"Kekasih Kita Istikharah Nampak Muka Kita, Kita Istikharah Tak Nampak Muka Dia"?

by - February 02, 2017
Tak pernah terfikir pun soalan ni. Tapi baru-baru ni saya ada jumpa 1 Video Ustaz Azhar Idrus yang membincangkan tentang - "kekasih kita istikharah nampak muka kita, kita istikharah tak nampak muka dia". Acamno tu? Apakah jalan penyelesaiannya?


"Kekasih Kita Istikharah Nampak Muka Kita, Kita Istikharah Tak Nampak Muka Dia"?


"Kekasih Kita Istikharah Nampak Muka Kita, Kita Istikharah Tak Nampak Muka Dia"?
"Kekasih Kita Istikharah Nampak Muka Kita, Kita Istikharah Tak Nampak Muka Dia"?
Soalan: Kekasih pujaan kita solat istikharah, nampak bayangan muka kita selalu. Kita pula istikharah tak nampak langsung muka dia. Nak pakai yang mana satu?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Boleh pakai belaka (boleh guna mana-mana). Solat istikharah ni bukan wajib ikut.

Contoh: kita nak niaga kedai..kita sembahyang istikharah. "Molek ke dok kalau aku niaga ni?" (okay ke tak kalau aku niaga ni?). Lepastu lepas sembahyang istikharah, nampak macam gelap je rasa (hati rasa tak tenteram, suram). Haaa tu isyarat namanya. Maka, sunat kita tak niaga. Kita niaga benda lain. SUNAT. Bukan wajib. Kalau kita nak niaga jugak? Bolehhh. Bukan kata haram.

Yang haram ni.. Malaikat Jibril datang depan kamu kata "tak boleh kahwin dengan si mek ni. Ni perintah Allah". Kita pergi canggah jugak, baru lah haram.

Dia sembahyang istikharah. Si mek (si awek) dia pun sembahyang istikharah. Awek dia kata "nampak muka abang". Tapi dia tak nampak muka si mek. Jadi, nak kahwin juga? Tengok ada masalah tak molek tak? Kalau tak ada, kahwin la. (nota: molek=elok)

Kalau tidak istikharah, tiba-tiba ada benda tak molek..tak payah kahwin. Pasal apa? Pasal ada dah benda tak molek.

Istikharah ni tak nampak molek ke tak molek. Kalau cokoh dah tak molek (terang-terangan dah nampak benda tu tak elok), istikharah mende? Benda tu dah tak patut kita niaga, tak payah istikharah. Macam nak buka kedai nombor ekor. orang tak istikharah dah sebab memang dah haram dah.

Sumber Video

p/s: sesungguhnya entri ini tiada kena mengena dengan sesiapa dan apa-apa watak pun, sama ada yang mati atau yang masih hidup (include me) hahaha.

"Kekasih Kita Istikharah Nampak Muka Kita, Kita Istikharah Tak Nampak Muka Dia"?
love quotes tumblr

You May Also Like

4 comments

  1. Kak ana penah dengar dari mana tak ingat, isyarat istikharah ni boleh dalam macam bentuk. Cuma sebelum istikharah tu make sure solat 5 waktu kita terjaga dulu. 😅

    ReplyDelete
  2. Istikharah tu ada ustaz kata more like minta ditetapkan hati dalam buat pilihan. Gitulah..lama sangat tak buat..huhu

    ReplyDelete
  3. bagus perkongsian ni.. tak pernah terfikir pula kan kalau jadi situasi mcm ni.. :)

    ...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p