Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak - sayidahnapisahdotcom Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak
LightBlog

Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak

Saya ada jumpa satu post mengenai wanita berpantang dan laksa. Apa kaitan wanita berpantang dengan larangan memakan laksa? Kenapa ianya dilarang dan dinasihatkan kepada para perempuan yang sedang berpantang untuk mengelakkan dari memakan laksa?


Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak


Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak
Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak // credit photo: @9buln10hari 
Sedapnyaaa laksa! Tapi kenapa tak boleh makan sampai SETAHUN selepas melahirkan anak? :(

"hang makanlah tengok... kalau nak badan hang sakit & kena BENTAN!" - Tok puan Jusoh, bidan tradisional #9bulan10hari..

Betul ka?
Unfortunately YES...

Kenapa?

Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak
Kenapa Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa Selama Setahun Selepas Melahirkan Anak // credit photo: Google
1. Laksa

Laksa yang dimasak dua kali ni sangat tak baik untuk ibu yang tengah berpantang. Sebenarnya nasi untuk mommy yang pantang pun tak boleh makan kalau dimasak dua kali. Sepatutnya.. setiap kali nak makan.. masak lain... tak boleh panaskan. Kesannya? Seluruh badan ibu berpantang akan sakit-sakit & rasa mencucuk.

Bila nasi atau laksa dimasak dua kali... ia akan perangkap angin menyebabkan kandungan angin makin tinggi.

Akibatnya... mommy yang berpantang ni akan sakit urat & badan & ada kemungkinan akan bentan.

2. Kuah laksa

Daun kesum & bunga kantan adalah punca angin selain sangat bisa untuk ibu yang berpantang.

3. Ikan termenung/ kembung

Ikan yang digunakan untuk buat kuah laksa seperti ikan kembung sangat-sangat berbisa... kalau nak goreng or hidangkan untuk mommy yang berpantang pun sangat-sangat tak boleh!

4. Hiasan ulam

Timun adalah sayuran tanaman menyelar. Apa saja sayur menyelar sangat-sangat dilarang makan. Contoh : kacang panjang, bendi & timun. Selain tu dengan memakan timun ia boleh membuatkan badan berangin.

Kalau tanya doktor mengenai ini.. Ada di antara doctor yang jawab "makan apa saja..asalkan tak memudaratkan kesihatan"

Kalau tanya bidan kampung... mereka jawab "itu tak boleh itu tak boleh" sebab mereka cakap berdasarkan pengalaman.

Kalau tanya Ustaz Don.. ustaz jawab "makan apa saja asalkan halal & tak memudaratkan"

Apapun...terpulang kepada anda nak follow mana satu.. kalau saya, saya prefer ikut cara berpantang adat melayu lama.

Sebab apa yang bidan cakap kesannya tak nmpak sangat sekarang. Lama-lama baru mommy akan faham kenapa berpantang perlu juga dengan sebaiknya.

Location laksa sedap kat Langkawi: Laksa penarak & laksa safeeya (ewa) Langkawi.

COPYRIGHT@naziranazir; admin page FB 9bulan10hari.


Post a Comment

9 Comments

  1. mcm mana la kalau tetiba teringin nak makan laksa kan. huhu.

    ReplyDelete
  2. Kawan2 sekerja pun ada ckp sal ni. Dia pantang setahun lbih mkn laksa. Dia ckp efek bkn skrg.nti umo da 40lbh baru rasa.huhu

    ReplyDelete
  3. Orang kita mmg byk pantang larang masa lepas bersalin. Mana yg boleh ikut..ikutlah...jgn sampai memudaratkan diri

    ReplyDelete
  4. Kena tahan la kalau dah memang bernafsu nak makan huhu

    ReplyDelete
  5. kita pun pantang laksa..macam pulut..sebab kalau sakit diri jugak menanggung rasa..so baik berpantang dulu..hehe

    ReplyDelete
  6. taktu plk takblh mkn laksa ni. WIfe sya masa berpantang makan juga tapi sikit2 je la.

    ReplyDelete
  7. Orang kita memang banyak pantang larang masa lepas bersalin. Kerana tu kalau sakit diri jugak menanggung rasa.

    ReplyDelete
  8. Masa pantang big no sangat la dengan laksa ni. Huhu kalau tak badan sendiri yg merana kan. Sekarang baby dah 11 bulan alhamdulillah masih pantang makan laksa. Sebab belum teringin actually haha

    ReplyDelete
  9. Lol. Sakit2 bile umur 30an or 40an tu sbb tak exercise kak. Bukan sbb makan laksa. How can u detect angin in makanan? Makanan bile masuk dlm badan jd suhu biasa la. As long as u jaga makan, minum air cukup, exercise insyaAllah badan tahan lama.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p