RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP - sayidahnapisahdotcom RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP
LightBlog

RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP

Siapa tak kenal kuih kaswi ni..memang nak kena babab! Hahaha. Kuih tradisional melayu.. kuih kaswi a.k.a kasui a.k.a kosui ni memang tersangat lah sedap wehhh. Rasa satu.. terus rasa nak sepuluh ketul lagi. Biasanya saya tukang makan dan tukang-tolong-umi-apa-yang-patut-je bila masak kuih kaswi ni. Tapi semalam.. saya tukar profesion jadi tukang tulis resepi kuih kaswi time umi masak. Hahaha. Simple dan tersangat lah mudah je resepi kuih kaswi ni. Beberapa minit je nak buat satu adunan tu. Let's check it out!

RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP


RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP
resepi kuih kaswi mudah dan sedap
Bahan-bahannya



Tepung gandum
Tepung ubi
Kapur
Gula merah
Air

Cara-cara memasak kuih kaswi


1. Cairkan (panaskan) 2 cawan gula merah.

2. Tapis air gula merah yang telah dicairkan tadi ke dalam jag. Masukkan tapisan air gula merah tersebut ke dalam cawan dan masukkan ke dalam bekas. Oh jangan lupa kira berapa cawan dapat ye.

3. Okay contoh la kita dapat 2 cawan setengah air gula merah yang telah ditapis. Jadi, masukkan beberapa cawan air (air mineral) sehingga cukup 8 cawan. 
  • Maksudnya: 8 cawan - (2 1/2 cawan tapisan air gula merah) = 6 setengah cawan air mineral perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sama.
4. Masukkan 3 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung ubi + 1/4 (suku) sudu kapur ke dalam adunan.

5. Kacau adunan hingga sebati.

6. Cuba rasa adunan tersebut. Kalau rasa nak manis lagi, boleh tambah gula pasir.


RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
7. Tapis dan masukkan ke dalam loyang

**tapis supaya ketul-ketulan adunan akan tertapis. Justeru, tidak mencacatkan rupa dan struktur kuih kaswi bila kukus nanti.

8. Kukus selama 30 minit.

9. Taburkan sedikit garam ke inti kelapa secukup rasa.

10. Gaulkan kuih kaswi yang telah siap dikukus dengan inti kelapa.

Siap!



p/s: gula merah boleh juga digantikan dengan gula kabung atau gula melaka.
p/s: nanti kalau sesiapa dah cuba, kongsi la di ruangan komen menjadi ke tak hehe. Nak tahu juga resepi ni membantu ke tak :D

RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP
kuih kaswi yang telag digaul bersama inti kelapa

RESEPI KUIH KASWI PALING MUDAH DAN SEDAP
kuih kaswi sudap siap dihidang

Entri resepi yang lain:
p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI

Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)

resepi kuih kaswi
BIOBAX COOL THERAPHY
SPRAY DAN SAPU!

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam kak. Kalau tak letak kapur leh x?? Kapur leh beli kt mane ye??
    Maaf, saya bkn org mlayu. Baru nak belajar buat kuih tradisional org mlayu. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. mesti kena letak kapur dik. kapur boleh beli di kedai. tanya dekat owner kedai tu.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p