jalan.

3) Saya dah terbiasa dengan habit melihat di kawasan gear jika hendak menukar gear. Haa tu pun salah kata abam JPJ tu sebab kalau kita tengok gear semasa kita tukar gear, takut kita terhilang fokus sekejap dan akan masuk ke laluan sebelah which is bahaya la kan kepada kita dan juga penumpang kenderaan yang lain. Tu lah dia nasihatkan saya kena supaya banyak praktis lagi. Kalau selalu praktis, takdelah dah tengok gear bila nak tukar gear.

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
4) Saya rasa ini kesalahan saya yang utama kot. Sebelum masuk ke pusat memandu tu. Kena belok ke kanan tau. Ermm macam mana nak cerita ye. Okay macam biasa kita tengok kat jalanraya kan, kalau kita nak belok ke kanan/kiri, kita mesti kena ada masuk ke laluan yang kecil tengah-tengah supaya tak ganggu kenderaan lain di belakang kita untuk mereka meneruskan perjalanan kan. 

Tapi saya tak masuk situ *mungkin sebab saya tak perasan*, saya berhenti betul-betul kat tengah-tengah laluan kiri tu. Memang bahaya la sebenarnya sebab kereta-kereta kat belakang kereta saya pun boleh tahan juga lajunya tu. Abam JPJ masa tu marah saya "kenapa awak berhenti kat sini! Nampak tak kereta belakang tu tak boleh nak teruskan jalan! Kalau dorang langgar awak macam mana! ". Adehhh telan air liur jelah time tu. Masa tu lupa dah segala gear klac bagai haha. Fikir nak belok je masa tu.

Ermm yang tu jelah abam JPJ tu tegur kesalahan saya di jalanraya. Lagi satu dia nasihatkan saya untuk kawal stereng dengan lebih baik lagi. 

Tu lah saya pun perasan saya macam tak mahir lagi kawal stereng. Hahaha.

Saya dah booking dah untuk the next JPJ. Tarikhnya 24 November. Kena bayar RM170 untuk repeat JPJ dan kalau nak kelas memandu tambahan, kena bayar RM40 rasanya untuk satu jam or dua jam kot. Apa-apa pun doakan saya ye dan seorang lagi kawan saya yang kena repeat jugak tu lulus ye 24haribulan nanti ! Amin !

Okay daa~ wassalam :)


You Might Also Like

27 comments

  1. Teringat kenangan masa test dengan JPJ dulu..
    Ada yang bertanya kenapa cepat sangat patah balik.. gagal atas jalanraya ek..?
    Eh!Takdelah.. kenapa..?
    Sebab dorang semua kena u-turn dekat t.light atas bukit tapi ai pusing bawah jambatan je.. ekekeke..
    Nak buat macam mana.. rezeki dapat dengan abam JPJ yang tak strict sangat.. (dia pun dah penat layan kerenah calon2 agaknya)

    Takpe.. cuba lagi.. moga berjaya.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Huhu sama la saya pun 1st time gagal di part naik bukit. On the road Alhamdulillah ok.. All the best for the next test ya!

    ReplyDelete
  3. eh mahal dah skrg kena repeat byr sampai rm170. huhuh -emy dulu sekali je gagal.

    Al kisah, bawak dekat jalan raya, boleh termenung kejap.
    Macam terbabas sikit. apa lagi "gagal' hahaha sedihhh T_T

    tp 2nd time, alhamdulillah. Chaiyokk sayidahh.. Insyaallah jpj baik hati boleh bg lepas. hehe

    ReplyDelete
  4. Sabar yea sis... Cuba lagi, dan gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya... Ganbatte..

    ReplyDelete
  5. Hihihihi tak pe dik....dlm hidup nie memang sudah ditetapkan gagal dan lulus....hihihihi cuba lagi k...awk boleh...mungkin kali pertama tu buat awk sedikit gundah gulana ke....mesti yg secodn bertambah baik dan lulus...ameen..hihih ;)

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak kesalahan ye. Takpe, banyakkan praktis lagi okey. Teringat saya JPJ bulan 4 haritu. Memang cuak giler lah! yang membosankannya sebab dapat nombor 82/100, memang dari pagi sampai ke petang lah jawabnya menunggu. Alhamdulillah dapat abam jpj bukan ahkak jpj. Hahah disebabkan abam JPJ dah bosan agaknya, masa pun dah suntuk, dia tak bagitau pun suruh ikut jalan mana. Dia kata jalan je dulu, aik pelik. Haha. Keluar je jalan raya, pastu tak masuk jalan mana2 lagi dia suruh u-turn, ingatkan fail. Sekali dah sampai, dia tulis lulus. Fuh! Lega ~ Mungkin kelebihan orang last2 ni memang sangat untung, test tak sampai 5 minit sebab dah bosan dengan orang yg test dari pagi hahaha! Apa2 pun semoga awak dan kawan awak lulus, doa banyak2 :D Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. cube lagi..
    akak dulu gagal gak tapi tang parking..
    jalanraya lulus...

    tapi dia punye sedeh bleh tahan..hahahha

    ReplyDelete
  8. sy 3x test baru lulus.. hahahaha.. sampai mak buat air penawar...

    ReplyDelete
  9. hihi.. good luck lps ni..
    Mari lawat blog cik en
    Nurfuzie.Com
    Cik en mencari sponsar untuk GA cik en
    Pencarian Sponsor Give Away Nurfuzie Dot Com #1
    Entry terbaru cik en mengenai
    Apa Itu Lotus Birth?

    ReplyDelete
  10. goodluck test jpj nanti, doa2 dpt abam jpj yg baik hati, dilembutkan hati dye utk bg kite lulus test tu nanti ! :D

    ReplyDelete
  11. Takpe lepas ni jangan khayal semasa test..... mende2 ni kenangan masam manis dlm hidup... good luck!

    ReplyDelete
  12. ahahahaa.....cikgu!!! hahahahaa.........xpee...kakya dah merasa gagal test jpj..kali kedua amek lepas..hehehe

    ReplyDelete
  13. hahaa..miza pun gagal test jalan raya..litar okay..sangkut jalan raya tak dan nak gerak lagi..lupe pakai tali pinggang -..-'' .mula2 pun sedih gak tapi lama lama leekk jee..hahaa :p..nanti baru nak ambik balik..heee

    ReplyDelete
  14. hahahha adoi kc.. takpe nanti lulus la tu..
    pasai tukar gear tu, bila free, cuba buat simulasi gerakan tangan tu.. buat ulang2 lama ingt dan tak payah tengok gear masa tukar...

    ReplyDelete
  15. Tak apa..jangan putus asa.mesti ada hikmahnya.yakin.

    ReplyDelete
  16. sy pn amik test 2x.. yg pertama gagal jln raya kalo x silap..yg bukit lepas..mjr lah test ke 2 lulus..ekeke...dh 6thn pgg lesen kete..ahaks

    ReplyDelete
  17. Agaagaaga..takutnya nk amik lesen...

    ReplyDelete
  18. Kita geng. Akak dulu pun repeat part jalanraya jugak, cuak betul. Kena pulak jpj pempuan.. Huhu
    5 Cara Mengatasi Sembelit Secara Semulajadi

    ReplyDelete
  19. gud luck nnti ye. sy pun belum test lg. inshaAllah bulan 10 ni. :)

    ReplyDelete
  20. 5kli enjin krta mati msa nk kluar ke jalan raya. Brdebar tk trkira

    ReplyDelete
  21. Knangan blajar krta manual. Skrg bwak auto. Manual dh jdi kurang. Tkut jgk msa test dlu. Sbb tk pndai nk kwal klac.. masa nk test jlnraya krta mati 5 kali. Hehe

    ReplyDelete
  22. saya test esok 13 october 2016 tapi hari ini.. sepanjang mata terbukak nie tangan sejuk je hati berdebar debar kalah nak amik pekse skola.. huhu... harap2 esok dipermudahkan segala urusan tok saya juga aamin

    ReplyDelete
  23. Saya test jpj semalam, and gagal tuh, and what suprise me is no saya pon no. 3 sama dengan awak. Ahaha. Saya pon gagal dua2 bahagian. Ahaha. Gugup betul semalam. 😭😭

    ReplyDelete
  24. Semalam saya test jpj, and what suprise me, saya punya angka giliran is 3, and saya gagal dua2 bahagian jugakk. 😭😭

    ReplyDelete
  25. Smlm sy pon test jpj,jalan raya lulus,gagal kt litar masa nk buat parking terlangar bentengπŸ˜…
    Sedih sgt tau...😭😭😭

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.