Total Blog Pageviews

7 Resepi Lepat - Pisang, Ubi, Cendol, Labu, Jagung, Nagasari, Lepat Liat Tradisi

by - December 28, 2018
7 Resepi Lepat - Pisang, Ubi, Cendol, Labu, Jagung, Nagasari, Lepat Liat Tradisi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Resepi lepat wuhuuu! Siapa yang suka lepat? Haaa this is for youuu~ Macam macam jenis lepat ada ni. Saya suka yang lepat pisang je (lagi suka kalau ada inti kelapa). Yang ubi saya kureng sikit. Yang lain-lain saya tak pernah rasa lagi. Lepat cendol, labu bagai tu tak pernah lagi cuba. Yang nagasari dah! Memang terbaikkkk!


TUJUH RESEPI LEPAT MUDAH DAN SEDAP!

Resepi oleh: Sheila Rusly

RESEPI LEPAT PISANG
resepi lepat pisang
7 Resepi Lepat - pisang
Bahan-bahan:-
1) 6 biji pisang masak (buang kulit)
2) 1 cawan gula
3) 2 cawan tepung gandum (ayak)
4) ½ biji kelapa parut
5) ½ sudu teh garam
6) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Panaskan pengukus.
2) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
3) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang di tengah tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
4) Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.

RESEPI LEPAT LIAT TRADISI
resepi lepat liat tradisi
7 Resepi Lepat - liat tradisi
Bahan-Bahannya:

2 cawan air
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 santan pekat
daun pisang yang dipotong - ukuran 6 inci

Cara Membuatnya:

1. Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan hingga mendidih.
2. Sejukkan & ketepikan dulu.
3. Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.
4. Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.
5. Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.
6. Kukus sehingga masak.

RESEPI LEPAT CENDOL
resepi lepat cendol
7 Resepi Lepat - cendol
Bahan-bahan (30 - 40 keping):

400 g cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1,700 ml santan - daripada 2 biji kelapa (saya guna 500 ml santan Kara + 1,200 ml air) =10 cawan
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara:

1. Satukan tepung-tepung, gula, garam, santan dan daun pandan di dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana panasnya hingga pekat dan licin.

2. Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata. Matikan api dan keluarkan daun pandan.

3. Ambil 3 sudu besar adunan dan bungkus dalam daun pisang yang disediakan tadi. Buat hingga habis. Sejukkan pada suhu bilik dahulu.

4. Masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

5. Adunan ini juga boleh dibubuh dalam mangkuk-mangkuk plastik yang kecil.

Selamat mencuba!

RESEPI LEPAT JAGUNG
resepi lepat jagung
7 Resepi Lepat - jagung
Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras
2) ½ cawan tepung jagung
3) ½ cawan tepung gandum
4) ½ cawan gula
5) 3 cawan santan
6) 2 tongkol jagung dihiris
7) 1 sudu teh garam
8) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Gaul sebati semua bahan kecuali jagung dan daun pisang. Tapiskan.
2) Masukkan jagung dan kacau rata.
3) Masakkan adunan sehingga kental.
4) Panaskan kukusan.
5) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 2 sudu adunan jagung ditengah tengahnya
secara memanjang. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
6) Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

RESEPI LEPAT LABU
resepi lepat labu
7 Resepi Lepat - labu
Bahan-bahan:-
1) ½ biji labu, (rebus dan lecek)
2) ½ biji kelapa parut
3) 1 cawan gula
4) ½ sudu teh garam
5) 2 cawan tepung gandum
6) ½ cawan gula merah
7) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Panaskan pengukus.
2) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
3) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1sudu adunan labu ditengah tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu. Balut adunan itu dengan lipat kedua dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
10) Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

RESEPI NAGASARI
resepi nagasari
7 Resepi Lepat - nagasari
Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras
2) 5 cawan santan
3) 2 sudu makan tepung jagung
4) 2 sudu makan gula
5) ½ sudu teh garam
6) 5 biji pisang raja
7) Daun pisang secukupnya (layurkan)

Cara:
1) Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
2) Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat.
3) Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan sepotong pisang dan
tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. Buat hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.

RESEPI LEPAT UBI
resepi lepat ubi
7 Resepi Lepat - Ubi
Bahan-bahan & cara memasak:
1 mangkuk ubi blend
1/2 mangkuk kelapa parut
Sedikit garam
Gula putih dan gula merah ikut citarasa.
Gaulkan hingga sebati dan sudukan atas daun pisang yang sudah di layur.
Ulang proses dan kukus setengah jam.
Siap.
Selamat mencuba yea~

Moga bermanfaat!

Daaa~ wassalam! :)


You May Also Like

5 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p