Search This Blog

tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?

By 9:06:00 PM , ,

Every blog have their own story, their own style, their own niche. Masing-masing ada brand sendiri. Masing-masing ada target sendiri untuk dicapai dalam dunia blogging. Masing-masing ada tujuan sendiri while updating entries in blog.

Tapi ni saya just nak share my own story & what I have learned in past that make me what blogger I am right now. Sudi la baca eh hehe.



tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?



tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?
gambar sekadar hiasan. sumber: Google
Teringat satu ketika dulu.. masa tu saya baru la juga join EFG (sekarang AFB). Ketua EFG (www.irrayyan.com) suruh kami semua ahli EFG "state apa benda yang korang ingat pada blog setiap EFGiers?"

And most of them tulis apa yang mereka ingat tentang blog saya: 
drama, 
download drama melayu, 
sinopsis drama, 
berita semasa, 
isu artis. 

Thats all. Memang masa tu saya suka buat entri yang berkaitan dengan download/watch online drama melayu dan yang berkaitan dengan drama Melayu & berita hot. sebab yela kan.. kalau nak dapat trafik kencang dan tinggi update jela pasal drama & berita semasa hahaha.

Tapi YES. Walaupun hakikat tu betul but I feel bitter. Saya rasa tak best. I keep on asking myself and 'muhasabah'.. "Orang nampak blog aku macam tu eh? Eeeeii tak bestnya!"

And then saya fikir lagi.. saya nak ke bila orang ingat blog saya, mereka ingat tentang drama Melayu? 
Saya nak ke bila orang pandang blog saya, mereka terus fikir "banyak berita semasa je dia ni"? 
Saya mahu ke blog saya ni diingati dengan pandangan yang sebegitu rupa? 
Kalau saya usaha sungguh-sungguh buat entri setiap hari pasal download/watch online drama, apa yang saya dapat selain dari trafik tinggi? Tak ada apa. None. Nothing special about that.

Bak kata seniors.. tetapkan brand blog anda. Okay honestly, I dont know at all about brand. Sebab saya bukan la mahir bab-bab ni. Tapi tu takpe. Yang penting.. saya tak nak orang ingat blog saya adalah blog drama, blog berita semasa, blog isu panas, blog pasal retis. I kinda not like that.

So, mungkin Allah nak tolong kan.. ada satu masa tu, saya wajib delete OR jadikan entri pendek (mostly entri berkaitan download/watch on9 drama) sebagai draft sebab saya nak apply Adsense. Kalau nak Adsense lulus, antaranya blog kena ada entri panjang-panjang je (more than 300 words) yang ada dalam blog. Then, I decided to delete all of entri yang drama-drama tu. Walaupun seriously said kan, masa tu UV PV blog saya mantop dengan update entri-entri tersebut. Tapi tu lah, saya tanya la balik kat diri sendiri. Kau nak blog kau dikenali sebagai apa? Thats why I let it goooo let it goooo~ 

Sejak dari tu.. saya update entri yang lebih tulus ikhlas dari hati saya. Bukan hanya kejar trafik semata. 
Sejak dari tu.. saya update entri yang lebih bermanfaat dan lebih berpahala inshaaAllah.
Sejak dari tu.. saya banyakkan update entri yang lebih dekat dengan jiwa saya.
Sejak dari tu.. saya cari peluang untuk share pengalaman dan kisah hidup saya yang mungkin my silent reader want to know.
Sejak dari tu.. saya cuba dan cuba untuk tulis entri yang tak sia sia.

Sebab apa?

Sebab saya nak orang ingat blog saya blog yang bagus. 
Saya nak orang ingat blog saya bukan sekadar omong kosong. Ada manfaat dan banyak input berguna yang boleh diambil. 
Saya nak orang ingat blog saya blog yang dapat beri inspirasi dan aura positif.
Saya nak orang ingat blog saya sebagai blog yang boleh belajar banyak benda & tahu benda baru.


do it now :)
And Alhamdulillah, saya lebih bahagia dan 'bangga' dengan blog saya sekarang berbanding masa dulu. Malah, UV PV saya sekarang lebih tinggi dari dulu. Yang penting, USAHA USAHA DAN USAHA. Dan yang lebih penting lagi, just wrote what you want (tapi berpada-pada la ye hehe). Jangan tiru orang. And last but not least.. sebarkan AURA POSITIF through our blog. Remember a quote for life : "A positive man (an optimist) builds an aeroplane while a negative man (a pessimist) makes a parachute".

Okay sorry story panjang macam nak apa je kan hahahha. Tapi apa-apa pun, setiap blog lain visi misi nya. I just share my own blog of visi dan misi hehe.


Adios!

You Might Also Like

19 comments

  1. Blog sy pula tentang kisah sy sendiri, novel yang sy suka baca, drama yang sy suka tengok, yang penting semua yang sy suka 😍 Ececececeh

    ReplyDelete
  2. Saya bebas, nak cerita semua pasal kehidupan, tidaklah sangat..beberapa hal je..
    tapi suka support orang buat segmen or contest....
    huhu~

    ReplyDelete
  3. nice..perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Kalau blog AMERZING, saya nak buat untuk fesyen lelaki hahahaha impian huh

    ReplyDelete
  5. Pengunjung datang dan pergi...sentiasa bersilih ganti..yang utama apa yang mereka dapat setiap kali sudi singgah meluangkan masa yang begitu berharga ke blog kita..

    ReplyDelete
  6. memang pun.. blog KC dulu pasal drama dan download je.. hehehehe.. tapi sekarang, woww..! banyak tazkirah dan perkongsian ilmu bermanfaat. bagus. kipidap.. :)

    blog akak ada niche Entertainment. nak share pasal hindustan sebenarnya. sebab akak minat dan akak rasa itu apa yang orang paling ingat pasal akak. soal pahala atau sebaliknya akak serah pada Allah s.w.t. :)

    ...

    ReplyDelete
  7. Betul tu, be yourself. Tak perlu kejar sgt popularity. #ehhtetiba hihi

    ReplyDelete
  8. Gud sharing kc, jujur cm banyak belajar pasal blog dari blog kc klu nak tau. ;)

    ReplyDelete
  9. Niche blog akak pon dah bercampur2. Tapi lebih kpd citer pasal anak2 jer lah 😁

    ReplyDelete
  10. sampai ke hari ini sebenarnya dok fikir, blog saya sebenarnya tentang apa ya. nak juga tahu, pandangan orang lain tentang blog sy. :)

    Mrejoy

    ReplyDelete
  11. Dulu suka tulis pasal personal..tapi lepas tu akak tukar kepada macam2 story dalam life akak yang boleh akak share dengan reader..dan sekarang tambah lagi dengan review bagai..akak tak kisah..sebab akak suka blog akak ada macam2 menda yang orang boleh cari..hehe

    ReplyDelete
  12. Blog Kak Sue ada tulis macam-macam, paling suka entri personal sebab bebas menulis.. ehehe..

    ReplyDelete
  13. saya pun bebas ikut suka hati je nak post apa hahah lama tak singgah sini kan :P

    ReplyDelete
  14. Done follow.followback pls
    http://tarotthefool.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. sy masi teercari-cari identiti blog sy hahaha

    ReplyDelete
  16. blog akak 23 menjak ni byk entry review je plak..haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.