16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP! | Ayam, Daging, Kerang, Ikan, Udang, Sotong - sayidahnapisahdotcom 16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP! | Ayam, Daging, Kerang, Ikan, Udang, Sotong
LightBlog

16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP! | Ayam, Daging, Kerang, Ikan, Udang, Sotong

16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Eh, dah nak raya ke? Yelah, kalau rendang ni sinonim dengan Hari Raya kan? Tapi tak semestinya time raya je masak rendang. Masa lain pun boleh. Dimakan dengan nasi panas, pulut, lemang, lempeng, cucur atau roti perghhh marvelous! Ni ada ENAM BELAS RESEPI RENDANG mudah dan sedap untuk dibuat. Bukan setakat rendang ayam dan daging.. rendang kerang, ikan, ikan bilis, udang dan sotong pun ada. Macam-macam jenis rendang  ado fuh! Tak cukup dengan lauk pauk, sayur-sayuran pun boleh dibuat rendang! Nak tahu apakah ia?

Jom!


16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP! | Ayam, Daging, Kerang, Ikan, Udang, Sotong


RENDANG TOK ASLI PERAK
resepi rendang tok asli perak
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - tok asli perak
Bahan-bahan:
- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis

Bahan disangai (maksud sangai = goreng tanpa minyak)
- 11/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar
- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi

Caranya:
- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dari kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

TIP:
- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

RESEPI RENDANG DAGING ITIK
resepi rendang daging itik
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - daging itik
Bahan-bahannya:

- Daging itik (dicuci bersih dan rebus hingga empuk).
- Bawang merah dan putih*.
- Serai*.
- Halia*.
- Lengkuas*.
- Cili kering*.
- Cili padi*.
Kerisik.
- Santan.
- Daun limau purut/ daun kunyit.
- Garam.
- 4 sekawan.
(Kisar semua bahan yang bertanda *).

Cara-caranya:
Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan & bawang hingga naik bau dan nampak kekuningan. Kemudian masukkan semua bahan yang telah dikisar dan tumis hingga cukup masak. Kemudian masukkan daging itik yang telah direbus empuk tadi. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga santan memekat. Kemudian masukkan kerisik. Kacau dan biarkan nampak kering sedikit. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun limau purut/daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

Sumber: Samsuri Shahadan

RESEPI RENDANG MINANG
resepi rendang minang
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang minang
Bahan-bahan:
1) 1 kg daging
2)1 kg santan
3) 30 biji bawang merah
4) 10 biji bawang putih
5) 3 sudu senduk nasi cili kering yang dah di-blend
6) 5 batang serai
7) daun kunyit
8) 1 inch halia
9) 1 inch lengkuas di hiris
10) bunga cengkih
11) cili api agak-agak
12) daun limau purut

Cara membuatnya:
1) bawang merah bawang putih dan halia dikisar
2) cili api dikisar
3) tumis bahan 1-2
4) masuk cili kering dan cili api serai lengkuas. Tumis hingga naik aroma
5) Masukan santan dan daun kunyit
6) Masak santan hingga macam nak naik minyak
7) Masukan daging
8) Bila hampir nak kering santan masukan daun limau purut, cengkih dan air asam jawa.
9) garam secukup rasa
10) masak sampai kering
note: kalau 3 kilo daging santan jadi kan 4 kilo bukan 3 kilo. Kalau lebih daging lebihkan santan.

Kalau guna bawang merah yang besar 1 biji bawang merah yang besar sama dengan 5-6 ulas bawang merah kecil.

Selamat mencuba!

Kredit resepi kepada: Aminahtul Marrdiah.

RESEPI RENDANG KERANG
resepi rendang kerang
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang kerang
Bahan:
2kg kerang direbus dan buang kulit
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:
- kisar bahan-bahan bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
- masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik..
- kacau hingga kuah menjadi pekat..
- masukkan kerang dan kacau lagi
- masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..

Siap..!

RESEPI RENDANG ASAM IKAN TONGKOL
resepi rendang asam ikan tongkol
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang asam ikan
Ikan tongkol ni selain masak singgang, suka masak rendang asam ni.. Nak resepi ke?

Simple tapi power!

Bahan A:
Ikan tongkol (dalam seekor)
Garam
Kunyit
Minyak masak

Bahan B:
Serai 2 batang
Halia sebesar ibu jari
Cili padi 10 biji (terpulang nak pedas lebihkan)
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 2 biji

Bahan C:
Air asam jawa

Caranya:

- Ikan cuci bersih lumurkan garam & kunyit
- Goreng sekejap.. jangan terlalu garing
- Sementara ikan di goreng, bahan-bahan B dikisar kasar (nak tumbuk pun boleh kalau rajin)
- Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi dan tumis bahan-bahan kisar tadi.
- Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak..
- Last masukkan ikan kacau-kacau kejap tutup api.. Siap!

Sedap sangat.. tak ada lauk lain pun takpe.

Sumber: Zaimah Zakaria

RESEPI RENDANG IKAN BILIS
resepi rendang ikan bilis
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang ikan bilis
Bahan Kisar:
7 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Bahan lain:
300 gm ikan bilis - rendam dan tumbuk kasar
4 batang seri - hiris halus
3 heliai daun salam
2 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat
4 hiris lengkuas
Garam dan gula

Cara menyediakan:
Mudah saja.. Satukan bahan kisar dan bahan-bahan lain dalam kuali. Masak sehingga kering, macam rendang.

RESEPI RENDANG AYAM NOGORI
Oleh: Azie Kitchen
resepi rendang ayam nogori
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang ayam nogori
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng seketika
2 pek santan pekat - dari 2 biji kelapa
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Beberapa helai daun limau purut

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
1 sudu kecil cili kisar - jika suka warna sedikit kemerahan

Cara cara:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seketika. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata.
- Masukkan santan pekat dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan kerisik, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Bolehlah ditutup api mengikut kepekatan yang disukai. Jika mahu rendang yang kering, panaskan lama lama dengan api perlahan sehingga kering.

Nota:
Memang tidak diletak asam. Tapi jika suka, boleh masukkan asam keping

RESEPI RENDANG DENDENG SEDAP
resepi rendang dendeng
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang dendeng
BAHAN-BAHAN:
Daging - 1 kilo
Bawang Besar - ½ kilo (dikisar), kalau tak suka banyak kuah boleh kurangkan sukatan bawang
Homemade Cili Boh - 100 gm (anggaran 3-4 senduk)
Minyak - 4-5 senduk
Asam Keping - 2~3 keping (mengikut darjah kemasaman asam tersebut)
Serai - 2~3 batang
Halia 2-3 inci (ketuk, tumbuk atau hiris, ikut suka korang)
Garam
Gula
Kicap manis atau lemak (saya guna Kicap Tamin Dark Soy Sauce)
Air rebusan daging (anggaran 2-3 cawan)

DAGING:
1. Rebus daging sampai empuk. Simpan air daging
2. Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”)
3. Tumbuk sekeping-sekeping daging yang dah dihiris
4. Perap daging yang ditumbuk dengan kicap
5. Goreng daging tersebut dengan api sederhana kuat

TUMIS:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili sehingga pecah minyak
2. Masukkan serai yang dititik, halia, asam keping, air daging
3. Masukkan daging (jangan masuk air lebihan kicap yang diperap-nanti warna tak cantik)
4. Masukkan Garam dan Gula secukup rasa
5. Sedia untuk dihidang.

*Awas! Tumisan akan melompat-lompat keluar dan sangat panas. Jauhi dari kanak-kanak kecil.
*Saya guna kuali Supor, siap dengan penutup. Untuk elak tumisan melompat-lompat, saya tutup dan guna api kecil.

Selamat memasak!

Rendang Dendeng ini sedap dimakan dengan nasi, pulut, lemang, ketupat, roti atau ratah pun boleh.

Kredit resepi: blog resepi

RESEPI RENDANG HATI LEMBU
resepi rendang hati lembu
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang hati lembu
Bahan-bahan:

500gm hati lembu,
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yang telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:

Potong hati lembu ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus. Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit.

Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yang mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit.

Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula. Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk.

Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

Sumber: princessharyati.blogspot.com

RESEPI RENDANG HIJAU AYAM @ Daging Inaz Iska
resepi rendang hijau ayam daging
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang hijau ayam/daging
Saya try buat rendang ayam dan daging mak ko ijo... alhamdulillah suami dan anak-anak suka :)

Bahan-bahannya:

Seekor ayam @ sekilo daging
2 genggam cili api (warna hijau je)
2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
6 btg serai
1 inci halia
**Blend semua dengan sikit air jadikan pes**

Santan (1 biji kelapa)
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar kerisik
3 asam keping
Garam, gula & bahan perasa

Cara-cara:

Tumiskan pes tadi minyak agak-agak la... dah kering sikit masukkan daun limau... pecah minyak masukkan ayam @ daging bersama asam keping.. dah kering sikit air ayam @ (daging boleh tambah air beberapa kali sampai empuk) masukkan santan dan kerisik.. Jangan lupa perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.. Taburkan hirisan daun kunyit.. ok siap!

Ikut la nak kering @ berkuah sikit... selamat mencuba ye :)

RESEPI RENDANG IKAN TONGKOL
resepi rendang ikan tongkol
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang ikan tongkol
Bahan A:
1 ekor ikan tongkol - Amie gunakan 2 ekor -1 kg - ketepikan bahagian kepala
3 cawan santan dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris halus
3 helai daun limau purut - dikoyak
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Bahan B : (dikisar)
15 tangkai cili kering - Amie gunakan 30 biji cili padi hijau
5 biji cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 sudu teh serbuk ketumbar (optional)
1 sudu teh serbuk jintan manis (optional)

Cara:
1. Potong ikan dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.
4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.

Kredit kepada: ZULFA LOVES COOKING

RESEPI RENDANG JANTUNG PISANG
resepi rendang jantung pisang
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang jantung pisang
Bahan:
1 biji jantung pisang yang besar - dihiris kasar
15 tangkai cili kering, 5biji cili padi, 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 3 batang serai, 2cm halia, 2cm lengkuas & segenggam udang kering @ bilis - semuanya dimesin halus
2 sudu besar kerisek, 1 sudu besar air asam jawa pekat, 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, garam & gula secukup rasa.
Semangkuk santan dari 1 biji kelapa.

Cara-cara:

Dalam kuali, masak bahan-bahan yang dimesin bersama santan hingga pecah minyak & pekat dengan api sederhana. Masukkan jantung pisang, asam jawa serbuk lada hitam & kerisek. Kacau hingga kering, rasa garam gulanya bila dah sebati.

RESEPI RENDANG PUCUK UBI
resepi rendang pucuk ubi
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang pucuk ubi
BAHAN-BAHAN :

Pucuk ubi dalam dua cekak/ dua ikat *boleh direbus sebentar/celur. Tengok pada daun pucuk ubi, kalau yang memang semua lembut tak payah rebus pun takpe.

Ikan bilis semangkuk (basuh dan bersihkan)
Santan kelapa 1 liter atau lebih lagi bagus
20-30 biji cili padi (tengok jumlah santan/ pucuk ubi)
Kunyit, halia, bawang besar, bawang putih (dikisar)
1 batang serai dihiris (dikisar)
1 batang serai untuk dimasukkn dalam gulai nanti
Kerisik dal 5 sudu (lebih lagi sedap)
Sehelai daun kunyit (dihiris)
Garam gula secukup rasa

CARA MASAK :

1) tumiskan bahan *kisar dengan sesenduk minyak sehingga agak garing.
2) masukkan hirisan daun kunyit dan ikan bilis lalu digaul rata dan biarkan seketika sehingga mesra

3) masukkan santan, garam dan gula secukup rasa dan masak dengan api sederhana sehingga terbit minyak. garam dalam 1 sudu besar, gula 2 sudu.. tengok jumlah santan dan citarasa masing-masing.

4) masukkan pucuk ubi dan kerisik dan gaul rata. Perlahankan api dan masak sehinggalah kering jadi rendang. *Sesekali gaul dan balik-balikan serta siram-siram mesra daun pucuk ubi tu

5) Hidang dengan nasi panas!

RESEPI RENDANG SOTONG
resepi rendang sotong
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang sotong
Kalau rasa terlalu bosan dengan rendang ayam/ daging.. boleh try ganti dengan sotong.

Resepi:

Jintan manis, jintan putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, bawang besar, bawang putih, cili kering (rebus dahulu), minyak masak sedikit - kisarkan semua

Panaskan kuali dengan minyak, masukkan semua bahan yang dikisarkan. Dah nak pecah minyak masukkan santan, kacau sampai sebati lepastu masukkan kerisik..

Agak-agak dah sebati semua, dah pecah minyak masuk 2-3 helai daun limau purut yang telah dicarik dan daun kunyit yang dihiris halus. Kemudian terakhir masuk kan sotong.

Nampak sotong dah tunjuk reaksi dah masak elok, tutup api dapur gas. Angkat dan boleh makan dengan nasi panas-panas.

Sekian senang je.. selamat mencuba!

Sumber: Lang Abdullah

RESEPI RENDANG TOK
resepi rendang tok
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang tok
BAHAN-BAHAN:

1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

RESEPI RENDANG UDANG GALAH
resepi rendang udang
16 RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP - rendang udang
Bahan-bahan:
1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
- Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
- Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
- Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
- Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

Selamat mencuba! :)

Smber: Cik Ckputeh Puteh



Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p