Adakah Darah Itu Najis? Macam Mana Jika Darah Luka Keluar Semasa Solat?

by - August 15, 2017
Mungkin ada yang dah tahu akan fakta bahawa darah itu najis. Tapi tak tahu dan kurang pasti adakah solat sah ataupun tidak jika darah keluar semasa solat? Adakah batal solat jika selepas solat, baru lah kita perasan terdapat tompok darah di kain kita? Adakah dimaafkan jika darah keluar dengan tak sengaja ketika sembahyang? Sebab yelah kita bukan boleh kawal darah yang keluar dari luka, jerawat atau bisul. Lagipun semasa solat, kita mana perasan darah tu keluar ke tak sebab kita tak nampak. Ataupun adakah kita perlu berhenti solat jika terrrperasan ada sedikit darah keluar dari luka kita kerana kita tahu darah itu najis? 

Haa macam mana tu? Jom kita tengok apa jawapan Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan persoalan sah atau tidak solat jika darah keluar semasa solat secara sengaja atau tidak sengaja.

ADAKAH DARAH ITU NAJIS?


Soalan: Darah najis tak? Sebab ada sesetengah orang kata ada luka kecil kat tangan dia terus hisap darah itu.

Adakah Darah Itu Najis? Macam Mana Jika Darah Luka Keluar Semasa Solat?
Adakah Darah Itu Najis? Macam Mana Jika Darah Luka Keluar Semasa Solat?
Jawapan:

Darah itu najis. Memang najis. Yang berlaku khilaf - darah Nabi Muhammad S.A.W. Ada pun darah kita adalah najis.

Kalau luka, kita hisap (darah) gitu je boleh ke tak? Boleh. 

Aik tadi kata najis (darah)? Memang boleh (hisap). Yang ulama kata tak boleh kita telan darah. Hisap dengan telan lain. 

Apa hukum telan darah? Tak boleh. 

Apa hukum isap darah? Tengok tujuan pasal apa. Pasal luka (kena) ketip benda. Dia pun hisap (darah luka tersebut). Hisap masuk dalam mulut kemudian dia ludah lah. Jadi jangan salah faham bila isap kena telan. Pasal darah najis, tak boleh dimakan.


DARAH LUKA KENA PADA KAIN SOLAT

Soalan: Semasa saya sembahyang, darah pada luka saya mengalir walaupun lepas basuh, terkena pada baju.. sah tak sembahyang saya?

Jawapan:

Sah. Tapi... kalau sebelum sembahyang lagi, tengok kalau ada sedikit darah pada baju atau tangan.. dimaaf pada syarak. Kalau berlumuran (banyak darah), wajib basuh.

Tapi (kalau) kita sembahyang dah, 'Allahuakbar' (takbiratul ihram).. baru keluar meleleh (darah luka) di siku... Dimaafkan pada syarak walaupun banyak.

Kalau sengaja? Sikit (darah keluar) dimaafkan. Banyak.. tak maaf (tak boleh). Contoh: tok imam baca panjang. Sembahyang Isyak baca Surah Yasin. Tok bilal kata "lambat lah imam ni baca". Dia pun picit-picit jerawat, keluar sikit darah. <---ni banyak="" batal.="" batal="" buat.="" contoh="" dengan="" font="" keluar="" picit.="" sedikit.="" sengaja="" syaarat="" tak="" ulama="" walaupun="">

Tapi kalau tak sengaja, banyak tak batal. Walaupun habis sehelai jubah (terkena darah).

Adakah Darah Itu Najis? Macam Mana Jika Darah Luka Keluar Semasa Solat?
credit image: islamituindah.my
SELEPAS SOLAT ADA DARAH PADA BETIS

Soalan: Lepas sembahyang fardhu, saya ada dapati darah pada betis saya. Sah tak solat saya?

Jawapan:

Haaa lepas sembahyang fardhu ada darah. 

Darah kat mana? --darah tu merecik dari ikan tadi. dia siang ikan. 
Besar tak (darah)? --Besar lah. Nampak jelas darah tu.
Kena sembahyang semula.

(Kalau) sikit, halus je darah.. dimaaf pada syarak.

Bukan. Bukan darah ikan. Darah bisul. Biasanya kalau gerak-gerak keluar darah. (kalau kes macam tu) tak payah ulang (sembahyang) semula kerana darah yang keluar bukan kita buat dalam sembahyang. dimaafkan pada syarak. Melainkan darah haid. 

Penjelasan yang lebih details boleh ushar di: LINK, LINK, LINK

Itu sahaja. Moga lepas ni kita tak keliru dah dan panik kalau tiba-tiba lepas solat ternampak darah di telekung/kain solat hehe.

Daaa~ wassalam :)

You May Also Like

6 comments

  1. terimakasih memudahkan pemikiran kite

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. kak uyul pun baru tahu. ingatkan terus tak sah.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Baru tau jugak! Thanks for the great sharing :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian KC ni. bertambah yakin ena lepas ni. Dulu pernah kena, jadi was-was. Sah ke tak. Lepas ni dah tahu la.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Selalunya kalau ada luka, saya akan hisap dan telan. Now I have to be more careful in what I do everyday.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p