Insentif Perkahwinan Sebanyak RM500 - Syarat Permohonan & Cara Memohon

by - October 12, 2017
YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia mulai Januari 2017. Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan. Penyaluran insentif perkahwinan sebanyak RM500 akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut

Insentif Perkahwinan Sebanyak RM500 - Syarat Permohonan & Cara Memohon


Insentif Perkahwinan Sebanyak RM500 - Syarat Permohonan & Cara Memohon

MAKLUMAN UTAMA

1. Pemohon mestilah menepati syarat-syarat permohonan
2. Permohonan hanya sekali dan perlu dilakukan secara atas talian (online)
3. Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Kahwin telah disediakan sebelum mengisi borang
4. Dokumen sokongan perlu dihantar ke pejabat YAWAS dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran Online
5. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan
6. Sebarang rayuan tidak akan diterima

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia

2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;

3. Lahir di luar Negeri Selangor DAN
(a) alamat MyKad mestilah dalam Selangor
(b) bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)

4. Berumur 35 tahun ke bawah

5. Perkahwinan kali pertama sahaja

6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan

7. Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan

8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1 Januari 2017 sahaja


Insentif Perkahwinan Sebanyak RM500 - Syarat Permohonan & Cara Memohon
Insentif Perkahwinan Sebanyak RM500 - Syarat Permohonan & Cara Memohon
CARA PERMOHONAN

1. ISI BORANG PERMOHONAN
-- Permohonan boleh dilakukan secara online di laman web kahwin.yawas.my.

2. CETAK BORANG PERMOHONAN DAN SEDIAKAN DOKUMEN
-- Borang yang telah diisi secara online WAJIB dicetak dan dilampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

3. HANTAR BORANG PERMOHONAN DAN DOKUMEN
-- Borang permohonan dan dokumen yang telah LENGKAP perlu dihantar selewatnya 2 minggu dari tarikh pendaftaran ONLINE.

4. CARA PENGHANTARAN DOKUMEN
-- Serah di Pejabat YAWAS
-- Pusat Khidmat DUN terdekat
-- Kaunter YAWAS di JPN terpilih

Senarai Kaunter YAWAS di JPN terpilih
• JPN Shah Alam
• JPN Klang
• JPN Pelabuhan Klang
• JPN Kajang
• JPN Rawang
• JPN Kuala Selangor
• JPN Gombak

DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DIHANTAR

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
4. Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)
*Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan

Klik SINI untuk memohon.

Info semua ni saya ambil dari lama web yawas sendiri, http://kahwin.yayas.my

Semoga bermanfaat. Share-share la tau dengan keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga tentang insentif perkahwinan ni. Mana tahu ada antara mereka yang layak mohon. Saya memang tak layak langsung la sebab tak kahwin lagi wakakakaka. Plus, alamat kat IC saya negeri sembilan walaupun saya dah pernah stay Selangor selama 18 tahun; dari baby hingga matrik hehehe.

Okay daaa~ wassalam :)

You May Also Like

5 comments

  1. untunglah rakyat selangor. jgn lupa claim duit ni

    ReplyDelete
  2. Bagus nie..umur saya dah lepas..

    Lagipun saya bukan duduk Selangor..

    Memang tak kayak la

    ReplyDelete
  3. Ala tak sempat la pulak nak mohon :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p