6 Resepi Bubur Manis - Pulut Hitam, Durian, Sagu, Chacha, Somsom, Nangka Keladi

by - November 02, 2017
Apabila tekak terasa ingin makan sesuatu yang manis selalunya bubur manis sering menjadi pilihan. Sesuai dijadikan sajian pencuci mulut, bubur manis juga mempunyai aneka pilihan yang pasti menambat selera. 

Cara penyediaannya yang mudah dan cepat menjadikan sajian bubur manis sebagai pilihan menu yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Saya kat rumah biasa umi buat bubur labu, pengat pisang, bubur kacang hijau. Memang aummm! hehehhe.


6 Resepi Bubur Manis Pemecah Selera - Pulut Hitam, Durian, Sagu, Chacha, Somsom, Nangka Keladi




1. BUBUR PULUT HITAM
bubur pulut hitam
Resepi Bubur Pulut Hitam | credit image:  iresepi.com
Bahan-bahan:
1 cawan pulut hitam
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara membuat:
1. Rebus pulut hitan bersama air secukupnya. Ketepikan.
2. Masak gula merah dan gula putih bersama santan cair hingga hancur. Tapis.
3. Masak gula yang telah siap ditapis tadi sekali lagi.
4. Masukkan santan pekat bersama sedikit garan. Kacau rata.
5. Masukkan pulut hitam yang siap direbus dan biarkan masak sebati. Sedia untuk dihidangkan.

2. BUBUR DURIAN
bubur durian
resepi bubur durian | credit image: kakinakl.wordpress.com
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kotak santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
Sedikit garam
5 ulas durian
2 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:
1. Satukan air bersama santan pekat, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam di dalam periuk.
2. Masukkan isi durian dan sedikit tepung gandum.
3. Gaulkan rata dan kacau sentiasa.
4. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat dan hidangkan.

3. BUBUR SAGU
bubur sagu
Resepi Bubur Sagu | credit image: IntanBerliaN
Bahan-bahan:
1 cawan sagu | direndam
150 ml air
3 sudu besar gula pasir
Sedikit pewarna hijau

Bahan kuah:
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara membuat:
1. Satukan sagu bersama air, gula pasir dan sedikit pewarna hijau sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Biarkan sejuk dan potong empat segi kecil. Ketepikan.
4. Satukan santan bersama air dan gula pasir di dalam periuk. Biarkan hancur.
5. Kacau sentiasa dan masukkan sagu yang siap dipotong. Biarkan mendidih dan angkat. Hidangkan.

4. BUBUR SOM SOM
bubur som som
Resepi Bubur Som som | credit image: jintan-manis.blogspot.com
Bahan sirap gula merah:
3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1/2 cawan air

Bahan som som:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan sirap gula merah ke dalam periuk dan biarkan sehingga gula hancur. Tapis.
2. Untuk som som.. satukan tepung beras, santan pekat, gula pasir dan garam secukupnya dan kacau sehingga pekat di atas api kecil.
3. Apabila pekat, tuangkan ke dalam mangkuk kaca dan biarkan sejuk.
4. Hidangkan bersama sirap gula merah yang telah siap dimasak tadi.

Related search: resepi bubur som som, resepi bubur som som lembut, resepi bubur som som sukatan cawan, resepi bubur som som santan, resepi bubur som som sedap.

5. BUBUR NANGKA KELADI
bubur nangka keladi
Resepi Bubur Nangka | credit image: www.rasa.my
Bahan-bahan:
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan | disimpul
5 ketul keladi | dipotong kecil
8 ulas isi nangka | dihiris kecil
2 sudu besar sagu | direbus hingga kembang

Cara memasak:
1. Campurkan air bersama santan pekat, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Kacau rata dan masukkan keladi bersama nangka.
3. Sentiasa kacau hingga mendidih.
4. Masukkan sagu dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

6. BUBUR CHACHA SAGU
bubur chacha sagu
Resepi Bubur Cha cha | credit image: nusha1706.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 cawan chacha kering
1/2 cawan biji sagu | direbus sehingga kembang
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan | disimpul

Cara memasak:
1. Rebus chacha sehingga empuk dengan air secukupnya. Toskan.
2. Rebus biji sagu sehingga kembang kemudian toskan. Ketepikan.


all of these recipes - full credit to akhbar Sinar Harian; ruangan wow!rasa :)


Selamat mencuba! :)

You May Also Like

2 comments

  1. Suami saya paling suka bubur pulut hitam lah, bubur durian dia memang tak sentuh langsung..hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa lagi bubur som som tu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p