http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

nervous nak interview di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) esok!

By 2:27:00 PM

Kali pertama .. untuk kali pertamanya saya akan menghadapi sesi interview! Oh.mai.english! YaAllah harap-harap la tak berterabur english den esok hahaha. Saya ada interview (iv) untuk jawatan tutor matematik pada hari esok, pukul 3 petang, di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar. Haaa sebelum ni USAS ni ialah sebuah kolej, iaitu Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Tapi pada bulan Jun yang lepas telah dinaiktaraf oleh Perdana Menteri Najib Razak kepada universiti penuh, secara serta-merta. Sebab apa dinaiktaraf? Untuk merealisasikan komitmen kerajaan negeri BN haritu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengumuman naiktaraf itu juga merupakan kesinambungan sejarah Kuala Kangsar sebagai bandar pendidikan tertua negara yang turut menempatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), SMK Clifford dan Madrasah Idrisiah.... Fuhhhhhh! Seorang Sayidah mampu tahu fakta ini semata-mata kerana ada interview di Universiti Sultan Azlan Shah esok! Hahahaha. Mestilah kena tahu kan sejarah dan latar belakang tempat kita di-interview kan kannn heee.

nervous nak interview di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) esok!

nervous nak interview di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) esok!
nervous nak interview di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Hmmm sijil semua dah ada salinan. Dah siap cop pengesahan dah. Resume (CV) dah print. Cover letter pun dah print. Kasut tumit tinggi ciked dah beli. Baju kurung pink dah gosok. Tudung je belum gosok lagi hahaha. Hmmm.. kalkulator, thesis FYP dah prepare. Yela kalkulator prepare je bawak, kotkot kang mereka suruh saya jawab ujian Matematik..mahu ternganga sebab tak bawa kalkulator hahaha. 

Then, soalan-soalan yang biasa disoal dalam temuduga such as "Introduce yourself" atau "what is your strength/weakness" atau "what is your expected salary" atau "what do you know about this company" ..inshaaAllah dah ada dah jawapan dalam otak. 

Plus, malam nanti nak study balik sikit-sikit topik maths. Den dah lupoo lama tinggal kira-kira ni ha hahaha.

Tapiii. Satu je sebenarnya yang saya takut time interview esok ni. Eh bukan satu tapi dua. 2 perkara yang saya takut...

1. Interviewer tanya soalan berkaitan dengan isu semasa (yang berkaitan dengan jawatan)/ berita semasa/ politik.

2. Interviewer suruh saya buat micro teaching/ mock teaching (ala-ala mengajar dalam kelas) berdasarkan topik matematik yang mereka pilih sendiri.

Homaiiii homaiii. No. satu tu kalau tentang isu semasa yang saya tahu takpelah. Kang nanti ditanya pula yang saya tak tahu. Adoiiii habis lah den.

Yang no. 2 tu pulakk aduiiiii. Saya dah laa lama tak pegang buku. Dah tak familiar dengan term-term matematik ni. Lagipun.. Topik matematik bukannya dua,tiga tapi berpuluh-puluh. Tu tak kira lagi subtopik dia. Homaiii. Kalau dia suruh ajar topik yang dia nak..mampuih den. Atleast kalau dia suruh saya ajar topik yang saya pilih sendiri..okay lagii la. Tapi kalau mereka yang pilih sendiri....

.......
.......
Krik krikkk...
......

Kbai haha. 

Wish me luck for tomorrow! Doakan saya semoga dapat buat yang terbaik dan jika jawatan ini yang terbaik, permudahkan lah saya untuk mendapat position ini. AMIN ^-^

Lastly, ada nak nasihat saya pape tak untuk temuduga? Tips ke.. apa ke.. hehe. Thanks in advance!

Daaa~wassalam.

You Might Also Like

6 comments

  1. Good luck for your interview.. Kalau dapat,in sha Allah kita berjumpa.. saya student USAS :)

    ReplyDelete
  2. kalau berjaya.. kir ajadi warga kuale le.. hahaha.. boleh la jumpa slalu

    ReplyDelete
  3. Jika berjaya, pastikan gaji pertama tu transfer ke akan Along ya... :)

    ReplyDelete
  4. yeah! semoga terus dipermudahkna apa jua yang anda lakukan ;)

    ReplyDelete
  5. Bittaufiq wannajah . Semoga dipermudahkan urusan , selawat dan doa penting (: ada rezeki kita akan berjumpa (:

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.