http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Resepi Kek Batik Oreo

By 7:20:00 PM ,

Assalamualaikum semua~! Nak buat kek untuk suami tersayang? Nak buat kek batik untuk dessert harian? Nak buat kek untuk dijadikan salah satu menu open house anda? Mengidam makanan manis-manis yang sedap? Nak jamu kek batik oreo kepada tetamu tetamu yang datang tetapi tak tahu resepi kek batik oreo? Takpa takpa ..meh cheq share kat hampa semua resepi kek batik oreo yang sedap dan mudah ni. Tudiaaa.

Resepi Kek Batik Oreo 

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 

Resepi Kek Batik Oreo
Kek Batik Oreo 
Bahan-bahannya:

Planta (majerin)
Serbuk koko
Milo
Telur
Air mineral (air kosong)
Gula
Susu pekat
Biskut oreo
Biskut marrie

Cara-cara membuat kek batik oreo (untuk 1 hidangan/adunan):

1. Pecah-pecahkan oreo (1 paket sederhana) + biskut marie (1 paket besar) ke dalam bekas.

Resepi Kek Batik Oreo
Biskut oreo

Resepi Kek Batik Oreo
biskut marie

Resepi Kek Batik Oreo
biskut marie yang telah dipecahkan dua

Resepi Kek Batik Oreo
biskut oreo yang telah dipecah dua
2. Masukkan planta 1 cawan + milo 1 cawan + serbuk koko 2 sudu + telur 2 biji + air 1 setengah cawan + gula 1 cawan + susu pekat 1 cawan ke dalam kuali tanpa hidupkan api.  Kemudian kacau bahan-bahan tersebut sehingga hampir sebati.

Resepi Kek Batik Oreo
saiz cawan yang saya gunakan

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 
3. Bila dah hampir sebati bahan-bahan tadi, hidupkan api kecil sahaja & sambung kacau sehingga sebati kesemuanya.

Resepi Kek Batik Oreo
bahan-bahan yang telah dikacau sebati
4. Kemudian, masukkan biskut oreo dan biskut marie yang telah dipecah-pecahkan tadi ke dalam adunan sebati tersebut & kacau sehingga pekat warna adunan.

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 
5. Bila sudah pekat, tutup api kemudian angkat masuk ke dalam loyang atau bekas.

**isi marjerin sedikit di atas permukaan dalam loyang sebelum adunan yang sudah siap dimasukkan. Kalau bekas, tak perlu isi sapu dengan majerin di permukaannya.

6. Kemudian, mampatkan adunan di dalam loyang tersebut menggunakan sudu atau senduk atau sewaktu dengannya.

Resepi Kek Batik Oreo
sapu sedikit majerin/planta di atas permukaan dalam loyang

Resepi Kek Batik Oreo
mampatkan kek batik oreo dengan sudu

Resepi Kek Batik Oreo
kek batik oreo yang telah dimampatkan

Resepi Kek Batik Oreo
kek batik oreo yang masih panas biar bagi reda dulu panas

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 
7. Biarkan dulu di bawah tudung salji bagi reda panas dia. Bila dah tak panas, boleh masukkan di dalam peti sejuk untuk tahan lama & untuk level kesedapan kek batik oreo tersebut meningkat haha.

Siap!

Resepi Kek Batik Oreo
kek batik oreo yang telah dikeluarkan dari peti ais

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 

Resepi Kek Batik Oreo
kek batik oreo

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 

Resepi Kek Batik Oreo
Resepi Kek Batik Oreo 

Selamat mencuba!

You Might Also Like

3 comments

  1. alamak baru terjumpa entry nie...sebab baru jer lepas buat kek batik biasa...next time boleh try yang ni pulak..terliur

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa..")
    selamat hari raya sayidah..")

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni, terima kasih kongsi resepi. selama ni makan kek batik biasa je, rupanya boleh campur oreo juga

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.