"Sedih itu tidak perlu kau tunjukkan di media sosial"

by - October 09, 2017

"Sedih itu tidak perlu kau tunjukkan di media sosial"

Sedih itu tidak perlu kau tunjukkan di media sosial
Kerna sedih yang ditunjuk pada manusia
Itu semakin menyedihkan, itu kian menyeksa

Jika kau sedih, ambil wuduk,
bentang sejadah, angkat tangan dan bercerita
Bukan pada manusia, bukan pada ibu bapa, tapi Tuhan yang pertamanya

Tiada kesedihan yang Dia tidak bisa bantu,
Dan ketika itu, hanya ada

kau,
cerita,
serta Tuhan yang sentiasa dengar dan ada.

Ambil masa, luahkan
InshaaAllah Dia pastinya bantu.

-- Faiz Ibrahim


"Sedih itu tidak perlu kau tunjukkan di media sosial"

Orang kata kalau sedih, share dengan keluarga. Share dengan kawan-kawan rapat.
Orang kata kalau sedih, pergi lah keluar tenangkan hati.
Orang kata kalau sedih, menangislah.
Orang kata kalau sedih, jangan fikirkan sangat nanti bertambah sedih.

Yeap betul.
Tapi berapa ramai orang yang lupa nak pesan.. "kalau sedih, pergi lah mengadu kepada Dia. Dia rindu nak dengar kau mengadu dan minta pertolongan".

Berapa ramai?

#reminder
#selfreminder

You May Also Like

1 comments

  1. Betul....kesedihan itu DIA yang beri...DIA juga berhak mengambil dan menggantikan dengan rasa gembira dengan sedetik masa.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p