http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

tanda kau ada crush dengan si dia

By 1:59:00 PM , ,

Perghhh first time rasanya buat entri pasal crush ni. Debau rasa haha. Okay, apa maksud crush ni sebenarnya? Crush ni maksudnya someone yang kau tertarik padanya. Someone yang kau develop perasaan istimewa terhadapnya. Dan sudah pasti lah, someone tu berlainan jantina dengan kau. Perasaan crush terhadap seseorang ni boleh jadi dalam jangka masa yang sekejap dan boleh jadi lama. Ada yang crush dengan laki ni dua hari je. Ada yang crush dengan perempuan ni berbulan-bulan lamanya. Then, crush kat seseorang ni selalunya perasaan yang kau seorang je tahu. Kau pendam sorang-sorang. Kau rahsiakan dari pengetahuan orang lain. Orang tu pun tak tahu kau ada crush dengan dia. Masalahnya sekarang, macam mana nak tahu kau ada crush dengan dia sebenarnya? Apa tanda kau ada crush dengan si dia?

tanda kau ada crush dengan si dia


tanda kau ada crush dengan si dia
tanda kau ada crush dengan si dia
Okayy.. Sebelum tahu tanda-tanda kau ada crush dengan si dia, kena tahu dulu sebab apa kau ada crush kat si dia? 

Crush dengan seseorang ni biasanya sebab dia menepati ciri-ciri lelaki/wanita idaman kau. Sebab lainnya adalah mungkin sebab kau kagum dengan dia atau kau hormat dengan dia sehingga sampai satu tahap kau ada fenfeeling crush dengan dia. Selain tu, biasanya orang yang kau duk crush dengan dia sebab dia mempunyai satu keistimewaan (bakat/sikap) yang boleh buat kau tertarik dengan dia. Contoh keistimewaan : bijak komunikasi, hebat bersukan, ulat buku, mempunyai hobi yang unik, sedap menyanyi, tidak tahu malu (?). Keistimewaan ni lain orang, lain pendapatnya kan. Orang yang suka makan tapi tak gemuk-gemuk pun istimewa juga hahaha. 

Okay back to the topic, apakah ciri-ciri atau tanda-tanda kau ada crush dengan dia?

Adeh malu betul nak terangkan isi-isi ni hahaha sebab mesti akan geli sendiri. Tapi, ai cuba ehhh (sambil bayangkan muka crush den) HEHEHE.

1. Sentiasa tersenyum bila teringat si dia

Okay tak adalah SENTIASA. Tapi kalau dah setiap kali kau senyum/ sengih-sengih bila orang sebut nama si dia ke, atau kau tengok nama dia ke, atau ada orang cerita pasal dia kat depan kau ke.. maybe you have a crush on him/her. Dia tak ada kat depan kau tapi bila teringat tentang dia, kau akan tersenyum bila teringat karenah atau keletah dia. 

tanda kau ada crush dengan si dia
tanda kau ada crush dengan si dia
2. Nak tengok selalu

Ni sindrom crush yang biasa. Kalau kau ada perasaan "tak sah kalau tak tengok dia" atau "rasa tak lengkap hidup ni kalau tak lihat dia" atau "nak dia kat depan mata kau je selalu" .. yes probably kau ada crush dengan dia. Lagi-lagi bila kau satu tempat (kerja/ universiti/ kolej/ sekolah/ kawasan perumahan/ kampung) kan, memang rasa nak tengok dia selalu je. 

3. Cuba mencari persamaan minat atau hobi

Walaupun sekecil-kecil persamaan antara kau dengan dia pun kau dah suka, mungkin itu maksudnya kau ada crush dengan dia. Yela mesti la suka kan. Sebab persamaan hobi atau minat tu lah yang membuatkan kau dan dia lebih serasi, lebih merapatkan lagi hubungan antara kau dengan dia & dapat meluangkan masa berbual dengan dia.

4. Cari peluang untuk bercakap/bertembung 

Okay mungkin isi no.4 ni nak sama dengan no.2 tapi sebenarnya tak sama. Sebab no.2 tu hanya lihat tetapi tidak bercakap. Tanda no.4 ni.. kau mencari-cari peluang untuk bercakap dengan dia supaya kau boleh dengar suara dia. Ataupun kau curi-curi masa untuk buat-buat bertembung dengan dia supaya dapat melakukan eye contact dengan dia. Jadi, jika kau ada buat macam ni, maksudnya mungkin kau ada crush dengan dia.

5. Tak jadi diri sendiri 

Mungkin tak semua orang ada tanda-tanda macam no.5 ni bila berhadapan dengan crush. Tapi, saya pasti ada jenis yang macam ni. Jenis yang tak boleh nak jadi diri sendiri depan crush dia. Jenis yang malu-malu kucing. Jenis yang bertentangan dengan perangai sebenar bila berhadapan dengan crush.

tanda kau ada crush dengan si dia
heartbroken
Tapi bila kau ada deep crush dengan seseorang ni, kena bersedia lah. Mungkin kau hanya bertepuk sebelah tangan. Atau berita baiknya, dia pun ada crush dengan kau. So, kena bersedia dengan segala kemungkinan. Supaya tak gedebuk gedebak sakit hati bila ditolak a.k.a di reject dengan crush.

Kalau nak tahu pula orang ada crush kat kau ke tak atau crush kau suka kat kau balik ke tak.. haaa tengok la balik tanda-tanda atas tu. Ada ke tak tanda-tanda di atas tu kepada mereka? Hehe.

Itu sahaja, semoga masing-masing dapat mentafsir perasaan sendiri ye.

Kbai~!

You Might Also Like

2 comments

  1. Hihi walaupun akak dah kawin tapi akak masih crush dengan hubby akak.. =)

    ReplyDelete
  2. sonoknyE kalau crush kita suka kat kita balik kan..haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.