http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

"Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada sembilan keturunan"

By 11:31:00 AM , ,

Dalam kitab Nasoihul Ibad, karangan Imam Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan, bahawa Saidina Umar ibnu Khattba r.a berkata, "Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada sembilan keturunan."

"Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada sembilan keturunan"
"Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada sembilan keturunan"
1) Zalitun
Tugasnya menggoda, menghasut serta menipu daya orang yang berada di pasar-pasar, di pusat beli-belah. Zalitun akan cuba menipu daya agar manusia melakukan kejahatan dalam jual beli. Maka, berlakulah penipuan, pujuk rayu serta bersumpah dalam menjual barangan.

2) A'wan
Syaitan yang suka menipu daya serta memujuk rayu para pemimpin, raja-raja dan seumpamanya.

3) Haffat
Syaitan yang mendorong manusia agar suka meminum arak serta apa-apa yang memabukkan.

4) Murrah
Syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui hiburan seperti sukakan muzik yang melampau serta mengkhayalkan

5) Masuth
Syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui kejahatan lidah seperti mencetuskan fitnah, berita bohong, berita palsu dan seumpamanya.

6) Laqqus
Syaitan yang cuba merosakkan manusia dengan cara menggoda agar meninggalkan agama Islam. Laqqus akan menghasut manusia agar mensyirikkan Allah SWT. Laqqus akan menghasut manusia agar menganut agama Majusi, Yahudi dan sebagainya. Laqqus akan berusaha untuk menyimpangkan manusia daripada jalan kebenaran.

7) Watsin
Syaitan yang akan menganggu, merosakkan bayi dan anak-anak (kandungan gugur).

8) Dasim
Syaitan yang sungguh disayangi Iblis. Dasim akan merosakkan manusia dengan cara memecah belahkan rumah tangga. Dasim akan menggoda serta menghasut si suami agar berlaku jahat pada isteri dan akhirnya melafazkan cerai. Dasimlah yang akan menggoda serta menghasut si isteri agar derhaka kepada suami dan mencari jalan untuk minta diceraikan.

9) Walhan
Syaitan yang akan menganggu serta merosakkan manusia dengan mengacau manusia yang sedang melakukan ibadah ketika berwuduk, solat dan seumpamanya.

"Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada sembilan keturunan"
"susunguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata"
Ada satu lagi syaitan yang bernama Abyah. Dia akan datang kepada ahli ibadah, para wali dan para alim ulama lalu berusaha untuk menyesatkan mereka. Bermakna bila besar serban si ahli ibadah, maka besar lagilah pengkat si syaitan yang akan datang menyesatkannya.


Kredit:
Kembara Hari Di Tanah Suci
Ustaz Ghazali Ibrahim


No.9 tu la kot syaitan yang suka kacau saya haha adehh. 
-Kekadang tu bila nak solat je mula la rasa ngantuk. 
-Bila berzikir (selepas solat) punya la banyak kali menguap, sampai berair mata. Tapi bila dah habis doa, lipat telekung.. terus rasa segar bugar. 
-Time tengah baca Al-Quran, boleh pula tersengguk-sengguk. Tapi bila tutup je Al-Quran, terus rasa tak mengantuk langsung. 
-Time tengah baca buku keagamaan / majalah Islamik, mula la terkebil-kebil tahan ngantuk. Tapi bila buka novel, segar bugar mata.
Ish ishhhh. Syaitan no.9 tu la kot duk hasut. Iman den ni dah la tak kuat, thats why la tak kuat nak tepis hasutan syaitan ketika melakukan ibadah huhu.

Anyway, moga kita dilindungi Allah daripada diganggu dan termakan dengan hasutan godaan syaitan&Iblis&keturunannya yang terkutuk Aminnnn.

Okay daaaa~ wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Kak PC rasa pun syaitan no 9 tu selalu kacau kak PC juga..hati2..nama nama syaitan ni pun kedengaran macam indah..jangan diguna untuk nama anak..

    ReplyDelete
  2. Thks sharing... Knp tahu nma ni agar x beri nm mcm ni kt ank2 kelak

    ReplyDelete
  3. Fuh ramai ni, semoga kita dan seluruh keluarga terus dilindungi Allah daripada mengikut syaitan.

    ReplyDelete
  4. dan mereka akan terus menghasut sampai kiamat. Semoga kita dilindungi Allah daripada terus terhasut dengan godaan2 syaitan2 di atas.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.