Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob

by - November 14, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Siapa yang tak kenal dengan ayam gunting uncle bob habaq mai kat cheq. Dari budak-budak hinggalah orang dewasa, semua duk layan dan suka dengan ayam gunting uncle bob. Saya pun kalau pergi pasar malam atau khemah-khemah jualan, memang makanan ayam gunting uncle bob yang saya duk ushar dulu hehehe. Yelaaa dah lah sedap, pedas pula tu. Memang kena dengan tekak den.

Tapiii.. sekarang ni harga ayam gunting uncle bob makin mahal kan. Semalam saya pergi pasar malam, harganya dah cecah RM7.50 or RM8 lebih kurang. Waduh waduhhh mahai bangat kalau nak dibandingkan dengan dulu. So, ni saya nak share cara-cara memasak ayam gunting ala-ala uncle bob. Boleh buat kat rumah sendiri :)


Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob

Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob
Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob
Bahan-bahan :

Dada ayam (dihiris nipis)
1 cawan tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak

Cara-cara Penyediaan:

1) Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan.

2) Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.

3) Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.

4) Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing-masing sama ada nak pedas ataupun tidak.

5) Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan.




kredit resepi : saya ambil resepi ini dari Page Resepi Viral tapi the real owner of the recipe tidak dapat dikesan. So.. jika ini resepi anda, mohon jasa baik untuk pm page, untuk saya masukkan nama anda sebagai kredit resepi okay? hehe.

Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob
Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob
Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob
Resepi Mudah dan Sedap Ayam Gunting Ala-Ala Uncle Bob
Selamat mencuba!


You May Also Like

6 comments

  1. buat sendiri lagi untung, lagi banyak boleh dapat. nak kurang pedas pun boleh kan kan

    ReplyDelete
  2. sedapnya, tinggal rajin nak ke dapur atau rajin nak ke kedai je.. he he he sedap, banyak kuantitinya dan save bajet... suka suka suka..

    ReplyDelete
  3. rasa nk makan uncle bob la skrg...

    ReplyDelete
  4. Wow terliur melihatkannya dengan rempah goreng yang tebal melekat baik pada daging ayam. Ohsem.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p