Search This Blog

FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA

By 3:38:00 PM , ,

Siapa tak gabra dan cuak semasa temuduga kan? Lagi-lagi kalau kali pertama temuduga, mesti terketar-ketar tergigil-gigil macam nak terkucil. Haihh teringat pula pengalaman saya di-interview untuk menjadi tutor haritu hehe. Okay okay back to the topic. Baru-baru ni saya ada baca di akhbar Berita Harian, tajuk "KENAPA GAGAL semasa temuduga?". Tak kisah la nak temuduga kerajaan atau swasta ke atau SPA ke, mesti kena tahu dulu antara faktor calon gagal temuduga.

FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA
faktor calon gagal temuduga. credit image: examptd.info

FAKTOR CALON GAGAL SEMASA TEMUDUGA 


Intipati yang saya dapat dari artikel tersebut :

+ Perkara paling mudah menyebabkan seseorang calon itu ditolak mentah-mentah sebelum ditemuduga adalah ketika dia memasuki bilik temuduga.

+ Antara faktor ramai calon gagal semasa temuduga adalah:

1. Keterampilan yang salah

  • ketrampilan dan personaliti yang tidak menarik sudah mampu memberikan persepsi negatif kepada pihak majikan kerana ia menggambarkan seseorang itu tidak bersedia dan mengambil mudah akan kerjanya. 
  • oleh itu, kita perlu ketahui dan belajar ilmu ketrampilan, komunikasi dan gaya memikat 'pembeli'. Ingat pihak penemuduga adalah manusia juga dan selagi ia berstatus manusia, maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.
  • jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan apa yang ditampulkan anda ketika melangkah masuk ke dalam bilik penilaian itu, jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan 'FIRST IMPRESSION'.


2. Cara komunikasi yang tidak bagus

  • dengan cara komunikasi yang lemah, secara tidak langsung seseorang itu bagai membuka kelemahannya sendiri & mengabaikan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan dirinya & bagaimana dia boleh memenuhi kriteria pekerja mereka inginkan.


3. Bahasa badan yang lemah

  • gaya bahasa yang lemah dan kurang menyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja kerana ia menunjukkan tahap keyakinan dan pemikiran seseorang itu dalam menangani konflik atau masalah.

Semua ni menyumbang kepada markah rendah yang diberikan oleh pihak penemuduga.

FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA
FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA . credit image: notainfo.com
+ PENAMPILAN, KOMUNIKASI & GAYA BADAN adalah aspek yang sering dibualkan mengenai sebab seseorang itu gagal dalam temuduga

+ Kebanyakannya gagal dalam beberapa saat saja bertemu dengan panel temuduga dan belum sempat menunjukkan apa yang dirancangkan sebelum itu.

+ FIRST IMPRESSION amat penting. Dalam lingkungan 2-3 saat pertama, penilai dari pihak bakal majikan melihat kita dan mereka dapat agak apakah keputusan temuduga anda.

Haaa itu lah ayat-ayat dari artikel yang saya rasakan ianya adalah isi-isi penting yang kita semua perlu tahu dan take it seriously.


Thats all, hope it helps. Daaa~ :)

You Might Also Like

2 comments

  1. tips yang berguna untuk mereka yang akan bertemuduga nanti. teringat pula temuduga SPP tempoh hari hehe.

    ReplyDelete
  2. Pakaian memang senang nak ubah, tapi cara cakap dan body language perlukan latihan yang banyak...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.