first time ajar student (PT3) subjek matematik secara online (whatsapp)

by - July 05, 2017
Dari haritu lagi kak sue (blogger) ni tanya boleh tak ajar anak beliau yang Tingakatan 3 subjek matematik. Sebab akak tu tahu saya ajar tutor matematik & addmaths di Seremban. Tapi sayangnya, akak tu duduk di area Bandar Tasik Puteri, Rawang. Maka, akak tu minta ajar anak laki PT3 dia secara online, guna whatsapp je. Saya setuju nak ajar dalam whatsapp walaupun sebelum ni tak pernah lagi buat cenggitu. Tapi belum cuba belum tahu kan?

Then, malam semalam pun bermula lah kelas selama sejam.

"okay tak markah maths dalam exam?"
"berapa markah?"
"suka matematik tak?"
"kenapa markah teruk?" (kalau markah dia teruk la haha)
"ada tak kertas ujian yang terbaru? nak tengok"
"kat kelas (sekolah) dah sampai bab mana?"

Ni kira soalan-soalan wajib saya akan tanya pada student yang first time saya nak ajar matematik or matematik tambahan. Sebab apa? Jawapan bagi soalan-soalan ni lah yang akan menentukan saya akan ajar apa dia in the first class.

Kalau student tu teruk, saya akan ajar dia dari bab awal. 

Kalau student tu agak teruk, saya akan tanya lagi topik maths mana yang dia teruk atau rasa tak boleh catch up dalam kelas. 

Kalau student tu okay maths, saya akan uji dia dengan soalan-soalan simple&sederhana. 

Kalau student tu bijak, saya terus bagi dia soalan latihan, suruh dia buat dan saya akan tengok dia buat macam mana jalan kira dia. Dari jawapan dia, saya akan nilai dia tahap kebijakan yang mana. Then, boleh la proceed.

Saya ingat lagi cikgu addmaths saya kata sekolah dulu "dari jalan kira, kita boleh tahu student tu boleh dapat A ke tak dalam exam". Okay macam takde kaitan je haha.okay abaikan :P


first time ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)


Serius nervous. Sebab tak pernah kan sebelum ni. Tapi phewwww~ Alhamdulillah. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Nasib baik student yang saya ajar ni (namanya Wan) boleh dikategorikan dalam golongan "cepat catch up". Ke sebab topik saya ajar semalam senang ek? hahaha.

So, disebabkan wan request sendiri suruh ajar dari mula, dari first bab form 1. Saya pun start ajar dari mula. Tapi... saya ajar topik yang favorite exam pt3 je lah. Sebab haritu saya ada kaji sikit topik apa yang suka masuk dalam kertas peperiksaan matematik pt3. So, saya tahu lah topik fav yang mana kan. 

Sooo, saya pun mula ajar wan topik bab 2 form 1: FAKTOR. Lepastu, topik FAKTOR PERDANA. Then, bab 5 form 1 : PERATUS. topik peratus tu pun semapt sikit je ajar. dah habis sejam. Bersambung on next class.

p/s: saya tak biasa student panggil saya cikgu sebab saya rasa cikgu tarafnya tinggi, saya tak layak lagi hehe. so, saya suruh student panggil saya akak. nak panggil akak comel pun boleh haha gurau gurauu.

Ni antara conversation pembelajaran saya dengan wan malam semalam thru wasep:

first time ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)

ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)

ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)

tutor matematik
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)
tutor matematik pt3
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)

tutor matematik seremban
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)
tutor secara online
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)

kelas tutor matematik
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)

topik matematik pt3
ajar student subjek matematik secara online (whatsapp)
Pandangan peribadi saya, seronok juga ajar tutor maths dalam whatsapp ni. Tapi susah sebenarnya haha. Kena susun ayat nak bagi dia faham. Sebab saya dah biasa ajar face-to-face, maksudnya guna mulut. Then ni nak ajar secara bertulis dan not facetoface. Memang berat la juga tugasan ajar secara online ni. Its okay. Itu cabaran buat saya hehe.

Tapi, kerja akan jadi senang kalau student tu cepat catch up haha. Macam saya kata tadi wan ni boleh laa cepat catch up dia tu. So, kerja jadi agak senang walaupun alaaa biasalah, rasa nak ketuk kepala student tu ada hahaha.

So, harapan dan doa saya moga lepas ni proses pengajaran dalam whatsapp dengan wan ni berjalan dengan jayanya. Wish me luck! :)

Anyone yang berminat nak guna khidmat tutor saya secara online, boleh contact/whatsapp saya 0172008642. Tapi kalau sesiapa yang duduk area Seremban/Seremban 2, boleh ajar secara facetoface. hehe.

Okay daaa! Wassalam :)

ajar tutor matematik dalam talian
tutor subjek matematik & matematik tambahan

baca juga:

You May Also Like

7 comments

  1. TQ KC sudi nak ajar anak Kak Sue secara online, jenuh pujuk pergi tuisyen.. akhirnya dengan KC juga Wan nak.. Alhamdullilah..

    ReplyDelete
  2. zaman dah maju. pape pun Gud luck untuk wan dan ticer comei (kc) bodek gak ne nanti anak CM dah besar boleh tutor dengan kc

    ReplyDelete
  3. senang nya nak belajar klau macam tu. kalau spm boleh ke sis?

    ReplyDelete
  4. senang dan praktikal kan ada online tutoring mcm ni. cuma, kena pilih ayat yg sesuai bg elakkan salah faham je laa

    ReplyDelete
  5. Wauu, agak mencabar jugak nak ber whatsapp ni. Whatsapp biasa pon jadi jenuh amat ni nak ajar. But you made it! Hope you can get more students.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  6. Tahniah Sayidah sebab bersungguh ajar anak murid dengan gunakan whatsapp. First time dengar ni. Susah juga bila nak fahamkan orang melalui whatsapp. Apa pun, good luck awak!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p