Search This Blog

bayi menangis tengah malam tanpa sebab.. apa nak buat ?

By 5:50:00 PM , , , ,

Pernah tak dengar tiba-tiba bayi menangis tengah malam tanpa sebab? Pernah tak mengalami tiba-tiba baby terkejut kemudian meraung dengan kuat? Pernah tak anak terbangun kemudian menangis tengah malam? Pernah tak tengok bayi menangis tengah malam seperti dalam ketakutan? Saya pernah. Memang scary haha. Meremang bulu roma. Kalau sekejap tu takpe juga, ada tu yang lama sangat dia nangis. Naik risau dibuatnya.

bayi menangis tengah malam tanpa sebab.. bagaimana cara mengatasinya?

bayi menangis tengah malam tanpa sebab.. apa nak buat ?
bayi menangis tengah malam tanpa sebab.. apa nak buat ?
credit image : konsultasisyariah.com
Saya nak share satu tips (ilmu) berguna inshaaAllah : apa nak buat kalau bayi menangis secara tiba-tiba (tanpa sebab) terutamanya pada waktu tengah malam? Saya dapat info ni dari Novel yang saya baca. Novel genre seram. Novel A. Darwisy bertajuk Jangan Biar Dia Masuk. *nanti saya review ye novel ni hehe*

Okay jom baca sedikit babak dalam Novel ni yang berkaitan dengan tajuk entri.

bayi menangis tengah malam tanpa sebab.. apa nak buat ?
credit image : lovethispic.com
Baru angan-angan hendak menerawang ke langit, suara tangisan bayi memecah hening sepi rumahnya. Suara milik si anak kecil yang baru beberapa hari celik melihat dunia. Bayi perempuan Usu Mira yang diberi nama Umairah.

Mulanya, Maya menganggap bayi itu hanya merengek biasa tetapi selepas beberapa minit, tangisannya semakin kuat. Maya bingkas bangun keluar dari biliknya. Umairah ditempatkan di dalam bilik orang tuanya. Hanya akan dibawa masuk ke dalam bilik Usu Mira sekiranya bayi itu menangis kelaparan mahukan susu badan.

Berdiri di depan pintu bilik orang tuanya, Maya melihat Rahman sudah pun mendukung Umairah dan cuba meredakan tangisan bayi itu. Sementelah, Mariam (isteri Rahman) masih pulas tidurnya.

"Lamanya Umairah menangis, yah. Lapar kut?"

"Mengingau rasanya. Sebelum tidur tadi, Umairah dah susu badan," jawab Rahman sambil mengusap-usap kepala bayi comel itu dan menitip zikir lailahaillallah untuk mendodoikannya supaya tidur semula.

Maya tidak tahu bagaimana hendak membantu. Iyalah, dia bukannya ada pengalaman melayan karenah budak-budak apatah lagi bayi. Hendak menimang pun dia masih kekok, takut silap caranya. Sudahlah bayi baru lahir lembut lagi tulangnya.

Dalam pada itu, Maya menyedari bayi dalam dukungan si ayah, matanya asyik memandang ke atas. Tidak pasal-pasal Maya pula yang mendongak ke arah siling bilik. Serentak itu juga, dia berasa merinding (meremang) tiba-tiba. Rengekan Umairah tidak henti-henti dan matanya terus-terusan membuntang ke satu sudut yang sama. Rahman juga mulai menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dia sengaja berlegar-legar di dalam bilik itu, tetapi anak mata Umairah tetap memandang petak siling paling hujung dalam bilik itu.

"Astaghfirullahalazim," ujar Rahman, tiba-tiba beristighfar.

Tampak riak mukanya yang terkejut amat sangat. Maya berkerut dahi. Dia tidak nampak apa-apa yang luar biasa.

"Kenapa, yah?"

"Patutlah budak ni merengek, ada yang mengagah. Muka pula buruk."

Maya tertelan air liur (okay saya pun tertelan juga time baca ni haha). Rahman terkumat-kamit mulutnya membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, surah 3 Qul dan selawat. Lalu ditiup lembut pada ubun-ubun si anak kecil itu. Tangisan Umairah mendadak berhenti dengan izin Allah.

"Benda tu dah hilang," beritahu Rahman.

Berderau darah Maya mendengarnya.


Okay stop! Haaa kang lebih-lebih saya tulis sambungan cerita kang lagi meremang haha. Dah la saya baca benda ni haritu time pukul 1,2 pagi macam tu.  Sabau jela.

So, kot-kot la kalau rasa bayi/anak kecil tu macam something wrong somewhere, baca lah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, surah 3 Qul dan selawat. Then, tiup pada ubun-ubun (atas kepala-rambut) bayi/anak kecil. InshaaAllah, dengan izin ALLAH, kalau betul mereka kena kacau oleh benda ghaib.. bayi/anak kecil tu akan beransur diam dan kembali tenang.

Semoga bermanfaat~ daa wassalam :)

bayi menangis tengah malam tanpa sebab.. apa nak buat ?
boleh juga baca doa ini untuk memelihara anak kecil dari gangguan (makhluk halus)

You Might Also Like

2 comments

  1. Huh macam seram pulak...hehe thanks sharing

    ReplyDelete
  2. Perkongsian dalam perceritaan..
    Kali pertama baca blog cam nie..
    1 idea yang baik sekali..

    ada juga ustaz yg cakap kalau bayi menangis malam bacakan ayat kursi dengan 9 lafaz atau berhenti..maaf jika tersalah..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.