4 FAKTA DIET YANG PERLU ANDA KETAHUI - sayidahnapisahdotcom 4 FAKTA DIET YANG PERLU ANDA KETAHUI
LightBlog

4 FAKTA DIET YANG PERLU ANDA KETAHUI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sekarang ni kan haaa kemain ramai beno nak diet, nak kurus, nak badan slimmmm & juga untuk sihat hehe. Bagus-bagus. Saya ni memang surrender awal-awal, tak mampu nak diet hardcore mahupun istiqamah hahahaha makanya.. saya memuji mereka-mereka yang tahan dan sanggup berdiet! **tepukan gemuruh.

Alkisah.. Haritu saya ada terrrjumpa satu artikel dalam surat khabar berkaitan dengan fakta diet. Jom baca! Untuk menambah ilmu pengetahuan heeee.


4 Fakta Diet Yang Perlu Anda Ketahui

4 FAKTA DIET YANG PERLU ANDA KETAHUI

Amat penting untuk anda memilih jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda. Berikut 4 fakta tentang diet yang perlu anda ketahui sebelum anda mengambil keputusan untuk memulakan diet:

1. UMUR 20-30 TAHUN

-- jika umur anda sekarang adalah sekitar 20-30 tahun, pastikan ada sumber kalsium dalam menu diet anda. Tulang kerangka manusia mula terbentuk sekitar usia 20-an. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan membantu anda mempunyai gigi dan tulang yang sihat. Protein penting bagi membekalkan tenaga. Banyakkan pengambilan protein kerana anda bergerak aktif pada usia ini.

2. CATU SNEK

-- boleh sahaja makan snek tetapi kawal kuantiti pengambilannya. Cuba hadkan makan snek 2 kali seminggu. Selepas mengambil snek yang diingini, jangan lupa untuk bersenam. Ia bertujuan untuk membakar jumlah kalori yang telah anda ambil. Usah disekat keinginan untuk mengambil snek. Bimbang pula anda lupa diri dan makan dengan banyak snek yang diinginkan. Lebih baik puaskan sahaja keinginan anda tetapi makan dengan kuantiti yang terkawal berbanding anda hilang kawalan sehingga makan dengan kuantiti yang banyak.

3. MINUM SUSU DAN JUS BUAH-BUAHAN

-- ketika sarapan pagi, amalkan minum sus dan jus buah-buahan. Pengambilan sus & jus buah-buahan membuatkan anda kenyang lebih lama. Kemudian bolehlah lanjutkan dengan makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Jika mahu menu yang lebih mudah, semangkuk bijirin bersama susu sudah memadai.


4. ELAK MAKANAN BERGORENG

-- adakalanya kita sering tersalah memilih menu. Sebagai contoh, antara terung goreng dan sepinggan spageti, yang mana satu menjadi pilihan anda? Jika anda memilih terung, anda telah membuat pilihan yang salah. Memang benar terung tergolong dalam kelompok sayur-sayuran tetapi kalorinya tinggi apabila digoreng kerana ia mudah menyerap minyak. Sepinggan spageti mengandungi protein (daripada sos tomato dan daging) serta karbohidrat (pasta). Kunci utamanya ialah anda harus bijak membuat pilihan menu yang sesuai.

Sumber: Akhbar Sinar Harian / ruangan WOW! Tip Cantik

Post a Comment

2 Comments

  1. yes. betul. it totally agreed.

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. ANDA DITAG!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2017/11/birthday-giveaway-november.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p