laju betul tangan den menaip sekarang haha! - sayidahnapisahdotcom laju betul tangan den menaip sekarang haha!
LightBlog

laju betul tangan den menaip sekarang haha!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah tak kita rasa kagummmmm sangat dengan orang yang boleh menaip keyboard laptop/ PC dengan cepatnya? Saya pernah. Tak ingat bila, tapi saya rasa saya masih 'muda' lagi time tu, maybe dalam lingkungan umur 18-20 tahun macam tu.. Saya tengok kakak saya menaip dengan cepat dan pantasnya. Fuhhhh kagum banget! And i wish i can be like that one fine day.....


laju betul tangan den menaip sekarang haha!

laju betul tangan den menaip sekarang haha!
laju betul tangan den menaip sekarang haha! | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Berkat setiap hari saya menaip update entri blog dengan lappy.. sekarang ni dah laju gilos tau saya menaip hehe. Lagi-lagi dalam bahasa Melayu. Pantas, cepat dan laju seh! Saya pun kagum sendiri wakakakaka. Tapi kalau dalam bahasa Inggeris, cepat juga menaipnya cuma tak secepat saya menaip dalam Malay language lah hee.

Betul lah orang kata.. pratice makes perfect ye dak? Dulu time sekolah, matrikulasi.. saya tak mahir pun menaip bagai ni sebab nak sentuh PC pun jangan harap lah nak berlama-lama. Masuk Universiti baru lah berjinak-jinak dengan laptop. Saya beli lappy dengan duit PTPTN pada first year. Yela nak buat assignment uni semua kan kena buat dengan lappy.

Selepas habis degree 4 tahun di UPM, saya memang aktif gilos dekat blog and social media. Menaip sini, menaip sana. Sampai satu masa.. saya perasan saya dah boleh menaip dengan panas tanpa tengok pun huruf-huruf di keyboard lappy. Saya boleh tengok skrin lappy sambil menaip tanpa lihat keyboard. Kalau ada perkataan salah pun, saya boleh betulkannya tanpa tengok. Sebab tangan dah biasa menaip. Dah hafal tempat-tempat huruf kat mana.

Tapi ada juga masa, saya suka tengok keyboard sambil menaip tanpa tengok skrin lappy. 

Tapi ada masa juga, saya buat dua-dua hahahaha. Taip tengok keyboard, then kalau saya rasa ada salah saya tengok skrin, then betulkan. Then tengok balik keyboard. Hahahaha. Tapi semua tu saya boleh buat dengan pantas laa cewahhh.

Sampai satu masa juga.. saya rasa macam nak jadi setiausaha muahahaha! Sebab saya boleh taip dengan laju. Tapi berangan jelah hee.

Yang saya cerita-cerita ni bukannya nak berbangga tau. Just nak share 'kelebihan' yang saya peroleh sekarang ni. 'Special talent' sangat la tu Sayidah? Ceyttt hahaha.

Ohh. kalau korang nak test berapa tahap kelajuan korang menaip pun boleh.. korang boleh buat typing speed test di sini: http://typing-speed-test.aoeu.eu/. Tapi perkataannya in English lah hehehe.

Haritu, bulan Ogos 2016, saya pernah buat typing speed test tu.. saya buat dapat paling tinggi 299 CPM-character per minute ( 60 WPM - word per minute) hahaha.

Ni rasa macam nak buat lagi sekali. Jom korang! buat kemahiran menaip sekali dengan saya! Jom tengok siapa yang menang kihkih.

laju betul tangan den menaip sekarang haha!
dapat 290 CPM je dalam typing speed test hahahhaa
Okay dapat 290 CPM je. Nape makin berkurang CPM saya berbanding tahun lepas? Hahahahha.

Korang dapat berapa? :P

Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p