Search This Blog

Resepi Kuih Lapis Kuih Tradisional Melayu

By 11:28:00 AM ,

Masa kecil-kecil dulu, umi selalu juga buat kuih lapis. Tapi sekarang ni dah jarang. Mungkin sebab anak-anak umi lebih gemarkan kuih buatan umi yang lain seperti kuih keria, kek batik, kek moist chocolate. Haritu, sepupu umi ada masak kuih lapis. Nampak aummmm sangat kuih lapis beliau. Lembut je tengok, mudah dipotong dan warna nya pun lawa. Then, umi minta resepi kuih lapis beliau. Sebab for your information, kuih lapis sepupu umi tu laku tau jual kat kedai. Haaa mesti sodap gilos. Tu yang minta resepi kuih lapis best beliau tu. Jom ushar!

Resepi Kuih Lapis


Bahan-bahannya:

3 1/2 cawan tepung beras (cap teratai)
2 helai daun pandan
1 cawan tepung ubi
2 sudu tepung gandum
2 cawan gula
Pewarna (merah)
1 1/2 biji kelapa untuk:
(a) 5 cawan santan pekat (santan pekat diambil dari perahan yang awal-awal/mula-mula)
(b) 3 cawan santan cair (santan cair diambil dari perahan selepas (a))

Cara-cara memasak kuih lapis:

1. Bancuh semua tepung dengan 3 cawan santan cair. (ketepikan dulu)
2. Kemudian, didihkan santan pekat bersama gula dan 2 helai daun pandan.
3. Curahkan santan yang dididih ke dalam bancuhan tepung tadi. (jangan tunggu sejuk)
4. Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 warna - merah (masukkan pewarna merah) dan putih.
5. Kukus berselang seli. 4 minit setiap lapis.

SIAP! Sedia untuk dihidang untuk keluarga atau tetamu.

pesananpenaja: pewarna tu kalau nak tukar warna lain pun boleh. nak warna hijau or something else terpulang. lagi satu, sukatan untuk pewarna terpulang pada masing-masing. kalau rasa nak pekat, letak banyak-banyak. kalau nak pudar, letak sikit je :)

kuih lapis
resepi kuih lapis mudah je
Haaa ni buat untuk tetamu or family saudara mara datang rumah sedap ni. Time raya nanti nak buat (untuk dessert) pun mantop. Budak-budak, orang dewasa semua gemarkan kuih lapis. So, buat je banyak-banyak. Mesti licin lah haha.

Lepas buat kuih tu, mesti penat kan. Sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggang atau sakit kaki sebab berdiri lama dan jalan ke hulur hilir memasak. Takpe, Biobax kan ada! Spray dan sapu je.

Resepi Kuih Lapis Kuih Tradisional Melayu
lepas buat kuih penat-penat, jom sapu Biobax!

penat buat kuih
mak saya pengguna setia Biobax. kalau sakit belakang atau sakit pinggang, beliau guna Biobax. berkesan Alhamdulillah!
Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja! Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout,contraction,slip disc. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. RM225 untuk 3 botol. Tahan selama 3-4 bulan sebanyak 500 semburan.
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah).

You Might Also Like

6 comments

  1. Comel pulak tengok kuih lapis tue . Dulu colour pink putih..sekarang dah ada pelbagai colour

    ReplyDelete
  2. sesuai simpan resepi untk bulan puasa nnti. airah salin dh hehe

    ReplyDelete
  3. tag sayidah kembali :* http://airahsyahirah.blogspot.com/2017/04/sunshine-blogger-award-tagged-by.html

    ReplyDelete
  4. warna asal merah putih,,kalau sekarang macam-macam warna,,
    suka makan selapis demi selapis...haha bajet kiut tau..JanjiKita

    ReplyDelete
  5. kuih lapis...dulu ibu selalu buat. kiteorang adik beradik makan selapis selapis. kenangan indah.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.