Total Pageviews

Kisah Mayat Tak Diterima Bumi

by - June 29, 2018
Kisah Mayat Tak Diterima Bumi | Semalam ada terjumpa satu thread di twitter yang bertajuk KISAH MAYAT TAK DITERIMA BUMI. Dalam hati "eh kenapa mayat ni tak diterima pula". Dah la permulaan cerita pun macam dah saspens sikit kan. Siap suruh buat pedoman bagai. Cerita tersebut ditulis oleh Mr. Saiful Bahari dan telah di-retweet (retweet = share) oleh hampir 10,000 orang.

Jom kita baca! Moga jadi pengajaran buat kita semua.


Kisah Mayat Tak Diterima Bumi

Kisah Mayat Tak Diterima Bumi
Kisah Mayat Tak Diterima Bumi | gambar sekadar hiasan
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Johor. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Ya ini thread...

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Parit Raja. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. 

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Salleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar...

Tapi sekujur tubuh yang kaku dengan wajah yang sangat mengerikan. Rasa nak pitam Salleh masa tu.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba tiba...

Salleh melihat makhkuk tu menoleh ke arahnya tepat ke merenung mata Salleh. Tergamam Salleh dibuatnya, bulu romanya meremang hingga ke akar.

Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. 

Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang...

... dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara inilah Omar akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. 

Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Kini Salleh sudah tahu kenapa pakcik Omar kaya dan dihormati. Tapi dia masih meremang memikirkan apa yang dilihat siang tadi.

Pada malam tersebut Salleh hendak masuk tidur. Ketika baru hendak lena Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Tiba tiba Salleh terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Sangat kuat sehingga hampir muntah. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Badannya juga begitu seperti ada sesuatu duduk atas badannya

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar.

Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.

Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Nak tahu...

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1 800 88 8080

Harganya seperti nie

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Percuma penghantaran di kawasan Malaysia. Luar Malaysia kita cas 2%.

Hehehehe

Tamat.

Marah ke ? Janganlah marah. Aku tak tau nak buat apa nie. Tak dapat jemputan open house. Sorry k 0-0. :)

RT lah bagi orang-orang baca  juga. Kesian diaorang tengah bosan tu. Hehehe.

............................................

Jangan marah yeee. Sebab saya pun terkena! hahahaha. But at the same time, kreatif la si Mr Saiful ni mempromosikan kerepek beliau. So, sesiapa yang mengidam kerepek, boleh la beli dengan menghubungi nombor yang tertera di atas hehe.

Okay daaa~ wassalam! :D

You May Also Like

10 comments

  1. Hahahahaha gigih baca rupanya nak jual kerepek ubi kayu :P

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis sayidah. Saspen betul kisah ni

    ReplyDelete
  3. Mama singgah blog walking di petang Jumaat. Dah macam firaun kan.

    ReplyDelete
  4. Salam sabtu dari Mama, selamat bercuti hujung minggu

    ReplyDelete
  5. Salam tengahari, dan selamat bercuti hujung minggu. Ajal maut bila bila masa

    ReplyDelete
  6. Ibu singgah bertamau di hari sabtu, ajal kita makin hampir

    ReplyDelete
  7. hihi lawak rupanya.. saspen mama nak baca

    ReplyDelete
  8. Tekun baca, nak melawak rupanya.. Biasa lawak cam ni kat wassap.. Haish

    ReplyDelete
  9. Haishh... Terkena nampaknya...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p