Search This Blog

Bagaimana Nak Batalkan Nazar? - Ustaz Azhar Idrus

By 10:58:00 AM , ,

Soalan: Saya telah bernazar nak melakukan sesuatu jika hajat saya tercapai. Bila hajat saya tercapai, saya tidak dapat tunaikan nazar kerana nazar itu tidak logik. Contohnya: puasa 1000 hari / mendaki Gunung Kinabalu. Apa yang perlu saya buat jika nazar itu tidak mampu saya tunaikan? Macam mana kita nak batalkan nazar?

Bagaimana Nak Batalkan Nazar? - Ustaz Azhar Idrus


Bagaimana Nak Batalkan Nazar? - Ustaz Azhar Idrus
Bagaimana Nak Batalkan Nazar? - Ustaz Azhar Idrus
Jawapannya..

Nazar ni kalau benda yang mustahil .. tak sah. Tapi benda yang tak mustahil.. sah nazar.

Kalau nazar nak panjat Gunung Kinabalu.. Orang boleh tak naik Gunung kinabalu? Boleh. Maka, nazar dia sah.

Nazar yang tak sah ni orang tak boleh nak pergi. Contohnya "kalau aku baik sakit ni, aku nak pergi tidur 7 malam di planet Pluto" atau "kalau aku baik sakit ni, aku nak tidur atas angin". Haa tu nazar yang tak boleh. Mustahil. Tak jadi nazar. Tak sah. Mengarut. Nazar kosong.

Jadi.. kalau nazar sah tapi tak mampu nak tunai. Macam mana nak batalkan nazar?

Bayar denda - Denda kafarah nazar. Kafarahnya apa dia?

1. Merdekakan hamba

Tak ada hamba dah zaman ni. La ni banyak hamba dunia.

ATAU

2. Beri makan 10 orang miskin

Beri makan 10 orang miskin dengan seorang makanan mengenyangkan. Contoh: sebuku nasi minyak + lauk. Kenyang tak sebuku nasi minyak (+lauk) untuk sorang? Kenyang. Semasa kita beri makan untuk 10 orang miskin tu atau masa kita beli makanan tu.. Niat kafarah nazar... "Aku niat ini lah kafarah nazarku kerana Allah Taala."

ATAU

3. Puasa 3 hari

Niat puasa "Sahaja aku puasa kafarah nazar esok hari kerana Allah Taala". Nak puasa 3 hari berturut-turut boleh. Tak berturut-turut pun boleh.

Sekian, semoga bermanfaat. Daaa~ wassalam :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Oooo....sekarang baru mrs pip tahu cenggini nak batalkan nazar...
    Thanks for sharing this dear...
    Lepas ni mrs pip nak batalkan nazar, puasa 3 hari tu yg paling mudah rasanya...
    Cheers.

    ReplyDelete
  2. info yang sangat membantu. alhamdulilah....
    ada sesetengah hamba yang tak buat langsung nazar yang diniatkan..

    ReplyDelete
  3. Haaa..baru tahuuuuuuuuuuuu, nona nak mintak share ya..and tambah2 ayat... hehe~
    nanti Nona kreditkan ke sini tauu~

    Thanks !!!!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.