http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

By 6:27:00 PM ,

Haritu, beberapa hari sebelum Majlis Konvokesyen UPM Ke-40, kawan saya minta saya dan kawan-kawan lain check di laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di ruangan Semakan Permohonan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Check adakah melepasi syarat atau tidak bagi jawatan tersebut. Sebenarnya time tu saya tak ingat pun saya ada mohon ke tidak jawatan tu di SPA haha.

melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Bila saya check, oh rupanya saya ada mohon. Dan saya juga melepasi syarat-syarat semasa untuk jawatan tersebut. Alhamdulillah. Kata seorang akak ni, kalau melepasi syarat maksudnya layak untuk menjawab exam PTD! Wow, sebelum ni saya dengar orang lain ambil exam PTD ni, kali ni saya pula. Dan kata mereka yang berpengalaman, susah gilos exam PTD ni. So, sekarang ni just tunggu lah email atau call dari pihak PTD untuk makluman berkaitan exam PTD.

Tapiii.. saya rasa jawatan ni tak sesuai la dengan jiwa saya hehe. Saya ni bukan petah bercakap, komunikasi atau berdebat dengan orang-orang hebat dan orang politik. Okay saya tahu pada zaman sekarang ni, memang tak boleh nak memilih kerja sangat. Lagi-lagi kalau kerja kerajaan, grab je peluang yang ada. Tapi saya rasa saya ada pilihan lain selain PTD ni. 

Saya boleh mengajar. Sementara menunggu permohonan jawatan-jawatan SPA saya yang lain terjawab, saya boleh ajar home tutor atau jadi guru tuisyen matematik/ matematik tambahan. Bagi saya, mengajar lebih kena di hati saya berbanding PTD ni cewah. Umi abi dan adik beradik yang lain pun berpendapat saya tak boleh nak carry kerja PTD ni.

Apa-apa pun, kalau exam PTD ni secara online, saya jawab je kot. Nak timba pengalaman, nak merasa macam mana jawab exam PTD ni. Lagipun, saya tak rasa saya akan lulus exam PTD ni pun hehe sebab saya tak study langsung tentang exam PTD. Yela orang kata banyak tips-tips menjawab exam PTD di internet dan siap ada buku lagi dijual. Tapi saya tak tengok pun semua tu. Makanya, probability untuk saya lulus exam PTD sangat tipis la kan?

Arghhh.. Entah lah nak ambil ke tak =.=

You Might Also Like

5 comments

  1. Good Luck. Nnti kita jawab sama2 k...hehe (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  2. Kadang yang kita tak buat persediaan itulah yang kita berjaya dapat..jadi jawab je ya..good luck adik..

    ReplyDelete
  3. Macam mana nk tahu kita lepas syarat ke tak KC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check dekat website SPA mai. ataupun kita ada dapat message untuk jemputan menjawab exam online PTD :)

      Delete
  4. good luck.. In sha Allah ada rezeki

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.