10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha - sayidahnapisahdotcom 10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
LightBlog

10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha

Uikkk tetibe raya Aidiladha kan hahaha. Yelaa tak sampai sebulan je lagi kita nak sambut Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Haji (1 September 2017). Apa benda yang sinonim dengan hari Raya Eidul Adha? Yezzah! Daging korban. Banyak jenis daging korban ada dan yang paling famous adalah daging lembu. Korang biasa buat apa dengan daging kurban banyak-banyak tu? haha. Mesti kekadang blur tak tahu nak masak resepi daging korban apa kan. Takpe takpe. Saya akan share 10 Resepi Daging Korban yang mudah dan sedap. Boleh la buat menu hidangan pada hari Hari Raya Aidiladha. (sembilan daripada sepuluh resepi bukan resipi saya. full credit to the owner of the recipe)


10 Resepi Daging Korban | Menu Hari Raya Aidiladha


1. SAMBAL TUMIS DAGING

10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : sambal tumis daging (credit image: www.dapurmalaysia.com)
Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

2. DAGING MASAK BLACK PEPPER / DAGING MASAK LADA HITAM

Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : daging black pepper
Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

3. DAGING GORENG BEREMPAH


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : daging goreng berempah
Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

4. GULAI DAGING KERISIK


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : gulai daging kerisik
Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

5. RENDANG DAGING


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : rendang daging
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lengkuas 1/2 inchi
- Halia 1 inchi
- Kunyit hidup 1 inchi
- Serai 6 batang
- Bunga lawang 2 ketul
- Kulit kayu manis 1 inchi
- Buah pelaga 3 biji
- Cengkih 3 batang
- Cili kering 20 biji
- Santan (1 biji kelapa)
- Kerisik 1 peket
- Asam keping 2 keping
- Gula 
- Garam

Cara-cara memasak
1. Rebus cili kering. Kemudian, blender.
2. Bawang merah + bawang putih + lengkuas + halia + kunyit hidup + serai di-blender.
3. Tumis rempah herba (bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga + cengkih)
4. Kemudian, masukkan bahan blender (1) dan (2)
5. Tidak lama kemudian, masukkan jintan kecil + jintan besar(putih) + ketumbar yang telah disangai dan ditumbuk halus
6. Kemudian, tumis sehingga keluar minyak.
7. Masukkan santan dan kerisik. Gaul.
8. Tidak lama kemudian, masukkan asam keping, daging 1 kg yang telah direbus lembut dan gula garam secukup rasa. Kalau nak, masukkan sekali daun kunyit & daun limau purut untuk menaikkan bau. Kalau tak nak, its okay.
9. Gaul sehingga kering (api kecil je & selalu kacau supaya tak berkerak).


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
BIOBAX COOL THERAPHY. Nak order? Whatsapp/ hubungi saya 0172008642
6. KERUTUK DAGING
credit resepi & gambar: Azie Kitchen

10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : kerutuk daging
Bahan-bahan
- Daging kambing
- Rempah kerutuk
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Gula Melaka
- Garam dan gula
- Santan secukupnya
- Kerisik kelapa

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  
2. Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis. 
3. Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  
4. Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  
5. Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  
6. Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

7. TOMYAM THAI

10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : tomyam
Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

8. SUP DAGING DAN SAMBAL CILI KICAP
credit resepi & gambar: Viral Oh Viral


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : sup daging

sup daging
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : sup daging sayur
Resepi Sup Daging

Bahan-bahan
- 1 kilo tulang lembu
- 2 batang serai
- 3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam
- Air secukupnya
- Kentang dan lobak merah dipotong dadu

Cara-cara memasak
1. Masukkan tulang lembu, serai, serbuk kasar lada hitam dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk. 
2. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
3. Garam secukup rasa

Bahan tumis:
- Minyak masak secukupnya
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga & 4 bunga cengkih
- 7 ulas bawang merah dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 inci halia dimayang
- 2 sudu besar rempah sup dan 1 sudu besar rempah kurma di campur air untuk jadikan pes

Bahan kisar: Lumat
- 1 labu bawang besar
- 1 batang celery
- 1/2 batang lobak merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kekuningan dan kemudian masukkan pes rempah sup. Masak sehingga terbit minyak.
2. Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak. Kemudian curah ke dalam rebusan daging
3. Renehkan sup sekejap

Sambal Cili Kicap

Bahan-bahan
- 20 biji cili padi
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/3 cawan kicap lemak masin
- 1 sudu besar jus lemon

Cara-caranya: Satukan semua bahan dan kisar.

Sebelum dihidang masukkan sedikit sambal cili kicap dan taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Sup ini sedap juga kalau makan dengan roti.
Cuba la.. Sedap!

9. NASI DAGING NOXXA DAN AIR ASAM UTARA + JELATAH TIMUN
credit resepi & gambar: Izzatul Azma


nasi daging
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : nasi daging noxxa
Nasi Daging Mudah Dan Sedap

Bahan bahan
- Daging - direbus
- Bawang merah - hiris 
- Bawang putih - hiris
- Halia - hiris
- 4 sekawan 
- Susu cair
- Tomato
- Rempah kurma
- Garam/gula secukup rasa

Cara cara memasak
1. Mula mula, rebus daging dalam Noxxa. Letak sikit halia. agak agak je bahan dia, pepandai lah ye. Set High Pressure 20 minit. Tapi pakai periuk tekanan tinggi ni, safety first ok. Kena hati hati. Lepas dah habis HP 20 minit tu, make sure release dulu wap dia dengan pusingkan tombol dari pressure ke steam. Guna towel dapur yang lembap sebab panas ok! Karang kalau wap tu terkena muka atau tangan, ha dahhh tak cantik :P lepas dah release wap dia baru lah buka penutup periuk ye.
2. Set aside air rebusan. Set Noxxa korang kepada Stir Fry mode. Tumiskan hirisan bawang merah, putih, halia dan 4 sekawan sampai naik bau. Dah naik bau, masukkan rempah kurma. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan beras yang dah dibasuh bersih (saya guna 3 pot masa ni). Gaul sebati.
4. Masukkan susu cair, tomato yang didadu, daging rebus yang dah dihiris nipis. Sukatan ikut pot, 3 pot beras = 3 pot air + 1 pot susu cair. Kacau sebati bagi rata.
5. Offkan STIR FRY mode. Tutup periuk Noxxa. Onkan HIGH PRESSURE mode. Set ikut pot beras. So saya masak 3 pot = 3 minit. 
6. Siap !

Air Asam Utara
1. Blend kasar cili padi + belacan + kerisik + air asam jawa + tomato (1 biji). Agak agaklah air asam dia tu jangan cair sangat. 
2. Masukkan dalam bekas. 
3. Lepas tu hiris bawang merah + tomato. 
4. Campurkan dalam kuah air asam tadi. Seimbangkan garam gula. Erm sedapppppp!

Jelatah Timun
1. Saya guna barang barang yang ada kat rumah je. Timun + Carrot + Cili padi + Cili merah + Bawang besar - hiris nipis semua ni. 
2. Gaulkan dengan garam, gula dan masukkan cuka. 
3. Sejukkan dalam fridge sebelum makan.

10. SERUNDING DAGING
credit resepi: Sinar Harian


serunding
10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha : serunding daging (credit image: seluaslautan.com)
Bahan-bahan
- 1 kg daging - direbus dan disiat halus
- 200 gm serbuk kari
- 100 gm jintan manis
- 100 gm jintan putih
- 100 gm serbuk ketumbar
- 200 gm cili kering kisar
- 400 ml santan
- 500 ml minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga harum
2. Kemudian masukkan cili kering kisar, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Gaul sehingga wangi dan garing.
3. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan ia mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat halus. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Teruskan memasak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga serunding kelihatan kering.
Sedia untuk dihidangkan!

Arghhhh ujiannya edit entri ni ketika berpuasa pada waktu tengahari! Hahahaha. 

bythway, selamat mencuba pelbagai aneka resepi daging korban ini! :)


10 Resepi Daging Korban | Menu Raya Aidiladha
ada offer diskaun harga Biobax.. 1 botol RM80 (free postage), 2 botol RM150 (diskaun RM10 + FREE POSTAGE). order 0172008642

Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnyaa nampak gambar2 tu.. Rasa macam nak makan 10 resepi ni je terus (nafsu besar) >.<

    ReplyDelete
  2. wrong time la tengok entri ni.. hahahaha~ terliur sudah..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p