http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Hidup Seorang Final Year Student Phewww~

By 3:43:00 PM ,

Hidup Seorang Final Year Student Pheww~

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. #tetibe 

Macam sedih beno guna perumpamaan tu kan. Haha. Semester ni semester last buat saya. Bulan 6 nanti dah final exam. Bulan 11 konvo. Kena tempuh pula alam pekerjaan lepas tu ewah. Mesti lagi mencabar kan.

Tapi last sem ni pun dah mencabar buat saya. Mesti lah sebagai seorang final year student kena hadap Final Year Project (FYP), dengan thesis, dengan setiap minggu pergi jumpa supervisor (SV - penyelia), dengan menghadap laptop ketak ketuk ketak ketuk taip writing lagi. Dan lagi azab untuk student yang kena masuk keluar lab (makmal) untuk FYP mereka. 

Kawan saya course Biotech memang dah jarang saya jumpa sekarang sebab masa dia banyak dihabiskan di makmal je. Kekadang sampai tidur malam kat lab. Sekejap sekejap je balik bilik kat kolej. Lepas tu kena pergi balik lab. Tengok eksperimen punya result. Pheww ~~ saya yang tengok ni pun rasa kesian sangat kat dia. Tapi tak dapek laa den nak nolong.

Hidup Seorang Final Year Student
Tired physically and mentally
credit foto : www.michelle--leow.blogspot.com

Saya pula yang course major Matematik kena hadap segala theorem, lemma, proof, software maths bagai. Walaupun nampak macam tak penat sebab tak payah nak ulang alik makmal, just duduk je kan kat bilik menghadap kira-kira tapiii sakit jiwa jugak la bila buat panjang-panjang proof tapi akhirnya tak ada jawapan. Buat punya lamaaaaa jalan penyelesaiannya tapi tak selesai-selesai. Satu theorem kena buat proof dia at least dua helai. Theorem pulak bukan satu dua.. tapi banyak. Bukan theorem je, anak theorem iaiatu lemma & corollary pun ada banyak lagi tu. Haa haaa haa azab tak kena proof semua ni? Hahaha.

Memang tengok kawan-kawan semua pun, semua sibuk dengan FYP masing-masing. Pulun tengah siapkan thesis. Kami budak final year kalau jumpa sesama kami mesti tanya pasal FYP hahaha. 

Dah siap ke belum. 
Progress macam mana. 
Writing dah sampai mana. 
Setiap minggu ke jumpa SV. 
Susah tak FYP kau. 

Tu je laa soalan yang paling famous dalam kalangan kami ni. haha.

Dan betapa hebatnya penangan FYP ni, sampai ada yang tak nak sambung master sebab rasa azab sangat buat FYP ni haha. Dan saya pun tak terkecuali yang berfikiran macam tu. 

Okay lah. Lepas ni saya nak kena sambung writing thesis. Minggu depan kena jumpa SV lagi nak report progress FYP. Pheww~

Wish me luck! :)

Hidup Seorang Final Year Student
Setiap kesusahan dan keperitan, ada kesenangan selepasnya :) 

You Might Also Like

5 comments

  1. apa pun semoga berjaya k kakcik

    ReplyDelete
  2. good luck, walaupun busy giler, still rasa seronok sbb member2 masih ada, nanti dah habis, sedih pulak nanti,,,

    ReplyDelete
  3. good luck dik. sgt faham life student.
    but once da abis nanti, rinduuuu giler!
    ari tu aida reunion dgn frens uni, memang throwback sgt2.
    uni life was a great life for us :)
    ada masa lagi ni nak enjoy uni life. good luck!

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat. Pawerla ambik matematik, akak ni add math spm tu mujurla lulus >.<

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.