Sunshine Blogger Award Tagged by Ucingkadayan, Cikla & Amysyeera

by - April 03, 2017
Apakebenda Sunshine Blogger Award ni? [ayat copy -->] The Sunshine Blogger Award is given to bloggers who positively and creatively inspire others in the blogosphere. Wahhh gituww kan. And sebenarnya saya teringin nak tahu siapa yang start Award ni. Korang tahu?


Sunshine Blogger Award


Sunshine Blogger Award Tagged by Ucingkadayan, Cikla & Amysyeera
Sunshine Blogger Award

So apa rules dia?

+ Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog 
+ Answer the 11 questions sent by the person who nominated you 
+ Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions 
+ List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog.


And here I am! Saya ditag oleh tiga blogger Ucingkadayan, Cikla & Amysyeera for this award. Thankyouuuu sudi tag saya yang comel dalam Sunshine Blogger Award yang awesome ni! Dan minta maaf banyak-banyak sebab lambat balas haha. Sebenarnya dah agak lama dalam draft, baru siap harini dan berkesempatan nak publish. Sorry eh eh *sambil buat muka comel*

Sunshine Blogger Award Tagged by Ucingkadayan

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya.?

Saya seorang manusia, berjantina perempuan, bernama Sayidah Napisah. 
Anak bongsu dari lima beradik. 
Lahir di Ulu Kinta, Perak dan tinggal di Jalan Sikamat, Seremban.
Tergolong dalam golongan yang lebih aktif menggunakan otak kiri daripada otak kanan.
Seorang blogger picisan yang bercita-cita tinggi.
Minat matematik tapi orang tak faham kenapa saya minat matematik haha.

2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?

Banyak sebenarnya makanan kesukaan saya haha. Serius ni. Saya memang suka semua jenis makanan kecuali sayur :P

3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?

Muzik piano. Tenang dan damai je.

4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?

Tersalah masuk kelas di Universiti. Saya masuk kelas sambil mata tengok kasut. Beberapa minit kemudian, saya pelik kenapa diam semacam je kelas. Bila saya dongak ke depan, semua tengah pandang saya, pelik kenapa saya masuk kelas tu sedangkan pensyarah kat depan tak habiskan lagi kelas dia. Huwaaaaa maluuu! Cepat-cepat keluar. Merah muka den haha.

5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?

Baca buku/novel.
Layan drama/rancangan Korea.
Surf internet.

6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?

Masa kecil dulu, saya rasa seronok sangat bila nenek (belah mak) saya buat surprise tiba-tiba datang rumah nak stay bermalam. Setiap kali surprise tu berlaku, memang saya teruja. Sebab dapat bermanja-manja dengan beliau. Tapi sekarang beliau dah tiada.

7) Perkara yang membuat anda marah.?

Biadap/kurang ajar dengan orang tua dan tak hormat dengan orang yang lebih muda.

8) Peristiwa yang menyeramkan.?

Menyeramkan? Tengok ayah saya marah + mengamuk hahaha.

9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?

Macam mana ye? Saya ni jenis yang selalu dan suka senyum. So, kalau orang bercakap dengan saya pun, saya senyum haha.

10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?

Apa ek? Lupa dah hehe. Tapi saya ni #mudahterhibur haha. Kalau tengok perkara yang sangat sangat kelako, memang saya gelak tak ingat dunia.

11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.?

23/3/2017. 6.45 PM :)



Sunshine Blogger Award Tagged by Cikla

1) Ceritakan pasal diri korang secara ringkas dan nama timangan korang sekali.

Nama benar saya Sayidah Napisah, nama comel saya kakcik atau kaysieee atau KC atau kecik. 
Berdarah B+. 
Zodiak LEO. 
Anak manja + bongsu dari 5 beradik. 
Suka peluk orang.

2) Sejak bila korang berblog dan sebab utama mengapa korang menceburkan diri dalam blogging.

Blog saya ni lahir pada tahun 2010. Tapi tak serius sangat pun masa tu. Masa tu saya teringin nak buat blog sebab tengok kawan buat blog macam syok je, macam best je haha. Tapi sekarang, sebab tu dah lain dah la :)

3) Apa yang korang mesti buat sebelum tidur. (Tak semestinya baca Doa tidur, basuh kaki tau). Cikla nak lain dari yang lain.

Layan youtube. Dah macam jadi wajib dah sekarang ni buat 1 perkara tu haha.

4) Orang yang korang paling adore? Dan mengapa.

My umi (my mom). Sebab bagi saya, beliau seorang yang cantik luar & dalam, penyabar, positif, tak mudah melatah, always support me in anything I do, beri kritikan membina.
Beliau sentiasa memperbaiki diri. And of course, sebab naluri keibuannya yang sangat terserlah ;)

5) Makanan yang korang tak boleh makan langsung. Kalau korang makan jugak kena alergik dan sebagainya.

Seriously saya tiada alergik terhadap sebarang makanan. (mungkin saya tak tahu hehe)

6) Pencapaian terbaik korang sepanjang berblog.

Terbaik ye? Dapat job beratus ringgit hehe.

7) Pengalaman paling pahit korang sepanjang berblog.

Paling pahittt rasanya tak ada. kot hehe. pahit sikit je lah bila tak ada orang nak komen entri kita hahahaha.

8) Siapa yang korang teringin sangat nak jumpa dan mengapa.

Cikgu Hasnan. Cikgu addmath saya time Form4&5. Saya teringin nak jumpa dia sekarang.
Saya nak kata kat dia "Terima kasih ajar saya addmath dulu. Disebabkan cikgu, saya minat addmath until now. Disebabkan cikgu, saya rasa nak masuk Universiti dan ambil course matematik. Cikgu adalah antara orang yang memberi inspirasi dan initiate minat saya dalam bidang matematik."

9) 5 barang penting yang ada dalam handbeg korang.

Purse, spek mata, handphone, powerbank, botol air

10) Apakah cita-cita pertama korang masa kecil dulu?

Guru

11) Apakah aspirasi (impian) korang dalam dunia blog ni pada masa akan datang. Mungkin 10 tahun akan datang ke...

Blog sayidahnapisahdotcom ~ blog yang dikenali dan disukai orang ramai kerana kualiti&content blog nya yang mantap, tulus & fun.



Sunshine Blogger Award Tagged by Amysyeera

1) Percaya atau tidak dengan cinta selepas nikah ni? Kenapa?

Percaya. sebab saya nampak sendiri banyak pasangan yang cinta-selepas-nikah berjaya, masih bertahan hingga sekarang. Contoh paling dekat kakyong saya. beliau bercinta selepas nikah, bahagia sampai sekarang. Dah ada anak tiga dah hehe.

2) Kalau diberi pilihan untuk kejar salah satu impian, yang mana satu nak di realisasikan dahulu?

Impian supaya semua murid yang saya ajar meningkat markah mereka dalam peperiksaan maths/addmaths.

3) Kenapa kita manusia terlalu mudah judge orang?

Sebab kita dikurniakan akal fikiran. 24 jam thinking.

4) Introvert or Extrovert?

Both. Sometimes introvert. Sometimes extrovert. But, most of the time extrovert hehe.

5) Contoh rumah idaman

Rumah apartment/kondominium kat tepi jalan/taman. Sebab saya jenis yang suka persekitaran tak terlalu sunyi sepi.

6) Cuba cerita sikit apa yang dah jadi pada harini dalam hidup korang?

Pagi tadi bangun lambat sikit, pukul 9 sebab hujan.
10am-12pm ajar budak darjah 4 & darjah 5 matematik. Bincang soalan apa yang patut. Malangnya, time ajar tu perut memulas. Tapi nak tinggal student tak sampai hati. So, tahan laa hahaha.
Lebih kurang 12.30 pm ada sorang pakcik tu call. Nak beli Biobax. So, dia kata dia datang ke rumah saya malam ni untuk beli.
1pm makang tengahari
1.30pm solat jemaah dengan umi
2:00 pm menghadap laptop taip entri ni hehe.

7) Apa benda paling awesome yang pernah korang buat? or maybe a once in a lifetime experience you'll never forget. e.g panjat gunung Himalaya

Paling awesome ye? Saya dilantik jadi pengarah bagi pameran buku untuk Karnival kolej. Bagi saya, itu antara benda yang paling awesome pernah saya buat.
Handle event kecil, handle anak buah, berinteraksi dengan orang luar, call owner syarikat-syarikat buku/novel such as Ujang, Telaga Biru, Alaf 21. For me, itu adalah antara achievement yang saya takkan lupakan.

8) Sambung ayat ni. Aku ingat lagi pertama kali aku ......

menangis sebab lipas T.T disuruh bunuh lipas sendiri dengan surat khabar padahal aku sepenuh hati jiwa dan ragatakut gilos pada lipas huwaaaaa! (tak ingat ending cerita ni haha.)

9) Kalau bukan di Malaysia, dekat mana korang nak tinggal?

taknak mana-mana. Nak juga tinggal di Malaysia haha.

10) Filem/Drama yang buat korang tersentuh hati..

A lot actually. But salah satunya.. filem Korea Miracle in Cell 7

11) Dalam banyak-banyak superpower yang ada, superpower mana korang nak?

Superpower boleh baca fikiran orang hehe. tapi macam takut pun ada. takut saya akan judge lebih-lebih orang yang saya baca fikiran tu haha.

Yezzah finish!

Okay my turn! Saya nak tujukan these 11 questions yang tak seberapa ni pada 3 blogger yang tag saya di atas & 8 blogger yang selalu singgah tinggal jejak kat blog sayidahnapisahdotcom ni ;)

UcingKadayan,Cikla,Amysyeera, BusyraTakiyudinElsaaliciousSeorangSyedHanisAmaninaShahidaDzulkafliShesyira AsMellyaCrayola, DedaunComel.

1. Lagu apa yang paling anda suka & layan sekarang ni? (boleh lebih dari satu)
2. Teringin nak travel kat mana? Kenapa di sana?
3. Lebih rapat dengan mak atau ayah?
4. Time sekolah dulu, subjek/ mata pelajaran apa yang paling anda suka? Sebab?
5. Pernah tak rasa putus asa dalam hidup? Bilakah?
6. Apakah kata-kata perangsang/motivasi yang selalu anda kata pada diri sendiri when things get tough in your life?
7. Posisi favourite bila nak tidur?
8. Tajuk buku/novel yang paling latest/last anda baca?
9. 5 perkara yang anda TERINGIN SANGAT SANGAT nak buat sebelum umur mencecah 50 tahun [bucketlist/wishlist]
10. Nyatakan hobi pelik yang anda buat tapi orang lain tak buat atau jarang-jarang buat.
11. What do you think of my blog? sincerely eh jawab hehehe.

You May Also Like

7 comments

  1. terima kasih jawab soalan ucing (^_^) wow sampai 33 soalan dah terjawab rajinya.senang lah awak senyum je..nanti saya jawab soalan awak..hehe

    ReplyDelete
  2. 1. Terbalik pulak kita pasal makanan hehe, I love veggies so much. :D tapi sy allergic dgn lobsters & ketam T_T
    2. Dulu minat sangat Maths, ini lah subjek yg mampu score plus Prinsip Akaun. Tapi sejak ambik kos sekarang, 1+5 pun rasa tak confident nak congak. Adoi
    3. Bila baca pasal jadi pengarah pameran buku tu... ahaa, tiba2 rasa betul lah, bila kita ada tugas yg sebenarnya mencabar limit kita, awesome sangat!

    ----

    Haha, I didn't expect to see my name there. Alamakkk. I'll post it soon, insyAllah :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. wahhh rajinnya.... sserba sedikit dpt jgk lebih megenali

    ReplyDelete
  4. Banyak soalan terjawab tu. Tengok KC pun tau KC suka senyum, tu awet muda tu. ekekeke.

    ReplyDelete
  5. wahhh elsa ditag lagi! hakhak. nanti elsa jawab tau. best baca jawapan kc! mesti tak menang tangan jawab soalan hehehe

    ReplyDelete
  6. wwowowowow. nama kita ada lagi. hahaha. maceh KC.

    euwww geli kena bunuh lipas tu T___T

    oh rupanya KC x suka kawasan yang senyap sunyi sangat eh. baru tau hehe.

    setuju. best jadi mind reader tapi takut bila mudah judge orang

    ReplyDelete
  7. thanks tag hehehe
    jemput join segmen kilat :
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/04/segmen-kilat-i-need-new-bloglist.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p