Total Pageviews

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

by - August 02, 2018
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap | Haritu umi minta saya cari resepi nasi ayam yang sedap dan mudah. Walaupun umi seorang yang sangat expert dalam bab memasak & of course lah umi tahu macam mana cara nak buat nasi ayam tapi.. umi hendakkan kelainan sikit. Umi nak cuba masak nasi ayam versi orang lain punya resepi. And thankfully.. I found this on Facebook!

'Resepi Nasi Ayam Istimewa oleh Azie Kitchen' yang famous amos! Visual nya pun nampak begitu mengancam sekali waduh waduhh. Dah la den tengah puasa ni wehh hahaha dugaan betul!

Hujung minggu ni nak ajak umi masak nasi ayam guna resepi ni lah. So, sebelum tu kita save kat sini dulu. Untuk tatapan orang lain juga. Mana tahu ada yang nak buat untuk jamu keluarga/ saudara ke, open house ke, menyambut tetamu ke, untuk bekal sekolah anak ke, jamuan ke, potluck ke, untuk menu berbuka puasa ke.. sila sila. Jom buat sama sama hehe.


Resepi Nasi Ayam Sedap dan Mudah

Oleh: Azie Kitchen
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Bahan Ayam:

1 ekor ayam - pilih saiz besar
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 sudu besar madu
2 - 3 sudu besar sos tiram Maggi atau secukupnya
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah - optional (pilihan)

Cara cara membuat nasi ayam:

1. Masak air yang banyak hingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ayam. Tutup periuk dan masak hingga ayam masak dengan menggunakan api yang besar.

2. Air rebusan ayam ini akan digunakan untuk membuat sup ayam. Cuma perlu tambahkan daun sup, lada sulah dan bawang goreng. Sesuaikan rasa. Saya suka sup yang simple macam ni jer.

3. Angkat ayam dan tos. Perap dengan bahan bahan perap selama 15 - 30 minit.

4. Gantungkan/ tos ayam selama 1 jam sehingga benar benar kering. Boleh dipanggang atau digoreng di dalam kuali.

5. Panaskan minyak yang banyak dan pastikan ianya telah betul betul panas. Masukkan ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga ayam masak.

6. Jangan digoreng terlalu banyak dalam satu masa bagi memastikan ayam masak sekata. Goreng dalam 5-7 minit sahaja. Angkat dan toskan.

7. Masukkan lemak lemak ayam ke dalam kuali. Panaskan dan biarkan sehingga minyak ayam keluar. Buang bahagian lemak yang telah kering tadi.

8. Panaskan minyak ayam dengan sedikit minyak. Tumis rempah tiga sekawan dan bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun pandan. Setelah itu, masukkan beras dan digoreng seketika supaya ianya cantik berderai.

9. Kemudian masukkan air secukupnya. Biasanya sukatan air sama dengan sukatan beras yang digunakan. Masukkan kiub pati ayam dan pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa

Bahan-bahan SAMBAL CILI:

5 tangkai cili yang saiz panjang - kalau saiz biasa guna 10
1-2 biji buah tomato - bergantung kepada saiz
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar gula pasir

Cara-caranya:

1. Hiris bawang dan tomato, kemudian dikisar hancur. Tapi jangan terlalu hancur pula. Tak perlu masukkan air kerana tomato akan menghasilkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse sahaja.

2. Panaskan bahan kisar atas dapur dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Nota: Biasanya saya tidak masak, hanya satukan semua bahan dan siap.

Kredit: Azie Kitchen
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Ya Allahhh.. tertelan telan air liur den nengoknya hahaha.

Sebelum saya hilang.... fokus, baik lah saya mengundurkan diri dari terus menerus mengadap gambar di atas hahaha. Daa~ wassalam!

You May Also Like

8 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p