cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang - sayidahnapisahdotcom cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang
LightBlog

cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang

Saya masa zaman sekolah dulu, mungkin tak fikir sangat kot bab-bab 'study style' ni sebab tak duduk asrama. Tapi bila masuk zaman matrik & universiti, memang terasa aura study tu. Dan boleh detect banyak jenis dan cara pelajar study.

cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang
cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang. Credit image: spreadshirt.com
Tengok kawan-kawan ..

+ ada yang pulun study siang petang malam
+ ada yang suka study pada waktu petang 
+ ada yang suka study sehingga lewat malam
+ ada pelajar yang jenis "study smart, not study hard" and vice versa
+ ada yang jenis relaks je
+ ada yang goyang kaki even nak dekat je hari exam (ni spesies genius)
+ ada yang suka study sama-sama dengan kawan (study group) 
+ ada yang lebih selesa study sendiri di bilik
+ ada yang suka study pasang lagu, pakai earphone
+ ada pelajar yang lebih suka study di tempat terbuka seperti di taman, pondok
+ ada orang yang suka study dalam keadaan sunyi aman damai tenteram contohnya di perpustakaan
+ ada orang yang suka study dalam tempat yang tertutup, supaya tak distracted dengan orang/benda lain
+ ada yang suka study last last minit
+ ada yang lebih selesa study di rumah
+ ada yang lebih minat study di asrama/kolej
+ ada yang jenis suka hafal nota baca kuat-kuat
+ ada yang jenis hafal nota dengan baca dalam hati & tenung je nota tu (spesies saya la ni hehe)
+ ada yang suka study sambil makan/minum
+ ada yang study dengan buat nota-nota kecil

cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang
cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang
Macam macam jenis manusia dari segi cara study kan? Jangan tak caya.. Ada yang lagi pelik dari atas-atas ni haha.

Tapi.. nasihat saya pada adik-adik atau mereka yang masih belajar, cari cara study sendiri. Jangan ikut cara study orang lain. Jangan paksa diri untuk follow cara study kawan. Jangan cuba biasakan study ikut masa study kawan kita yang kita tak suka.

Find your own style of study!

Sebab saya pernah dengar penceramah kata.. waktu otak manusia aktif adalah berbeza. Maksudnya, bilakah masa otak kita dapat menerima ilmu dengan baik? Pada waktu siang? Petang? Tengahari? Malam? Tengah malam? Sebelum subuh? Cari lah jawapan nya sendiri.

Mungkin ada orang yang lebih suka study group. Tapi kalau saya, saya lebih suka study sendiri. Sebab saya tahu kalau saya study group, saya lebih banyak borak dan bergurau dengan kawan-kawan daripada study. Kalau study sendiri, saya lebih fokus dan tahu apa yang saya nak study. Tapi saya suka study group bila saya dah study semua bab hehehe. 

Anyway, saya tak kata study group ni tak bagus. Study group ni bagus. Cuma bergantung pada masing-masing. Pilih mana yang lebih selesa dan lebih masuk otak. Study sendiri atau study group.

study tips
cara study : ikut style sendiri, jangan ikut orang
Kesimpulannya, cari lah style belajar sendiri. Tapi pastikan style tu dapat membawa awak ke jalan kejayaan, bukan penyesalan. Bila dah jumpa, buat sebaik mungkin. So that at the end, you will not regret.

Okay daaa~ wassalam :)

Post a Comment

8 Comments

  1. Tips saya kalau nak study group, sebelum mula discussion tu baca doa dan set kan niat berkumpul untuk apa :)

    Dan rasa nak berborak & bergurau masa tgh discussion tu memang akan ada. Mungkin boleh setkan masa untuk diskus sejam, break 5-10 minit. Masa break boleh la nak gi tandas ke nak berborak ke hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. last minute study akak selalu buat tu... hehe

    ReplyDelete
  3. Ada macam2 kan cara study... Cam akak dulu suka sangat study last minute.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. Throwback zaman student dulu .. selalunya suka study sorang -sorang...klw study group ni ke laut ja ...

    ReplyDelete
  5. Kalau Kak Sue dulu study sorang-sorang je..

    ReplyDelete
  6. Betul. Even kalau kita ada kawan baik pun tak semestinya style study kita sama. Macam saya, saya lebih suka buat bab demi bab dengan mind map sambil dengar muzik. Lepas habis semua, baru saya akan start mengingat. Saya tak suka belajar dengan orang lain. Susah nak ingat. Huhu.

    Jom masuk bloglist saya, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  7. Study ni ikut keselesaan kita kan? Akak dulu perangainya suka study last minute...

    ReplyDelete
  8. indeed ! sis suka study sorg & prefer suasana tu senyap such as library la. jarang study group sb sis sedar diri, mulut asyik mbebel bila dgn kawan2 =D alhamdulillah sis temui cara sis sdiri

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p