apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/matrikulasi/universiti)

by - June 19, 2017
Kenapa tetibe saya nak buat entri bertajuk "apa yang perlu bawa ke asrama?" khas untuk students yang bakal memulakan hidup baru di alam kolej/matrikulasi/universiti ni? Sebab ada seorang jiran saya ni, akan masuk ke kolej swasta pada 1 Julai 2017. dalam keluarga beliau, beliau seorang yang first time berpeluang masuk ke kolej, so tak ada pengalaman dari adik beradik beliau untuk beritahu beliau apa yang perlu bawa ke asrama. So, saya dan umi saya pun beri lah sedikit bantuan keperluan barang kepada beliau untuk dibawa ke kolej seperti baldi besar, baldi kecil, tote bag, kertas kajang, pen biru, nota (notes) kecil, bekas untuk letak barang. Kot-kot la dia tak terfikir nak bawa barang-barang ni kan.


apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/matrikulasi/universiti)


apa yang perlu bawa ke asrama?
apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/matrikulasi/universiti)
And thats why also I want to share tips/panduan barang apa nak kena bawa ke asrama dengan semua bakal student di luar sana yang blur, confuse, tak tahu nak angkut barang apa ke asrama haha. Here's the list/checklist barang:

cermin kecil
baldi besar (untuk letak pakaian kotor)
baldi kecil (untuk toileteries/alatan mandi)
cebok
sabun pakaian
Al-Quran/terjemahan
selimut
cadar katil
bantal
fail
kertas A4
kertas kajang
alatan tulis (pen, pensel, pembaris, stepler, selotep, liquid paper, dan lain-lain)
kalkulator
botol air
file box (isi buku/kertas)
rak kecil
toileteries (ubat gigi, berus gigi, syampu, sabun badan, pencuci muka)
sikat
penyodok & penyapu
kain buruk (untuk lap almari/lantai/meja/kerusi/tingkap yang kotor)
telekung & sejadah
tuala mandi
charger phone
laptop & laptop charger
beg untuk ke kuliah
pakaian (baju, seluar, baju kurung)
tudung & serekup
hanger
penyepit baju
duit syiling (guna untuk mesin basuh/dryer/mesin air mineral)
plastik
tisu
selipar (untuk ke tandas)
kasut bertutup gelap (untuk ke kuliah) (gelap/dark contoh hitam, biru gelap, coklat gelap, kelabu gelap)
kasut sukan (high possiblity guna time orientasi)
heater
ironboard
seterika/iron
cawan sudu mangkuk
stok makanan, minuman (biskut, roti, maggi, minuman 3 in 1)
perfume/pewangi bilik
extension plague
tong sampah kecil (ni boleh kongsi beli dengan roomate)
duit, kad matrik/kad pelajar
earphone
mop
buku nota tulis
pen drive
pad (for girls only)

barang bawa ke asrama
apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/matrikulasi/universiti)

checlist barang yang perlu dibawa
apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/matrikulasi/universiti)

keperluan asrama
apa yang perlu bawa ke asrama? (persediaan ke alam kolej/matrikulasi/universiti)

so, untuk pengetahuan korang, time orientasi adalah waktu yang paling korang penat dan tak ada masa yang cukup untuk buat kerja. so, mungkin korang lebih suka untuk basuh pakaian dengan menggunakan mesin basuh & keringkan pakaian guna dryer. Atau basuh baju guna mesin basuh dan kemudian jemur pakaian di ampaian. Pun boleh.

Berkaitan dengan air masak/air mineral pula. Ada dua option. Eh, sebenarnya ada tiga option. Tiga pilihan untuk korang sama ada:

1- beli je kat koop (koperasi), atau
2- ambil dari water cooler. biasanya water cooler ni ada di setiap tingkat atau setiap dua tingkat. ianya free of charge. ada air panas, ada air sejuk. PERCUMA tapi ada risiko untuk sakit tekak sebab air dari water cooler ni tak berapa nak bersih orang kata. Dulu saya pun beberapa minggu je guna water cooler lepastu saya sakit tekak. So, saya tahu saya tak sesuai guna air dari water cooler. Sebab ada certain orang yang okay je guna water cooler. So, saya pun guna option ketiga ni..
3- ambil dari mesin air / water machine. 1 liter = 20/30 sen. Walaupun berbayar tapi okay lah daripada option pertama. Sebab air dari water machine ni bersih, diperoses dengan baik. Dan menjimatkan juga kos berbanding option pertama. Walaupun agak leceh nak angkut dari tingkat 1 ke tingkat 4 (sebab bilik saya berada di tingkat 4 dan water machine tu berada di tingkat 1), tapi takpela, anggaplah ia sebagai eksesais haha. Kebiasaannya 1 blok ada 1 water machine. Dan kebiasaanya water machine tu berada di tingkat-tingkat bawah. Tak de nya kat tingkat atas-atas.

Oh, tapi cadangan saya macam mula-mula masuk ke kolej/matrikulasi/universiti kan.. bawa la satu atau dua botol mineral besar yang berukuran 5L. atau satu botol 5L & 1 botol 1L & 1 botol 0.6L untuk permulaan. So, selepas dah habis, baru lah pilih antara tiga option di atas tadi, sama ada nak beli baru atau refilled (isi semula) guna free water cooler or water machine yang bersih.

Senarai/list barang yang saya senaraikan di atas tu bukanlah WAJIB bawa semua tu.

Contoh macam heater. Saya tak bawa pun sebab saya memang tak mampu nak bawa. So, pada awalnya kalau saya nak buat air milo panas ke, saya ambil air panas dari water cooler. Then, bila saya dah boleh masuk dengan roomate, saya pinjam heater roomate saya tu haha. 

Contoh lagi macam ironboard. Tak perlu pun bawa tapi saya bawa sebab ada satu lebih tak guna kat rumah saya. So, saya malas nak terbongkok-bongkok dan guna alas kain batik untuk seterika, thats why I brought ironboard. Roomate yang saya pinjam heater tadi pun pula kekadang guna ironboard dan penyapu saya. So, fair and square la kan. Saya guna heater dia, dia guna ironboard & penyapu saya. Saling melengkapi gitu acewah haha.

Contoh lain lagi - laptop. Time saya masuk matrik, saya tak ada laptop pun sebab tak mampu nak beli. Tapi saya tak risau pun sebab kat matrik (specifically di blok Vega) ada satu bilik ni macam bilik komputer la. Kat situ ada laa dalam 5-10 komputer with internet. So, kalau saya ada kena buat assignment atau slide power point ke, saya guna komputer situ. So, pendrive nak tak nak korang kena cuba la bawa. Kalau tak mampu, pinjam la kawan punya ke or adik beradik punya. And, masuk Universiti, pada tahun pertama kot, saya beli laptop guna duit PTPTN. Sebab kat universiti tak macam matrik. Tak ada bilik komputer yang disediakan di blok/kolej kediaman. Mungkin ada di sesetengah Universiti, tapi susah. Leceh. So, kat Universiti ni saya galakkan untuk anda anda berusaha untuk beli seketul laptop. Yang paling murah pun takpe la asalkan boleh buat kerja/assignment dengan selesanya. Internet don't worry, biasanya setiap blok/kolej ada Wi-fi. Cuma Wi-fi ni nak best, nak laju adalah time lepas Subuh hahaha.

Contoh lain - cermin. Cermin ni tak ada la penting sangat tapi bagi saya penting la haha. Ada je orang yang tak bawa cermin. Dia guna cermin kat tandas. Ada je yang guna cermin dekat bedak powder tu. So, up to you. Kalau rasa tak boleh nak hidup dengan cermin, bawa. Tak perlu cermin besar 1 kaki tu. Just bawa a small one, yang cukup kau tempek kat dinding untuk kau tengok kalau nak make up ke, nak betulkan tudung ke, nak sikat rambut ke.

Contoh lain lagi - penyepit baju. Kalau awak rasa awak nak basuh baju guna mesin and kering baju guna dryer, tak payah le sibuk-sibuk bawa penyepit baju hahaha. Nak sepit apa kan. Cuma hanger memang kena bawa. Walaupun tak jemur kain, tapi hanger boleh digunakan untuk gantung baju/baju kurung di dalam almari. Nak gantung tuala yang basah ke.

Contoh lain - mop. Okay bilik yang kita nak masuk kebiasaanya memang akan berhabuk. Penuh dengan debu habuk yang kotor amat sebab dah agak lama ditinggalkan. Tak kisah la lantai ke, tingkap ke, almari ke, meja kerusi ke.. semua berdebu. So, kena la lap. Tapi saya tak bawa pun mop untuk lap lantai. Sebab saya ingat kat tandas matrik/Universiti ada lah tercongok sebatang mop kat situ. Kot-kot la boleh guna yang tu. Tapi tak ada pun. Mungkin ada orang lain yang dah rembat dulu sebelum saya kan haha. So, solusi saya (yang diajar oleh roomate saya) adalah guna kain buruk. Isi separuh air dalam cebok. Basahkan kain buruk. Kemudian lap. Then, kalau kain buruk tu dah penuh dengan debu semua, masukkan dalam cebok berisi air tadi. Bersihkan kemudian sambung lap. Dan buat la step yang sama untuk seterus seterusnya.

Maksudnya, list yang saya senaraikan di atas tu adalah gabungan barang yang WAJIB dibawa dan barang OPTIONAL untuk dibawa. Ikut keperluan.

Tapi ada je yang dalam list tu yang kira WAJIB bawa. Contohnya - tuala mandi, kertas kajang, kasut bertutup untuk ke kuliah, kasut sukan, extension plague, selipar, hanger, kad matrik dan lain-lain.

So, conclusionnya.. in a nutshell.. list yang saya senaraikan di atas tu adalah GENERAL. senarai tu adalah dari pengalaman saya duduk asrama setahun di matrik dan 4 tahun di UPM. Kalau rasa "eh barang ni tak perlu pun nak bawa", so tak payah bawa. Tiada paksaan.

Dan lagi satu, mungkin ada yang kata "alaa rileks la, nanti kalau ada barang yang kurang pada 1st week masuk matrik/Universiti, boleh suruh mak ayah bawakkan atau time outing balik rumah boleh beli". Okay silakan. Tapi kalau student yang tinggal jauh dari mak ayah atau tak familiar di tempat yang baru, yang tak pernah jejak kat luar? Tak ke kesian terkontang kanting nak beli sendiri? Tak ke kesian nak suruh mak ayah dari jauh datang pula bawa barang yang terlupa nak bawa? Haa tetibe aku nak emo dah kenapa hahaha.

Pelajar-pelajar yang nak masuk ke asrama/kolej penginapan tu goodluck kay! Saya dulu pun ada je terlupa nak bawa time masuk ke UPM. Contohnya macam cadar katil. Sebab kat matrik Selangor dulu cadar katil memang dah disediakan. So, kelam kabut la pergi beli cadar katil kat luar dengan Umi abi. Dengan jammed nya haha kesian umi abi.

Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, saya buat checklist/senarai barang/kelengkapan yang perlu dibawa ke kolej/matrikulasi/universiti untuk newbie atau yang tak pernah jejak ke asrama.

Goodluck! Enjoy the new life in there! Dont stress stress na ;) Meh iols belanja gambar iols satu hahaha.

barang asrama universiti

Daaa~ wassalam!

You May Also Like

5 comments

  1. senang skang setiap kolej dah ada mesin basuh... masa akak dulu lum ada... mmg basuh baju sdiri ler... ms memula masuk u bawa 1 beg besar 1 beg kecil je, bila dh cukup 3 thun habis belajar 1 van bw balik barang.... huhu.... tv, radio, video player, komputer (zaman akak), meja kerusi, almari baju, sofa dua biji... penuh... 1 van barang... haha.... teruk tul...

    ReplyDelete
  2. teringat masa zaman duduk asrama dulu.. kalau ada peluang sambung belajar lagi memang ni la persediaan yang kena ada.. kalau tidak memang buntu nak cari macam mana :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  3. Berus basuh baju jangan lupa. Mana la tau mesin basuh rosak kena gak basuh tangan. Zaman kinah dulu dah ada dah mesin basuh. Tapi malas nak guna asal nak guna je ada je orang dah guna. Last basuh sendiri lagi puas hati. Bestnya dapat sambung belajar lagi

    ReplyDelete
  4. teringat pulak zaman masuk poli dulu...mcm2 barang dan peralatan disediakan

    ReplyDelete
  5. kc dok upm ke rupanya.. akak dah alumni dah.. hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p