TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM ! - sayidahnapisahdotcom TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !
LightBlog

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM
Pusat memandu saya di Dengkil

Wahh tajuk *tepuk tangan* begitu menyayat hati sekali haha. Pagi semalam saya gagal test Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tu. Pada belah petangnya, saya update status di Facebook tentang kegagalan saya dalam test JPJ. Wah gituw kegagalan! hahaha. Tak tahu lah kenapa rasa macam lama-lama tak sedih pula sebab gagal test JPJ sebab mungkin boleh terima kenyataan kot saya mungkin tak bersedia lagi time test JPJ semalam #kononnya hehe.


test jpj gagal
abg FR tulis haha je kat status den. Ciss.


Rupa-rupanya ramai je yang gagal test JPJ untuk pertama kalinya. Dan ada yang sampai 4 kali repeat test JPJ. Saya pun lega la kan sebab dikira sebagai normal la kan gagal test JPJ untuk kali pertama hehehe. Ingat nak up entri tentang test JPJ saya gagal semalam tapi macam takde mood pulak nak membebel pasal test JPJ saya gagal ni. Pagi ni baru ada mood nak membebel haha.

Mula-mula, semua yang mengambil test JPJ kena dengar taklimat dan mendaftar di pejabat JPJ. Bahagian 1 ialah Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). Kena periksa kereta di bahagian depan, kanan, belakang dan kiri. Kena periksa ruangan enjin. Di ruangan enjin, kena kenal 8 komponen dan memeriksa tiap-tiap satunya. Di dalam bonet juga kena periksa dan pastikan 3 benda kena ada dalam bonet - tayar ganti, perkakas tools dan peralatan kecemasan segi tiga amaran.

Kemudian, pergi ke bahagian 2- Litar. Saya gagal bukit di litar ni! hahaha. Masa nak turun bukit tu saya terundur ke belakang sikit. Walaupun sikit tapi dah lebih 50% maknanya gagal lah bahagian 2 saya sobsob.

Dah la ketaq lutut time ni sebab gagal kat bukit kan. Ingat nya terus gagal tau. Baru la nak frust tertonggeng kan. Tapi tiba-tiba abang kat pejabat tu panggil "No 3!". Aik ada lagi ke. Ohhh rupa-rupanya saya kena buat Bahagian 3 pula iaitu jalanraya. Fuhh ada peluang lagi la nak lulus kat jalanraya. 

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
Saya pun diarahkan masuk ke kereta no 26. Dalam hati duk doa la harap-harap dapat abam JPJ, bukannya ahkak JPJ. Selepas beberapa minit kemudian, sorang abam JPJ masuk. Fuhhh selamatt. Okayy taktik untuk mengambil hati abam/ahkak JPJ yang pertama ialah bila dia masuk kereta je, kita ucap "assalamualaikum encik" atau "selamat pagi encik". Haa mana tahu kot-kot sejuk hati dia dengar kita cakap macam tu.

Al-kisahnya lepastu saya pun pergi la masuk ke jalanraya. Saya diarahkan untuk mengikut Jalan A. Dia ada dua jalan. Jalan A dan Jalan B. Bagi saya, jalan A lagi senang sebab jalan dia tak berliku-liku dan hanya perlu U-turn sekali sahaja selepas melepasi kawasan sekolah. Jalan B lagi mencabar sebab ada bonggol dan banyak belok-belok.

Okay laa selepas dah masuk jalanraya, kembali lah ke pusat memandu kan. Abam JPJ tu bagitahu la apa kesalahan-kesalahan yang saya buat sepanjang jalanraya tadi. Dengan penuh redha, saya pun menadah telinga untuk dengar kesalahan-kesalahan saya. Antara kesalahan saya yang menyebabkan saya gagal di jalanraya ialah 

1) Saya hanya jalan separuh jalan sahaja. Jalan A ni ada 2 U-turn tau. Sepatutnya saya U-turn di U-turn yang kedua tetapi saya U-turn yang U-turn di pertama hahaha. Yela dekat jalanraya tadi saya tanya dekat abam JPJ tu "U-turn yang ni (merujuk kepada U-turn pertama) ke kena lalu?". Tapi dia diam je. Cisss! Sampai hati tak nak bagitahu jawapan atau hint sikit-sikit ke. Bukan nak tolong! *tak puas hati* hahahaha. Nasib badan le dapat abam JPJ yang tak sporting.

2) Saya ada langgar beberapa kali garisan putih di tepi jalan.

3) Saya dah terbiasa dengan habit melihat di kawasan gear jika hendak menukar gear. Haa tu pun salah kata abam JPJ tu sebab kalau kita tengok gear semasa kita tukar gear, takut kita terhilang fokus sekejap dan akan masuk ke laluan sebelah which is bahaya la kan kepada kita dan juga penumpang kenderaan yang lain. Tu lah dia nasihatkan saya kena supaya banyak praktis lagi. Kalau selalu praktis, takdelah dah tengok gear bila nak tukar gear.

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
4) Saya rasa ini kesalahan saya yang utama kot. Sebelum masuk ke pusat memandu tu. Kena belok ke kanan tau. Ermm macam mana nak cerita ye. Okay macam biasa kita tengok kat jalanraya kan, kalau kita nak belok ke kanan/kiri, kita mesti kena ada masuk ke laluan yang kecil tengah-tengah supaya tak ganggu kenderaan lain di belakang kita untuk mereka meneruskan perjalanan kan. 

Tapi saya tak masuk situ *mungkin sebab saya tak perasan*, saya berhenti betul-betul kat tengah-tengah laluan kiri tu. Memang bahaya la sebenarnya sebab kereta-kereta kat belakang kereta saya pun boleh tahan juga lajunya tu. Abam JPJ masa tu marah saya "kenapa awak berhenti kat sini! Nampak tak kereta belakang tu tak boleh nak teruskan jalan! Kalau dorang langgar awak macam mana! ". Adehhh telan air liur jelah time tu. Masa tu lupa dah segala gear klac bagai haha. Fikir nak belok je masa tu.

Ermm yang tu jelah abam JPJ tu tegur kesalahan saya di jalanraya. Lagi satu dia nasihatkan saya untuk kawal stereng dengan lebih baik lagi. 

Tu lah saya pun perasan saya macam tak mahir lagi kawal stereng. Hahaha.

Saya dah booking dah untuk the next JPJ. Tarikhnya 24 November. Kena bayar RM170 untuk repeat JPJ dan kalau nak kelas memandu tambahan, kena bayar RM40 rasanya untuk satu jam or dua jam kot. Apa-apa pun doakan saya ye dan seorang lagi kawan saya yang kena repeat jugak tu lulus ye 24haribulan nanti ! Amin !

Okay daa~ wassalam :)


Post a Comment

56 Comments

  1. Teringat kenangan masa test dengan JPJ dulu..
    Ada yang bertanya kenapa cepat sangat patah balik.. gagal atas jalanraya ek..?
    Eh!Takdelah.. kenapa..?
    Sebab dorang semua kena u-turn dekat t.light atas bukit tapi ai pusing bawah jambatan je.. ekekeke..
    Nak buat macam mana.. rezeki dapat dengan abam JPJ yang tak strict sangat.. (dia pun dah penat layan kerenah calon2 agaknya)

    Takpe.. cuba lagi.. moga berjaya.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Huhu sama la saya pun 1st time gagal di part naik bukit. On the road Alhamdulillah ok.. All the best for the next test ya!

    ReplyDelete
  3. eh mahal dah skrg kena repeat byr sampai rm170. huhuh -emy dulu sekali je gagal.

    Al kisah, bawak dekat jalan raya, boleh termenung kejap.
    Macam terbabas sikit. apa lagi "gagal' hahaha sedihhh T_T

    tp 2nd time, alhamdulillah. Chaiyokk sayidahh.. Insyaallah jpj baik hati boleh bg lepas. hehe

    ReplyDelete
  4. Sabar yea sis... Cuba lagi, dan gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya... Ganbatte..

    ReplyDelete
  5. Hihihihi tak pe dik....dlm hidup nie memang sudah ditetapkan gagal dan lulus....hihihihi cuba lagi k...awk boleh...mungkin kali pertama tu buat awk sedikit gundah gulana ke....mesti yg secodn bertambah baik dan lulus...ameen..hihih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya kalau gagal satu dalam jpj test ni maknanya gagal semua ke dan kalau repeat kena repeat dari awl ke or yang kita fail je

      Delete
    2. Kena buat semua balik dr Bukit - parking - 3 penjuru - s - z

      Delete
    3. kalau fail dekat 3penjuru tu maknanya nanti repeat kena buat lain lah naik bukit, parking bagai tuu?? omagodddd😩

      Delete
  6. Banyak jugak kesalahan ye. Takpe, banyakkan praktis lagi okey. Teringat saya JPJ bulan 4 haritu. Memang cuak giler lah! yang membosankannya sebab dapat nombor 82/100, memang dari pagi sampai ke petang lah jawabnya menunggu. Alhamdulillah dapat abam jpj bukan ahkak jpj. Hahah disebabkan abam JPJ dah bosan agaknya, masa pun dah suntuk, dia tak bagitau pun suruh ikut jalan mana. Dia kata jalan je dulu, aik pelik. Haha. Keluar je jalan raya, pastu tak masuk jalan mana2 lagi dia suruh u-turn, ingatkan fail. Sekali dah sampai, dia tulis lulus. Fuh! Lega ~ Mungkin kelebihan orang last2 ni memang sangat untung, test tak sampai 5 minit sebab dah bosan dengan orang yg test dari pagi hahaha! Apa2 pun semoga awak dan kawan awak lulus, doa banyak2 :D Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. cube lagi..
    akak dulu gagal gak tapi tang parking..
    jalanraya lulus...

    tapi dia punye sedeh bleh tahan..hahahha

    ReplyDelete
  8. sy 3x test baru lulus.. hahahaha.. sampai mak buat air penawar...

    ReplyDelete
  9. hihi.. good luck lps ni..
    Mari lawat blog cik en
    Nurfuzie.Com
    Cik en mencari sponsar untuk GA cik en
    Pencarian Sponsor Give Away Nurfuzie Dot Com #1
    Entry terbaru cik en mengenai
    Apa Itu Lotus Birth?

    ReplyDelete
  10. goodluck test jpj nanti, doa2 dpt abam jpj yg baik hati, dilembutkan hati dye utk bg kite lulus test tu nanti ! :D

    ReplyDelete
  11. Takpe lepas ni jangan khayal semasa test..... mende2 ni kenangan masam manis dlm hidup... good luck!

    ReplyDelete
  12. ahahahaa.....cikgu!!! hahahahaa.........xpee...kakya dah merasa gagal test jpj..kali kedua amek lepas..hehehe

    ReplyDelete
  13. hahaa..miza pun gagal test jalan raya..litar okay..sangkut jalan raya tak dan nak gerak lagi..lupe pakai tali pinggang -..-'' .mula2 pun sedih gak tapi lama lama leekk jee..hahaa :p..nanti baru nak ambik balik..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tanye.. kalau gagal on the road. pstu memang jpj terangkn dlu ke apa kesalahn sbelom kta klua kreta?

      Delete
    2. Ye.. Biasa dia bgtau.. Apa kesalahan kita...

      Delete
  14. hahahha adoi kc.. takpe nanti lulus la tu..
    pasai tukar gear tu, bila free, cuba buat simulasi gerakan tangan tu.. buat ulang2 lama ingt dan tak payah tengok gear masa tukar...

    ReplyDelete
  15. Tak apa..jangan putus asa.mesti ada hikmahnya.yakin.

    ReplyDelete
  16. sy pn amik test 2x.. yg pertama gagal jln raya kalo x silap..yg bukit lepas..mjr lah test ke 2 lulus..ekeke...dh 6thn pgg lesen kete..ahaks

    ReplyDelete
  17. Agaagaaga..takutnya nk amik lesen...

    ReplyDelete
  18. gud luck nnti ye. sy pun belum test lg. inshaAllah bulan 10 ni. :)

    ReplyDelete
  19. 5kli enjin krta mati msa nk kluar ke jalan raya. Brdebar tk trkira

    ReplyDelete
  20. Knangan blajar krta manual. Skrg bwak auto. Manual dh jdi kurang. Tkut jgk msa test dlu. Sbb tk pndai nk kwal klac.. masa nk test jlnraya krta mati 5 kali. Hehe

    ReplyDelete
  21. saya test esok 13 october 2016 tapi hari ini.. sepanjang mata terbukak nie tangan sejuk je hati berdebar debar kalah nak amik pekse skola.. huhu... harap2 esok dipermudahkan segala urusan tok saya juga aamin

    ReplyDelete
  22. Saya test jpj semalam, and gagal tuh, and what suprise me is no saya pon no. 3 sama dengan awak. Ahaha. Saya pon gagal dua2 bahagian. Ahaha. Gugup betul semalam. 😭😭

    ReplyDelete
  23. Semalam saya test jpj, and what suprise me, saya punya angka giliran is 3, and saya gagal dua2 bahagian jugakk. 😭😭

    ReplyDelete
  24. Smlm sy pon test jpj,jalan raya lulus,gagal kt litar masa nk buat parking terlangar benteng😅
    Sedih sgt tau...😭😭😭

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ..Fuhh berdebar la td pun sya kena test jpj.. mula2 kena test jalanraya.. jpj marah.. awak tau tak pengawalan stereng awak lemah la apa la.. dah la xbg signal...blh plk slek stu lorong xbg signal.. en jpj tu ckp awak nak ke sya gagalkan awak.. adoi.. nak nangis dah.. sya mnta maaf kt dia.. maaf sgt2 encik sya pye kesalahan .. lpas tu ngam2 je dpt.. tp kt litar gagal sbb parking salah step.. salah sya jgak😭😭 suka berangan.. hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. alaa kenapa awak berangan time ujian JPJ? hahaha. takpe boleh cuba lagi. jangan berangan lagi lepas ni hehhee

      Delete
  26. wah takotnye... hari rabu baru jer gagal jpj dua2 bahagian.. ramai lak tu gagal.. akk jpj tu x bg can nape pun... ape sy terang kn rsm dia buat sy x terang kn... kecewa rasenye...

    ReplyDelete
  27. sy bru tadi test jpj. tp gagal di litar. atas bukit sbb trundur. abg jpj tu trus kata bye2 ya ampun hahaha

    ReplyDelete
  28. Saya baru pagi tadi jpj test..gagal di bukit sbb kete kancil tu buruk pick up kurang.

    ReplyDelete
  29. Sy Baru test 19/2 ..Part Naik Bukit Ritu dpt keta kncil yg klac dia pjg..Xreti bajet ..Kereta turun..Masa jln rya plak dpt puan jpj strict..Bila kereta mati dia xtolong Kita lgsong ..Blik tu nangis terus

    ReplyDelete
  30. thank u sebb share.. 6/4 ni test jpj. nervous die lain mcm at least biler bce entry ni lega sikit..doakan sye ye semoga lulus. and thnks lgi skli.

    ReplyDelete
  31. saya baru test jpj arinie..huhu.terkandas kat bukit..rasa macam down je nk repeat balik :(

    ReplyDelete
  32. Saya baru je gagal ujian jpj semalam. Jalan raya lulus, kat bukit kandas lak. Maybe sbb dah ptg nk dekat pukul 4, dari pagi xmkn sbb xde selera. Satu lagi sbb dpt kereta axia yg mmg xpernah practice naik bukit. Slalu nya naik viva. Xpe l, xde rezeki. 23hb ni sy repeat bahagian 2. Semoga dipermudahkn

    ReplyDelete
  33. Saya baru je gagal ujian jpj semalam. Jalan raya lulus, kat bukit kandas lak. Maybe sbb dah ptg nk dekat pukul 4, dari pagi xmkn sbb xde selera. Satu lagi sbb dpt kereta axia yg mmg xpernah practice naik bukit. Slalu nya naik viva. Xpe l, xde rezeki. 23hb ni sy repeat bahagian 2. Semoga dipermudahkn

    ReplyDelete
  34. Hari ni test jpj utk kali ke 2. Lebuh raya lulus tp litar kandas lagi. Bukit jugak. Nak menangis mase bgtau mak ngan ayah aduhh. Duit pon melayang jugak. Berape eh kene bayar utk repeat bahagian II? Klo mase failed dua2 bahagian kene bayar rm170. Td kawan kate kene bayar rm185.Biar betul asal mahal sgt, padahal repeat satu bahagian jek.

    ReplyDelete
  35. Saya dah 4 kali amik test x pernah lulus lagi...tp hubby cakap dont give up amik lg utk kali ke 5. YaAllh permudahkanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin aminnnn. Akak gagal kat part mana? Banyakkan berlatih dan berlatih dan berlatih. InshaaAllah kalau banyak practice, kita lebih yakin dan boleh buat dengan baik.

      Delete
  36. saya jumaat ni test jpj...nervesnnye yaAllah...harap2 dipermudahkan

    ReplyDelete
  37. Saya esok ni jpj test..Ya Allah moga dipermudahkanlah..amin..

    ReplyDelete
  38. Kalau gagal qti kne bayar ke

    ReplyDelete
  39. Done test jpj utk 21/3/2018...alhamdullilah Lulu's litar cuma gagal dkt jalan raya... Signal lupa nakbagi kak oii... Abes kena bebel dgn hakak jpj tu... depan dia ,cover cool lagi . Balik rumah terus menangis mengingatkan kegagalan yg dah berlaku. .Papepun 7/3 ni ada repeat test utk bahagian 3 je .. Doakan saya yeeee... Terima kasih.. And lagi satu. ..Please, ingat! Signal ITU Sgt penting *ingatan utk diri sendiri Dan org lain

    ReplyDelete
  40. Saya plak 9/12/21 repeat kali ke-2. Yg lepas gagal sbb lupa nak pasang safety belt. Mula² tu ada pkai safety belt, kt bukit dah lepas, skali kt parking.. kereta dah cun parking skali pgawai tu suruh saya keluar, saya ingt keluar dr kereta rupanya dia suruh saya keluarkn kereta dr tmpt parking.. masuk kereta lupa plak nk pkai safety belt.. baru nk jalan skali pgawai tu panggil balik suruh off engine.. masa tu bru saya perasan saya lupa pkai safety belt 😭 Test jeraya lulus, test litar plak failed (masa tu pgawai tu suruh test jeraya dlu baru test litar, biasanya test litar dlu test jeraya kemudian). Byr repeat kt tmpt saya RM180 😑😑😑

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan aku pula lupa pakai safety belt waktu pra test..dia baru nak tegur lepas keluar jalan raya..dengan gemertarnya masuk safety belt smbil kereta jalan😂..dah naya dah..gagal jerlah..hati pun bnyak senang oooo😂😂😂

      Delete
  41. Kali pertama test JPJ (nampak sangat gagal kan), saya lulus di ujian jalan raya saja. Itu pun kena bebel dengan tester sebab drive bawah 60km/j. Dia kata macam mana dia nak test kalau drive slow sangat. Tapi sebab cikgu ajar camtu dan benda tu bukan salah besar, maka lulus. Di litar, gagal di 3 penjuru. Yes, sikit ja lagi kan nak lulus. Ujian kedua pun gagal di 3 penjuru juga. Ujian ketiga, masa ni hati tu tak berkecamuk. Dalam poket dah redi duit untuk bayar repeat. Siap boleh gelak2 lagi dengan student lain. Bila sampai turn saya, siap nyanyi2 lagi. Sampai kat 3 penjuru redha ja. Macam mimpi bila tester kata "Okey, boleh drive kereta ke kawasan bukit". Tu tandanya dah lulus. Kalau tak lulus dia akan kata, "Turun ambil form." Lepas park kereta kat kawasan ujian bukit, baru turun ambil form. Tester bagi la nasihat apa yang patut. Tapi, sampai sekarang fobia bila parking reverse / 3 penjuru ni. Sanggup park jauh asalkan bukan parking reverse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, nak tanya, hopefully kamu akan reply haha. Saya pun lulus ujian bahagian 3 iaitu di jalan raya. Tetapi fail kat RPK/RSM (sangat bodoh kan hahaha) lepas itu, abang jpj pun suruh saya balik rumah. Tapi nak tanya, jika saya sudah passed dekat jalan raya, tapi fail kat bahagian 2, saya hanya perlu repeat bahagian 2 kan?

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p