Resepi Nasi Minyak Lembut Dan Sedap ! - sayidahnapisahdotcom Resepi Nasi Minyak Lembut Dan Sedap !
LightBlog

Resepi Nasi Minyak Lembut Dan Sedap !

Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak // credit image: mamasheaven.blogspot.my
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
4 cawan air
Garam secukupnya
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
1/2 cawan kismis kuning
Daun saderi atau daun ketumbar

Bahan tumis:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 sm halia | hiris halus
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan semua bahan tumis dan goreng hingga naik bau.

2. Masukkan beras, air, susu cair dan garam. Kacau rata. Masak di dalam periuk nasi.

3. Apabila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning, taburkan kismis dan daun saderi/daun ketumbar. Tutup tudung periuk dan biarkan seketika.

4. Gemburkan sedikit nasi dengan chopstick/sudu. Jangan kacau terlalu lama bagi mengelakkan nasi patah atau hancur. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama ayam masak merah.

Sumber: Akhbar Sinarharian

Resepi Nasi Minyak
Nasi Minyak// credit image: kuliner.ilmci.com

Selamat mencuba resepi nasi minyak 'mudah' dan sedap ni! :)

Post a Comment

8 Comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam jumaat dari Maznee & selamat pagi sis satidah napisah

    Apa khabar

    Wah dah pandai nasi minyak ya

    Hehe

    Maznee selalu makan nasi minyak yang ayah mertua masak je

    Tak payah tunggu nak pergi kenduri kahwin pun

    Hehe

    ReplyDelete
  2. Akak nak share satu lagi bahan penyedap nasi minyak ni. Letak sesudu sunquick oren ^_^

    ReplyDelete
  3. Sedap kalau mkn dgn daging masak hitam!

    ReplyDelete
  4. waaaaahhh KC. pandainya masak nasi minyak. nampak sgt2 sedap tau..

    ReplyDelete
  5. Geram tengok resepi kat blog kc !!! Haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p