Total Pageviews

Sebelum tidur mesti nak ushar phone dulu

by - May 22, 2018
Sebelum tidur kita biasa buat apa? Okay benda basic biasa lah sebelum tidur - - cuci muka, buang air kecil, ambil wuduk, minum air, tepuk tepuk bantal, kibas kibas tempat tidur (katil/tilam), baca doa tidur.. And finallyyy? Of course lewww ushar phone! Kan kan kann?

Sebelum tidur mesti nak ushar phone dulu

Ada yang spent time before tidur dengan baca whatsapp conversation, scroll timeline facebook & instagram, relax relax dengan baca tweet di twitter, layan video Youtube, surf Internet, main game & sewaktu dengannya. And then.. Dah lamaaa lepastu baru lah kita tutup phone and zzzzzz. Thats why kalau orang kata "aku nak tidur sekarang", jangan percaya sebab dia mesti layan phone dulu before tidur haha.

Tapi takdela semuanya begitu. Maksudnya tak ada lah semua orang yang ushar phone dalam jangka masa yang lama sebelum memejamkan mata, but maybe just for a while. But still.. Ushar juga kan haha.

Kerana mengikut kajian tabiat tidur yang dibuat di Malaysia.. netizen tend to menontoh tv/ bermain gajet sebelum tidur. (termasuk saya lah tu hehehee)


TABIAT TIDUR RAKYAT MALAYSIA

1. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya dapat tidur purata 6.3 jam setiap malam
2. 4 daripada 10 orang mengambil masa 30 minit untuk lena
3. 4 daripada 10 orang bangun dalam keadaan mengantuk, penat dan lesu
4. 35 peratus rakyat Malaysia menonton tv, mendengar radio dan bermain gajet sebelum tidur

Sumber: Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018 oleh Netizen Malaysia

Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018
Adakah tabiat itu elok ataupun tidak? Bagi saya ada pros and cons. Tapi of course lah keburukan lebih banyak dari kebaikan.

Kebaikannya mungkin tabiat itu give us time to release tension and stress selepas satu hari penat berkerja. 

Dari segi keburukannya pula adalah ianya membuatkan kita leka dan semakin leka. Seterusnya membuatkan kita lambat tidur. Membuatkan lingkaran bawah mata semakin gelap. Menganggu hormon dalam badan dan affect our sleep time. Which is not good kalau diamalkan selalu. Bila tak dapat kualiti tidur yang baik, mula lah mood pun tak baik. Cepat melenting dan ada je benda yang tak kena.

Conclusionnya, tidur malam adalah sangat penting bagi seseorang manusia. Dalam Al-Quran pun Allah ada berfirman siang berkerja & malam untuk berehat. So, moh le tidur awal malam ni Sayidah! Hahaha.

Okay daa~ wassalam!

You May Also Like

5 comments

  1. samalah.. selalu setengah jam dah baring, still lgi main phone..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. hahaha!tau tau je sebelom tido kita tilik phone..pahtu tiba tiba kecepukk phone jatuh atas dahi!hahahahah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum & selamat pagi dari Maznee. Singgah blog walking blog sayidah. Tidur biar berkualiti

    ReplyDelete
  4. main game zombie kat phone wife dulu.. hahaha

    ReplyDelete
  5. tengok hp time nak tidur,lpas tu da mamai phone jatuh kat muka..nak rasa apa?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p