bantu jawab soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik - sayidahnapisahdotcom bantu jawab soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik
LightBlog

bantu jawab soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Semalam student tutor saya, Ika Tingkatan 1 datang kelas tusyen di rumah saya selama 2 jam. Macam biasa la saya tanya dia mana topik pelajaran yang dia tak faham di kelas MRSM dan kemudian saya pun ajar la dia mana yang tak faham tu. Lebih kurang nak dekat setengah jam nak habis tu, Ika kata minggu depan dia ada ujian TIMSS. Cikgu Matematik suruh dia search kat Google sendiri soalan-soalan TIMMS dan PISA Ting 1 kemudian study. Saya pun pelik. Apakebenda laa TIMSS dan PISA ni? Rasa macam pernah dengar je.

Apa itu Ujian TIMMS dan PISA?

bantu jawab soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik
apa maksud TIMSS dan PISA ?
Ujian PISA stands for akronim Programme International Student Assessment, yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara Malaysia mula menyertainya pada 2009.

Apa tujuan PISA ini diadakan sebenarnya? Ianya adalah untuk menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.

Ujian ini berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

Ada 2 lagi ujian atau kajian yang berkaitan dengan PISA ini, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS =Trends in International Mathematics and Science Study
PIRLS = Progress in International Reading Literace Study

Boleh dikatakan ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/ kajian ini. Bezanya, 

+ TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja
+ TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.


credit to cikguhailmi.com for these useful infos! :)

soalan Ujian TIMMS dan PISA Tingkatan 1 Matematik

Bahan Sumber TIMSS dan PISA Sains (Panduan Peningkatan KBAT Sains): klik SINI
Bahan Sumber TIMSS dan PISA Matematik ( Panduan Peningkatan KBAT Maths): klik SINI
Contoh Soalan TIMSS dan PISA PDF Matematik: klik SINI
Contoh Soalan TIMSS dan PISA PDF Sains: klik SINI


Thanks to cekgunorazimah.com, saya dan Ika dapat ushar contoh soalan TIMSS dan PISA matematik form 1 di Scribd.com. Lagi best lagi sebab di situ dia ada provide sekali jawapan. Tapi tak ada lah full work solution/ skema jawapan. Just dia bagi jawapan akhir yang betul dan sedikit panduan bagaimana cara untuk jawab soalan tu. Panduan tu dipanggil SCORING GUIDE. Banyak membantu juga Scoring Guide tu. Kalau rasa tak tahu macam mana nak buat, boleh rujuk scoring guide tu, inshaaAllah boleh dapat ilham cara nak solve.

Kami pun go through lah soalan-soalan nya. Dan subhanallah, saya rasa soalan tu susah untuk budak Tingkatan 1. Kalau macam saya, boleh la jawab soalan-soalan tu dengan mudah tapi untuk pelajar Ting 1 hmmmm.. I don't think so. Dah lah soalan dia ada yang panjang-panjang perkataannya, pening baca hahaha. Walaupun saya dah terangkan jawapan bagi soalan-soalan TIMSS dan PISA, tapi ada beberapa yang Ika susah nak faham. Ika sampai kata "habis lah markah saya kak. Nangis la saya nanti". Hhahahaha. Ika ni budak MRSM, thats why kot bila dia nampak soalan 'exam' susah, dia agak tertekan dan rasa down sebab tak boleh nak jawab. Biasa la tu kan. Tapi dont give up! Jangan berserah sebelum berusaha tau!

Tapi saya ada jumpa satu soalan PISA yang saya rasakan tak logik. Ada ke soalannya dia suruh kira luas Antartika dengan menggunakan skala peta yang disediakan? Dah la kena lukis sendiri kotak-kotak empat segi kecil di peta tersebut untuk kira berapa luasnya, lepastu besar pula tu benua nya. Adoiii.

bantu jawab soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik
contoh soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik
Yang tak logiknya lagi adalah jawapan bagi soalan ni. Tahu tak berapa luas benua Antartika tu di scoring guide? 12 000 000 meter persegi! OH MY! Serius ntah pape. Bagi la soalan yang senang sikit. Ni terus bagi benua dunia hahaha.

Ini adalah topik bagi soalan yang ditanya. Saya sarankan pelajar-pelajar boleh la study soalan-soalan tersebut. Link saya dah beri di atas tadi.

bantu jawab soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik
topik bagi soalan TIMSS dan PISA Tingkatan 1 Matematik
Semoga berjaya menjawab! Jangan lupa baca bismillah dulu hehehe.

Okay daaa~ wassalam :)

kelas tusyen matematik
TUTOR MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN. whatsapp/call me at 0172008642 :)

Post a Comment

0 Comments