Semakan Online Daftar Pemilih SPR & Cara Tukar Kawasan Mengundi - sayidahnapisahdotcom Semakan Online Daftar Pemilih SPR & Cara Tukar Kawasan Mengundi
LightBlog

Semakan Online Daftar Pemilih SPR & Cara Tukar Kawasan Mengundi

Pagi tadi umi & kakyong minta saya buat semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya. Maklumlah Pilihan Raya pun dah tak lama kan. Dalam 2-3 bulan macam tu je lagi. Bila dah semak online daftar pemilih, tengok-tengok daerah mengundi, DUN, parlimen dan negeri umi saya masih di kawasan rumah lama iaitu di Gombak, Selangor. Walhal rumah sekarang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. So, saya search pula kat Google macam mana nak buat pertukaran kawasan mengundi dan di mana kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR berdekatan.

Sebelum tu, pada sesiapa yang nak semak online di mana lokasi mengundi SPR, boleh follow step mudah bawah ni..


SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH SPR


Contoh: saya nak check di manakah kawasan mengundi saya. Saya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN saya 930802XXXXXX. 

Kemudian, klik SEMAK.

Done!
Semakan Online Daftar Pemilih SPR & Cara Tukar Kawasan Mengundi
Semakan Online Daftar Pemilih SPR

Semakan Online Daftar Pemilih SPR & Cara Tukar Kawasan Mengundi
Semakan Online Daftar Pemilih SPR
Selain semak secara online di Portal Rasmi SPR, dimanakah kita boleh membuat semakan status pendaftaran?

i) Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
ii) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Unit Out-Reach SPR

Kemudian, untuk sesiapa yang nak tukar alamat pusat mengundi, boleh baca Q&A di bawah ni. Saya ada sertakan juga Senarai Cawangan SPR di seluruh negeri.

SOALAN LAZIM : PERTUKARAN ALAMAT DAN MAKLUMAT DALAM DAFTAR PEMILIH SPR


Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam Kad Pengenalan?



--Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat.

Mengapa nama pemilih masih kekal di tempat mengundi asal walaupun beliau telah membuat permohonan untuk pertukaran di alamat yang baru?

--Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). 

--Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.


Semakan Online Daftar Pemilih SPR & Cara Tukar Kawasan Mengundi
Berminat nak beli Biobax? Boleh order dengan saya.. whatsapp 0172008642 ()Sayidah)

SENARAI CAWANGAN SPR - PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI

Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor
Tingkat 6 Blok B
Wisma Persekutuan
Jalan Ayer Molek
80690 Johor Bahru
Tel : +607 2243 516
Faks : +607 2234 318

Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah
Aras 4, Zon A
Wisma Persekutuan Anak Bukit Bandar Muadzam Shah
06550 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel :+604 700 1313
Faks : +604 7334902

Pejabat Pilihan Raya Negeri Kelantan
Tingkat 9 Wisma Persekutuan
Jalan Batam
15690 Kota Bahru
Kelantan
Tel :+609 748 2510
Faks : +609 748 1944

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Tingkat 20, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan MITC
Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel : +606 234 5632/33
Faks: +606 234 5634
     
Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang
Tingkat 8, Wisma Persekutuan,
Jalan Gambut,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel : +609 516 5025 / +609 516 1900
Faks : +609 515 8290

Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak
Blok A, Aras 1, Bangunan Persekutuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 254 4195
Faks: +605 255 2672

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang
No 33 Tingkat 4
Bangunan MARA
Jalan Pengkalan Weld
10300 Penang
Tel: +604 261 7692
Faks: +604 262 2403

Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Tel: +609 622 1218
Faks: +609 622 1272

Pejabat Pilihan Raya Negeri  Perlis
Tingkat , Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis
Tel: +604 976 1180
Faks: +604 977 7507

Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor
Lot 03-11, Tingkat 3,
Kompleks PKNS,
40690 Shah Alam
Tel :+6 03 5519 4273
Faks : +603 5510 0717

Pejabat Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutuan
Tingkat 10, Menara TH Selborn
No.153, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: +603 2681 1050
Faks: +603 2681 8582

Pejabat Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: +606 763 9975
Faks: +06 763 2029

Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah
Aras 2 Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UM, Peti Surat No 10931
88400 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: +6088 488 588
Faks: +6088 488 566

Pejabat Pilihan Raya Negeri  Sarawak
Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang 3
93728 Kuching
Sarawak
Tel: +6082 254 867 (am), +6082 254 233
Faks :+6082 243414 / +6082 256 745

Kenapakah SPR tidak boleh menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar secara automatik apabila seseorang itu telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan?

--Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.

--Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pertukaran alamat pusat mengundi secara on-line?

--Setiap urusan permohonan pertukaran alamat pusat mengundi hendaklah dibuat oleh pemohon itu sendiri dengan mengisi Borang Pendaftaran Pemlih (Borang A) dan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar/Penolong Pendaftar Pemilih seperti mana yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.


more info: 

Conclusionnya, 
kalau nak tukar alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih.. pergi ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri/ Ibu Pejabat SPR di Putrajaya/ Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.

Post a Comment

8 Comments

  1. dah check dah nanti tak sabar nak mengundi

    ReplyDelete
  2. Saya sekarang masih mengundi di Kota Bharu, Kelantan.

    Saya berhajat nak mengundi Di Ampang, Selangor.

    Kap pengenalan dah tukar alamat di Selangor.

    Harap-harap sempat lagi nak tukar tempat mengundi.

    ReplyDelete
  3. Kalau x tukar alamat kp x blh ke tukar tempat mengundi?

    ReplyDelete
  4. Baru call SPR. Tempoh untuk kelulusan tempat mengundi baru mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p