addmaths & math modern dapat A+ SPM dulu - sayidahnapisahdotcom addmaths & math modern dapat A+ SPM dulu
LightBlog

addmaths & math modern dapat A+ SPM dulu

Disebabkan kelmarin pelajar-pelajar ambil result SPM, so nak la juga cerita tentang SPM dedulu hehe. Saya ambil SPM pada tahun 2010. Masih kurus lagi hahaha. Tak ada lah gempak sangat result macam kawan yang lain. Secara generalnya, saya dapat 7A 2B je. Secara spesifiknya, saya hanya dapat A+ dalam 3 subjek: agama, matematik moden & matematik tambahan (addmaths).

addmaths & math modern dapat A+ SPM dulu
result SPM den
addmaths & math modern dapat A+ SPM dulu
3 subjek je yang dapat A+ hehehe


Ramai yang kagum dan respect saya dapat A+ dalam dua subjek maths tu haha. Yela, ciput je student yang dapat A+ addmaths dan saya antara student Melayu yang tergolong dalam golongan tu. Alhamdulillah~ 

Kenapa saya suka matematik tambahan? kenapa saya minat subjek matematik? macam mana otak boleh berfungsi bila selesaikan soalan-soalan addmaths? macam mana boleh faham formula-formula semua?

Saya rasa sejak sekolah rendah kot saya memang minat matematik ni. Sebab satu perkara yang saya paling ingat time sekolah rendah tentang matematik - saya first student yang paling cepat hafal sifir dalam kelas. Kenangan lain saya tak ingat. Yang tu je saya ingat. haha.

Sekolah menengah pula tingkatan 1-3 saya tak ingat. Tapi, start masuk tingkatan 4 belajar addmaths. Memang saya skor dalam subjek tu setiap kali peperiksaaan. Faktor cikgu yang mengajar addmaths pun menyumbang juga sebenarnya. Nama cikgu addmaths saya adalah Cikgu Hasnan. Dia ajar best gilos. Walaupun dia tegas, tapi saya suka cara dia ajar. Senang faham dan senang nak apply. 

Saya masih ingat lagi... Cikgu Hasnan kata saya boleh tahu orang tu boleh dapat A ke tak dalam addmath. Then, saya tanya lah saya cikgu? cikgu rasa saya boleh ke tak? Cikgu jawab awak boleh. Sengih-sengih saya bila cikgu cakap macam tu hahaha. Dari situ, saya dapat keyakinan dan memang target nak skor A+ dalam subjek addmaths. Gigih study haha.

Mungkin juga otak saya ni otak matematik, so saya memang mudah faham bila cikgu ajar maths/addmaths. Tapi kalau orang tanya, mana satu yang saya lebih suka - addmaths or math modern? Saya akan jawab saya lebih suka addmaths hehe.

Okay tu je. Saja nak share haha. Sekarang ni pun, saya ada ajar tuisyen seorang budak form 5 Matematik Tambahan. Memang best sebab saya minat addmaths kan haha. Cuma saya kena study balik sebab dah lama tinggal addmaths haha.

Cara Menjawab Soalan Fungsi Songsang
-- saya share step by step cara untuk jawab soalan fungsi songsang kertas peperiksaan Percubaan SPM (Kelantan) di dalam video ini:



So, pada sesiapa nak saya ajar tutor subjek Maths or Addmaths, jangan segan-segan whatsapp saya 0172008642 ye hehe.

Okay lah adios~! Daa~


addmaths & math modern dapat A+ SPM dulu
matematik/matematik tambahan tutor - seremban

Post a Comment

5 Comments

  1. wah...terror la..kak dulu subjek add math la yg susah skit kak nak skor..tapi lega dapat B juga dlm SPM dulu

    ReplyDelete
  2. saya mmg x minat matematik, asal kena belajar subjek math jer mesti jadi tak suka, lagi sadis bila cikgu math garang, mmg terseksa dalam kelas waktu subjek math hahaha, paling suka n skor adalah subjek sejarah hihi..result spm okey2 je sbb tu sambung amik STPM dan resultnya alhamdulilah..

    ReplyDelete
  3. perghhhh!power,hehe..awak,jom join pencarian bloglist cikja!heee

    ReplyDelete
  4. Memang hebat matematik la nie, kat universiti pun ambil jurusan matematik :)

    ReplyDelete
  5. I want you to thank for your time of this wonderful read!!! I definately enjoy every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff of your blog a must read blog! 北美大学课程辅导

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p