Total Pageviews

ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Merah, Kukus, Kicap, Goreng Kunyit

by - January 09, 2019
ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Merah, Kukus, Kicap, Goreng Kunyit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! AYAM.. Siapa je yang tak suka ayam kan? Ayam kampung ke, ayam bandar ke, ayam organik ke.. semua sodap sodap belaka jika dimasak! Goreng macam tu je pun sedap ratah. Apatah lagi jika kita masak dengan pelbagai jenis resipi. Bawah ni ada 10 idea aneka resepi masakan ayam untuk anda andaa yang sedang mencari idea untuk masak di rumah! Ada resepi yang memang mudah sangat! Simple mimple! Easy peasy cara memasak nya. Sesuai dibuat jika nak cepat. Ada juga masakan yang sihat seperti kukus. Haa pilih je mana resepi yang berkenan di hati~


ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM PELBAGAI JENIS


RESEPI AYAM KUKUS CHINESE
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Merah, Kukus, Kicap, Goreng Kunyit
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Kukus chinese
Bahan:
1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam)
2" halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
Garam secukup rasa

Bahan untuk perap:
3 sudu besar kicap cair
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada serbuk hitam
Garam secukup rasa
Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam

Cara Penyediaan:
1. Panaskan kukusan pada api besar.
2. Susun ayam atas pinggan kukusan.
3. Taburkan halia dan daun bawang.
4. Kukus sehingga empuk.

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
resepi ayam masak merah kenduri
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Merah Kenduri
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit ayam dan goreng - jangan garing sangat)

3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)

3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya

CARA MASAK:
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing. Lepastu masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Siap!

Sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

RESEPI AYAM MASAK THAI
resepi ayam masak thai
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Thai
Bahan A:
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/ holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan B: (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

Cara memasak:

Tumis serai yang dititik sampai naik bau.. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing. Dah garing masukkan bahan yang dah di-blend kemudian masukkan sos tiram, sos cili, air.

Last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap!

RESEPI AYAM GORENG MUDAH
resepi mudah ayam goreng
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Goreng Mudah
Bahan-bahan:
1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk kasar
1 labu bawang putih tumbuk kasar
1 sudu teh serbuk cili, garam, serbuk perasa ayam maggi ataupun knorr, tepung beras dan air

Kacau sebati kemudian boleh la goreng.
*tepung beras dan air jangan banyak sangat, cukup sekadar menyaluti ayam je
*nak perap dulu pun boleh

RESEPI AYAM PHAT PHET
resepi ayam phet phet
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Phet phet
Bahan A (Kisar):
5 biji cili padi
2 hiris halia
Kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B:
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula, secubit ajinomoto

Cara-cara:

1. Kisar @ Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau & setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air.
2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi boleh blend cili padi lebih. Masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je.

RESEPI AYAM KAM HEONG
resepi ayam kam heong
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Kam Heong
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 18.
2 ulas bawang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi potong kasar).
4 ulas bawang putih (ketuk).
6 cili merah (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
7 cili kampung (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
20 helai daun kari.
2 sudu besar sos cili.
2 sudu besar sos tomato.
2 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar kicap lemak manis.
3 or 4 sudu besar kari.
Minyak masak.
Garam.

Cara Penyediaan :
● Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam.
● Goreng ayam hingga masak. | Asingkan.
● Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air.
● Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi.
● Masukkan bancuhan kari dan daun kari.
● Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat.
● Masukkan ayam goreng serta hirisan cili.
● Gaul rata.
● Siap dihidang.

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS DAUN KARI
resepi ayam masak kicap pedas daun kari
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Kicap Pedas Daun Kari
BAHAN-BAHAN:
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cili kering blender
Bawang besar (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili padi hijau/ merah (belah dua)
Daun kari
Air asam jawa
Kicap
Air sikit untuk kuah
Garam (jika perlu sebab dah ada kicap kan)
Ajinamoto/ gula
Bawang besar (hiris bulat)

CARA PENYEDIAAN:

1. Ayam (goreng dulu tapi tak payah goreng garing sangat)

* Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan hiris dan daun kari sampai naik bau.. Pastu masukkan cili blender. Tumis sampai garing.

* Dah garing masukkan air asam jawa sikit, kicap dan air.. Biar kuah mendidih dulu..

* Bila kuah dah mendidih masukkan ayam goreng.. Masukkan garam (jika perlu), aji dan gula secukup rasa.

* Biarkan mendidih lagi sekali dan masukkan bawang hiris bulat dan cili padi.. Siap.
resepi ayam masak kicap pedas daun kari
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Kicap Pedas Daun Kari
RESEPI AYAM ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Minyak zaitun
Halia
Perasa Maggi
Sos black pepper
Sos tiram
Lada hitam
Madu
Sedikit air
resepi ayam ala kenny rogers
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - ala Kenny Rogers
CARA MASAK:

Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SEDAP

Ayam dipotong kecil-kecil dan gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam kasar dan gula.

Make sure dia pekat macam ni. Jangan campur air. Biar air dari ayam tu sendiri yang bagi lekat... biarkan dalam 15 - 30 minit.

Minyak jangan banyak sangat.. letak ayam sikit-sikit dalam 5-7 ketul pada satu masa.

Tengok... inilah kegaringan yang terbaik.. ini lah kegaringan aku cari selama ini di kedai-kedai yang jual ayam goreng kunyitttt...hahaha
resepi ayam goreng kunyit
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Goreng Kunyit
Boleh ditambahkan dengan tauhu goreng.

Buangkan sikit minyak bekas goreng ayam untuk tumis bawang putih, bawang holland, bunga kobis, carrot, kacang panjang, cili padi, cili merah, cili hijau.. tabur sikit gula, serbuk pati ayam dan titis cuka hitam.. goreng api kuat sampai garing sikit.. lepas tu gaulkan ayam yang dah digoreng tadi.

Siappp!!

** Makan dengan nasi putih... kalau ada sambal belacan lagi ferggghhh merecikkk.. first time cuba kicap manis enak.. not bad!

RESEPI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
resepi ayam masak kicap berempah
ANEKA 10 RESEPI MASAKAN AYAM - Masak Kicap Berempah
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam digoreng, jangan garing sangat (ketepikan)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
Jintan manis*
Jintan putih*
Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
Air asam jawa
Kicap manis/ kicap pekat
Sos tiram

CARA PENYEDIAANYA:

1. Tumis bahan bertanda*. Bahan ni ditumbuk/ blend ya.
2. Dah agak garing dan naik bau, masuk rempah 4 sekawan tadi.
3. Masukkan air asam jawa, kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Kalau suka kuah banyak boleh tambah air lagi. Tak perlu letak garam pun takpe sebab kicap dah masin. Ikut citarasa.. kalau rasa kurang masin boleh je tambah sedikit garam.
4. Dah mendidih masukkan ayam yang digoreng tadi.
5. Hiris bawang besar, cili merah, cili hijau masukkan dalam kuali (optional). Tak letak pun tak pe.

Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit to the original owner of recipe

You May Also Like

6 comments

  1. mudah aje resepi ayam merah kenduri tu.. yg lain2 pun sedap2 laa

    ReplyDelete
  2. Kebanyakkan resepi di atas saya tak pernah masak lagi. Boleh lah cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  3. adudu kc.... semuanya sedap2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. semua resepi di atas mmg antara fav kan..
    kak liez pun byk masak menu mcm ni kat rumah utk anak-anak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p