SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT - sayidahnapisahdotcom SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT
LightBlog

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT

Suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat seorang ulama hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki ulama tersebut.

Lalu ulama tersebut pun terjaga. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, ulama tersebut dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa engkau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"

"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh," jawab syaitan.

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT
pelik kan syaitan kejut manusia untuk solat?


Dengan berasa hairan ulama tersebut bertanya: "Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

"Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan solat itu dengan amalan lain yang lebih banyak lagi dan lebih bersungguh-sungguh," kata syaitan.

Tambah syaitan lagi: "Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Kau akan lebih banyak membaca al-Quran. Semuanya untuk menampung kesalahnmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu nanti."

...................

Pengajaran kisah ini :

Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat,tetapi arif juga tentang keutamaan amal. Licik, sungguh licik mereka ini.

Maka, berhati-hatilah, jangan sampai ditipu dengan amalan kita!


: dari majalah Qen-Q isu 54
Nukilan Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman.

SYAITAN YANG MENGEJUTKANNYA SOLAT
Gen-Q isu 54

Post a Comment

3 Comments

  1. betul..itu yang paling bahaya bila ada amalan kebaikkan kita syaitan turut serta..

    ReplyDelete
  2. KC bangunnnn! Subuh dah nak habis ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Jum join giveaway, awak ditag :)

    http://syeenderella.blogspot.my/2016/03/giveaway-by-xechalogy.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p