Search This Blog

tulis je lah apa yang kita suka nak tulis

By 8:07:00 PM ,

Kekadang kita tak tahu nak tulis apa dalam blog kan? Nak tulis santai-santai ka, nak tulis tentang benda yang serius ka, tulis tentang info hangat ka, tulis tentang pendapat dan sudut pandangan kita ka.. so confusing~ Dan akhirnya, terbelangkai - Entri tiada yang dipublish - Masih memikir.

tulis je lah apa yang kita suka nak tulis
HAPPINESS
Yeah sometimes (always sebenarnya hehe), same goes to me. 

Tapi apa keberanian saya untuk selalu buat entri personal a.k.a berkaitan dengan diri sendiri?
-- sebab orang komen entri personal kita dengan lebih ikhlas & lebih dekat dengan kita.

I mean bukan lah orang yang komen entri yang tidak berbentuk personal itu tidak ikhlas, tapi bila orang yang komen di entri personal itu.. ianya juga berbentuk personal. Memberi komen berdasarkan pengalaman sendiri, lebih berbentuk pendapat dan kata hati sendiri. Bukan hanya komen "nice info", "tq for the info", "good info". Komen tu okay dan very appreciated tapi cuba tengok komen entri personal pula?

Komen-komen di entri personal/santai lebih ada 'isi' dan seperti berkomunikasi dengan pembaca. That's why I like entri yang berbentuk buah minda kita sendiri.

Tapi jangan salah faham. Bukan bermaksud saya tak suka atau tak galakkan entri selain daripada personal (ianya terpulang pada masing-masing sebenarnya), tapi conclusionnya.. tulis lah apa yang kita suka tulis. Karang lah apa yang kita nak karang. Cerita lah apa yang kita mahu cerita dan mahu semua orang tahu.
--Tapi berpada-pada lah dan fikir dahulu sebelum publish - "artikel kita ni membawa manfaat atau mudarat atau apa?"

Sekian, daaa~ wassalam :)

You Might Also Like

10 comments

  1. tq atas perkongsian :)

    www.aerillhassan.com

    ReplyDelete
  2. elsa lebih banyak suka bercerita dalam entry elsa. sebab elsa lebih suka orang tahu apa yang elsa buat harinie hehe. kadang2 jugak elsa berbelah bahagi ada ke orang nak baca entry personal kita saja kan? so elsa selitkan jugak macam review dan lain lain. walaupun tak nampak menarik takpe asalkan ada yang singgah dekat blog kita hehe

    singgah klik iklan :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/pops-eatery-wangsa-maju.html

    ReplyDelete
  3. Yup.. setuju sangat.. kalau yang personal tu dianya komen pun lebih personal.. seolah-olah ada komunikasi dua hala..

    ReplyDelete
  4. Kak Sue selalu tak tau apa nak tulis..tapi bila tengah buat keje lain berdesup pulak idea..sabar je lah..ehehe

    ReplyDelete
  5. Hihihi mai pun tulis apa yang mai suka, ala-ala personal entry tapi selitkan sikit2 tips ke apa2 ke, takut orang kata buang masa pula basa kisah peribadi je.

    Kalau dulu blog mai fully online diari, sampai takda komunikasi dgn readers, cuma bercerita jeeee. kesian readers.

    ReplyDelete
  6. betul ! haha kalau entry personal orang akan comment seikhlas hati and respond yang membuatkan kita bersemangat nak berblog. kihkihkih

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan awak. Saya memang suka baca entry personal sebab rasa lebih dekat dgn blogger tu. Sebab tu saya memilih untuk cerita pasal diri sendiri ja haha suka baca komen yg diterima.

    ReplyDelete
  8. Betul tu, tulis apa yg kita suka, tapi tulislah yang membawa manfaat pada kita dan org lain... entry personal lagi dkt dgn kita and readers, lagi2 kalau readers prihati n bagi komen membina, lagi rasa mcm kita ni saling kenal mengenali...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.