RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT | Legend katanya? - sayidahnapisahdotcom RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT | Legend katanya?
LightBlog

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT | Legend katanya?

Kuih Kayu Keramat Terengganu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wah wahh menu apa nii? Kuih kayu keramat terengganu a.k.a kayu kamat/ khamat! Ada juga yang panggil roti keramat. Ada juga yang gelarkan kayu hitam. Ada yang menganggap kuih tradisional terengganu kayu keramat ni adalah kuih legend ganu? Betul kah?
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
Secara jujurnya, first time saya tahu pasal kuih kayu keramat ni. Sebelum ni tak pernah dengar (apatah lagi jumpa haha). Al-maklumlah bukan lahir atau tinggal di Negeri Terengganu, thats why taktahu menahu. Baru-baru ni ada jumpa di Facebook. Ingatkan cakoi.. rupa rupanya kayu keramat. Ehh? Macam sama tapi tak serupa!


Apa Beza Cakoi dan Kuih Kayu Keramat Terengganu?


Kalau sekali pandang luaran 'fizikal' kedua-dua kuih ni, memang sebijik sama. Tapi berdasarkan apa yang saya baca di Google, beza antara cakoi dengan kayu keramat ialah teksture kuih kayu kamat lebih padat, mampat dan berat. Dalam dia ada 'isi'. Berbanding dengan cakoi, cakoi lebih ringan dan lembut. Dalam dia kosong & lompong. Gituwww~
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
dalam kuih kayu keramat lebih padat dan 'berisi'
Dulu masa kecil kecil saya memang suka sangat dengan cakoi sebab ada satu gerai yang menjual cakoi sedap giloss berhampiran rumah. Tapi kayu keramat tak pernah lagi makan. Jejak ke ganu pun tak pernah, acamno nak rasa hahaha.

Tapi incase ada yang nak try kuih keramat ni, here the resepi for youuuu~

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAMAT

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
Ingredients/ Bahan bahan:

5 cawan tepung
1 sudu kecil yis
Secubit soda bikarbonat
1 1/2 gelas air suam
1 gelas gula
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Directions/ Cara cara memasak:

1. Kacau gula dalam air suam

2. Masukkan yis dan gaul sebati

3. Tambah telur dan sebatikan

4. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaul sedikit-sedikit dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati

5. Biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda

6. Tarik adunan sedikit-sedikit mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana

7. Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
Nampak macam sedap kannn? Katanya.. lagi sedap kalau kuih kayu keramat ni cicah dengan air kopi panas atau sambal ikan bilis.

Waduh waduhh teringin betul nak rasa kayu kamat ni. Hmmm mana nak cari nih. Nak buat malas kahkahhhh walaupun resepinya nampak macam simple aje.

Okay selamat mencuba! Sesiapa yang dah berjaya buat, boleh la pos seketul dua kat saya ye hahahah.

Daaa~ wassalam!

Post a Comment

8 Comments

  1. Cam ok je ni, ujg minggu nak try 😊

    ReplyDelete
  2. ni mesti tengok berita tv9 baru ni... amboii sempatt

    ReplyDelete
  3. Wahhh, kuih kayu kamat nie memang favourite akak sejak dulu, cicah dengan air teh, uuu sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Salam.. sy asal ganu. Dulu2 ingat kayu keramat holy wood ni ori kuoh ganu. Rupa2 nya ada gak dinegeri2 lain mcm pahang atau belah utara.. dgn nama lain.. pak tongko, cok bantal, kuih lempung

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa. Cicoh dgn air kopi. Lama tak makan sebab payou nok jumpa kat KL ni. Nak buat sendiri tak reti mana campur dgn malah. Hahaha

    ReplyDelete
  6. 1sudu teh yeast tak cukup tue utk 5cawan gandum. Perlu kan 3sudu teh yeast..InsyaAllah jadi. Sebab 2cawan gandum=1sudu teh yeast

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p