Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3 - sayidahnapisahdotcom Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
LightBlog

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3

Hola hola! Ada drama baru pulak niii yang menggantikan drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia TV3! Waktu tayangan Isnin-Khamis pukul 7.00 malam. Haa tengok tak Tundukkan Playboy Itu (TPI)? Kalau nak tahu sinopsis dan pelakon TPI ni boleh baca di SINI

Kenapa saya buat entri ni? Sebab saya dah baca Novel Duda Terlajak Laris ni, tapi masalahnya saya tak ingat saya dah habis baca ke belom haha. Saya memang ingatt sangat haritu saya ada pinjam kawan novel Duda Terlajak Laris ni. Ingat lagi cover novel ni gambar abam muscle ketak ketak. Saya juga ingat jalan cerita mula-mula novel ni tapi kenapaa..kenapaa saya tak ingat akhir cerita novel ni arghhhh! Ke.. sebab saya baca separuh jalan je? Tapi jarang saya nak baca novel separuh jalan ni ermm..melainkan cerita tu tak best.

Tapi......Duda Terlajak Laris ni tak best ke cerita dia? Erm...

SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS



Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Novel Duda Terlajak Laris
credit foto : eizzara-eizzaty.blogspot.com

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

credit sinopsis : myinfotaip.com

SENARAI PELAKON DUDA TERLAJAK LARIS

Haaa tahu tak pelakon-pelakon drama Duda Terlajak Laris ni? Yang pasti heroin dia saya sukaaa! Yela sejak tengok heroin ni berlakon kat drama Tuan Anas Mikael, ehem terus jatuh suka sebab dia berlakon dengan slumber dan tak cover cun. Hero Duda Terlajak Laris ni? Ermm not bad gak hensem dia kihkih.

Idris Khan membawa watak Zafran Aldrin(Zack) -HERO
Zara Zya membawa watak Pehah/Inas -HEROIN
Bella Nazari membawa watak Idayu
Wawa Zainal membawa watak Anis Nabihah

Oh lagi satu, pengarah drama Duda Terlajak Laris ialah Fairuz Loy. Saya ingat beliau ada kena mengena dengan Elfira Loy. Tapi bila saya check kat google, macam tak ada kena mengena je mereka berdua ni hehe.


Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Geng Kulaan Watun

Okay tak sabar-sabar nak tengok Duda Terlajak Laris ni! Sebab apa?



1. Nak tahu ending dia sebab saya lupa gilos apa ending novel Duda Terlajak Laris arghhhhhh grr!

2. Sebab Zara Zya berlakon hehehe.


Okay mohon kawanku, Yunie download drama ni hahaha. Tak sedar diri dah final year sayidah napisah ni =.=

Selamat menonton! 
Jangan lupa drama ni start tayangan harini 11 April 2016, 7PM :)

Post a Comment

7 Comments

  1. sebab kita sama SEBAB ADA ZARA ZYA :DDD

    ReplyDelete
  2. ooo pisah dah baca novel duda ni.....

    minat duda ke?

    ReplyDelete
  3. HEHE CIK BELBEL MINTA IZIN YE http://blogcikbelbel.blogspot.my/2016/04/drama-duda-terlajak-laris-siapa-idris.html

    ReplyDelete
  4. Sy pon tgk cerita ni. Awal2 ni zara zya xada keluar tv sbb part zack yg paling byk intro. Tgk la tp xfocus. Kalau zara zya baru syok nak focus. Hie

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Siyes I xmalu nak komen. Hihihi.... tp kan bla dah smpai kemuncak DTL, agaknya diubah dr jln crita dlm novel dlm erti kata lain telah 'digubah' semula. Tp smua tu xjd alasan pd sya untuk TIDAK menonton DTL cos... I'm a big fan of zara zya. Tanpa zara maybe farewell to DTL....hahahaha... she never disappointed me. Xmenang anugerah xbermakna xhebat. Btw.... nama zara zya sering menjadi sebutan para penerbit masa kini. Congrats zara!

    ReplyDelete
  6. hee~ tajuk kemahen tau.. tapi ade Zara Zya, kakak layan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p