http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih Kemasukan Secara Percuma!

By 12:30:00 PM , ,

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih Kemasukan Secara Percuma!

Al-kisahnya semalam ada viral di Facebook di mana ada pameran bunga sedang diadakan di Semenyih dan yang bestnya kemasukan ke dalam pameran ni ialah percuma! Apa yang best lagi dekat Eco Majestic, Semenyih ni? Best sebab macam-macam ada! Nak tangkap gambar pun memang sesuai sangat dengan persekitaran dan pemandangannya yang cantik.

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Pemandangan yang sangat menawan
credit to thestar.com

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
di Instagram pun, dah ada orang yang pergi

Mungkin ada segelintir pihak yang tidak percaya akan khabar berita ni. Yelahh pameran bunga kemasukan secara percuma. Tempat lawa-lawa masuk tak payah bayar? Amazing! Jadi, saya pun korek korek kat Google cari artikel yang sahih lagi benar, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. =.= Okay cukup.

Terjumpa la satu artikel yang saya boleh katakan sangat kukuh! Laman web thestar! 
Mengambil keterangan dari laman web thestar online :

PLAN a family day out to the Season’s Flower Show hosted by EcoWorld at Eco Majestic, Semenyih.


The flower show, which will be held until March 6, features four-themed activities for each weekend, offering families lots of fun activities.


They include Chinese paper-cutting, clay-painting, windmill-making and treasure hunts.


The month-long flower show also features some familiar icons around the world, such as France’s Eiffel Tower, China’s red lanterns, the Netherland’s windmills and clogs, Britain’s red telephone booth and mailbox, and Portugal’s umbrella sky.


These attractions are scattered around the Swan Lake, amid flowers such as sunflowers, gerbera daisies and lantanas.


There is also a flower market offering some of this season’s prettiest blooms for sale.

**artikel penuh di SINI

Ohhh rupa-rupanya ada Season's Flower Show diadakan di Eco Majestic, Semenyih oleh EcoWorld. Haaa betullah berita viral semalam! Okayy teringin nak pergi. Tapi jarak antara Semenyih dengan Seremban jauh nau weh. So, boleh nikmati pemandangan di dalam gambar jelah hehe.

Mengikut keterangan dari seorang yang pernah pergi ke situ dan juga yang telah mengviralkan tempat ini di Facebook iaitu kak Dila, beliau kelihatan sangat seronok pergi ke sana dan gambar-gambar yang beliau tangkap sangat cantik! Katanya dari Paris pergi ke Amsterdam lepastu pergi ke London hanya setengah jam je hehe. Beliau juga ada tangkap gambar di depan acah-acah Eifel Tower. Pergh kemain best ye kak hehe. Jom tengok gambar-gambar yang di-capture oleh beliau!

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Britain's Red Telephone and Mailbox


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Bunga-bunga yang indah dan segar


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Netherland's windmill


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Netherland's clogs


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Posing kat sini lawa wohh


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Tengah menghayati keindahan tasik nii


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Tenang je kat sini


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Luas jugak pameran bunga EcoMajestic ni kan


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Haaa pilih pilih nak pergi mana. London, Shanghai, Paris, Amsterdam. Haa pilih pilih


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
China's red lanterns


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
France's Eiffel Tower


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Portugal's Umbrella Sky

Ni kalau orang yang suka bunga ni, mesti suka pergi sini kan. Tengok kat gambar-gambar atas tu, wah lawa sangat bunga-bunga tu. Nak je petik haha *kejam*

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
boleh follow instagram EcoMajestic

So nak details lagi lanjut atau more info?

Alamat Pameran Bunga : No. 1, Lingkaran Eco Majestic, Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor 

~ Banyak lagi masa kalau nak pergi. Pergi jangan tak pergi :D

You Might Also Like

15 comments

  1. lawanyaaaaaaaaaa bungaaa T_T nape jauh nau ! huhu

    ReplyDelete
  2. waahhh terasa mcm dekat oversea pulakk hhu

    ReplyDelete
  3. hoih..buat pre wed photoshoot pun ok ni kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak SA buat lah pre wed shooting kat sini hahaha. pergi beritahu encik tunang

      Delete
  4. tu laa.. ingatkan tipu2.. hehehehee...!
    dekat je Semenyih tapi sampai 6 Mac je ehh.. alaaaaaa... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak ain sygg. pergilah dengan pokchikk :P

      Delete
  5. haah..ada tengok jugak kat fb viral pasal tempat ni..was2 jugak betul ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah. tapi sekarang dah terjawab dah :)

      Delete
  6. Ni kalau buat photoshot pun lawa.

    Jemput singgah: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. tempat masih boleh pergi ke..atau spai 6 mac..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti. mungkin kemasukan free sampai 6 mac. tapi lepas 6 mac tak free kot. cuba call pihak majestic tanya :)

      Delete
  8. Salam sis .. Nak tanya skrg kalo nak msuk taman ni kena bayar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. ohh tu tak sure pula. rasanya berbayar kot.cuma tak tahu harga berapa.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.