http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

BORANG PERMOHONAN PELANJUTAN BIASISWA JPA

By 4:00:00 PM , , ,

Mungkin ada di antara pelajar tajaan JPA yang hendak menyambung semester baru atau hendak melanjutkan lagi semester hadapan dengan niat mahu ulang/repeat subjek atau mahu mengambil subjek yang baru. Jangan risau, anda boleh memohon melanjutkan biasiswa JPA anda yang sedia ada terima sepanjang pengajian anda sebelum ni. Dengan syarat, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan kemudian mengisi satu borang ni, namanya borang permohonan pelanjutan biasiswa JPA. Haa macam mana nak download borang ni? Mudah je, klik SINI atau pergi ke laman web eSILA JPA (esilav2.jpa.gov.my) dan klik Borang Permohonan Pelanjutan Biasiswa JPA di bahagian muat turun.

Cara Mengisi Borang Permohonan Pelanjutan Biasiswa JPA


BORANG PERMOHONAN PELANJUTAN BIASISWA JPA
di bahagian muat turun, klik Borang Permohonan Pelanjutan Bisiswa JPA

  • ada 5 bahagian - Bahagian A (untuk dipenuhi oleh pelajar), Bahagian B(perlu dipenuhi oleh ketua jabatan/pensyarah), Bahagian C (untuk dipenuhi oleh ketua jabatan/pensyarah), Bahagian D (untuk dipenuhi oleh pejabat HEP/Hal-Hal Pelajar/KBM/JPM), Bahagian E(plan of study-untuk dipenuhi oleh pelajar)
  • anda perlu mengisi ruangan bahagian A dan bahagian E sahaja. Selebihnya beri kepada ketua jabatan/pensyarah dan BHEP untuk isi.
  • selepas selesai isi semua bahagian, hantar dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah ini kepada BHEP atau terus ke pihak JPA di Putrajaya.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Bagi Permohonan Pelanjutan Biasiswa JPA


1. Borang Permohonan Pelanjutan Biasiswa yang lengkap diisi

2. Surat Rasmi (sila nyatakan sebab permohonan perlanjutan biasiswa dibuat)

3. Plan Of Study (subjek yang akan diambil bagi semester pelanjutan (subjek baru/ulangan) dan jumlah jam kredit berbaki)

4. Transkrip/Keputusan Peperiksaan setiap semester (dari awal pengajian sehingga kini)

5. Surat Perakuan/Pengesahan Universiti mengenai baki jam kredit

6. Salinan Laporan Perubatan (jika pelanjutan disebabkan masalah kesihatan)

7. Dokumen-dokumen lain berkaitan yang difikirkan perlu (jika ada).

[UPDATE]
Bagi pelajar yang "extend" semester, anda WAJIB mengisi BORANG PERMOHONAN PELANJUTAN BIASISWA.

Ini bertujuan untuk mengelakan bayaran ganti rugi kerana melanggar syarat kontrak. Borang permohonan mestilah dihantar sebelum 31 Ogos 2016 ini kerana selepas tarikh itu, pihak JPA akan menghantar maklumat pelajar ke Unit Kerjaya.
Borang permohonan boleh di muat turun dari laman web esila.
Pegawai yang boleh dihubungi berkenaan hal ini:
En Muhd Amirudin 03-88853378
En Norisham 03-88853378

Dokumen tersebut boleh dihantar terus ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) atau menghantar terus ke jabatan ini melalui alamat di bawah :

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidamatan Awam Malaysia
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
62510 Putrajaya
(U.P. : Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara))

Peringatan : Permohonan hendaklah menggunakan borang yang ditetapkan dan dikemukakan kepada pihak JPA melalui Pos, Emel atau melalui pejabat HEP. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


Baca juga entri : Borang Tuntutan Elaun Tesis

You Might Also Like

7 comments

  1. SALAM, Surat Perakuan/Pengesahan Universiti mengenai baki jam kredit tu macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, saya tak pasti pula. tapi pegawai yang boleh dihubungi berkenaan hal ini:
      En Muhd Amirudin 03-88853378
      En Norisham 03-88853378

      Delete
  2. salam, Surat Perakuan/Pengesahan Universiti mengenai baki jam kredit tu macam mana ya?

    ReplyDelete
  3. salam. permohonan ni kena htr selewat-lewatnya bila ya? lepas result exam keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. mungkin. sebab nak extend sem kan. tapi untuk confirmation, Pegawai yang boleh dihubungi berkenaan hal ini:
      En Muhd Amirudin 03-88853378
      En Norisham 03-88853378

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.