KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga - sayidahnapisahdotcom KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga
LightBlog

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga

Berita gembira! Berita gembira! Okay walaupun berita gembira ni bukan berita gembira untuk saya, tapi nak share juga haha. Berita gembira ni untuk warga Selangor. Iye, kad peduli sihat ni hanya di Selangor sahaja. Oh apa itu Kad Peduli Sihat? Kad ni macam kad perubatan. Kalau dapatkan rawatan di Hospital, boleh bayar menggunakan kad ini. Tapi ada syarat-syarat kelayakan dan kategorinya.

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga
kad peduli sihat selangor
Warga Selangor dan warga DUN Gombak Setia khususnya dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.

Syarat-syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

*Borang boleh isi secara dalam talian (klik SINI) atau dapatkan di pejabat Adun berdekatan.

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga
KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Syarat kelayakan & kategori
KATEGORI A

- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

KATEGORI B

- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi: 03-20893911.

Mohon sebarkan!

*P/S: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja! Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout,contraction,slip disc. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. RM225 untuk 3 botol. Tahan selama 3-4 bulan sebanyak 500 semburan.
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah).
KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga
biobax - spray dan sapu sahaja!

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR - Individu & Keluarga
BIOBAX COOL THERAPHY
terbukti berkesan!

Post a Comment

5 Comments

  1. bagusnya kerajaan negeri selangor!

    ReplyDelete
  2. sekurang kurangnya ada gak membantu walaupun x sebanyak mana...syabas selangor!

    ReplyDelete
  3. BESTNYA ORG SELANGOR.. KALAU SABAH ADA KAN BEST

    ReplyDelete
  4. Kalau student pun bleh apply lah kan? Best ni!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p