ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN - sayidahnapisahdotcom ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
LightBlog

ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN

ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alhamdulillah pejam celik pejam celik.. dah seminggu kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh mulia dan berkat ini. I know.. Raya lambat lagi. Tapiii.. niat saya nak share aneka resepi biskut raya 2019 & resepi kuih raya tradisional, kuih raya moden right now adalah untuk memberi idea pada mereka yang nak jimat duit buat sendiri di rumah rather than beli mahal mahal kat luar/ yang bertungkus lumus nak cari duit lebih mahu berniaga, bisnes kuih raya secara online/ yang nak merapatkan hubungan jalinan ukhuwah sesama ahli keluarga atau saudara mara membuat kuih raya berjemaah sambil membawang di kampung.

This is for youualss!

Macam macam resepi kuih raya dan biskut raya ada! Ada yang kuih raya tradisional, ada yang moden. Ada yang coklat, susu, oat, almond, cornflake, badam. Ada yang perlu bakar guna oven, ada yang tanpa oven pun boleh jadi. Yang pasti.. Semuaa nampak menyelerakan! (tengah puasa kan, memang nampak makanan sedap semua hahahaha)

Saya tak buat kuih raya ke? Ehem.

Saya tunggu abang-abang kakak-kakak saya balik sini raya nanti dengan membawa seguni kuih raya kahkahhhh! Oh. Dan kuih raya yang diberi oleh saudara mara di kampung muehehhee.


22 RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN


1. Resepi Kuih Raya ALMOND LONDON
resepi kuih raya almond london
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan:

250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung - ayak
300g tepung gandum - ayak
1 sudu besar tepung beras - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g coklat compound

Cara Membuat :

1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata.
3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/ lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
6. Cairkan coklat dengan kaedah double-boiler. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
7. Taburkan badam cincang di atasnya. Biarkan ia kering. Siap disimpan.

2. RESEPI Biskut Pistachios Delight
resepi biskut pistachios delight
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan:

250gm mentega
140 gula kaster
1/2 sudu teh pewarna hijau epal
1 biji telur
100gm pistachios, panggang dan kisar halus
430gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm colourful rice

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan pewarna hijau, gaul hingga sebati.
2. Satukan tepung yang di ayak bersama serbuk pistachios dan colourful rice, gaul rata.
3. Masukkan adunan mentega dan uli hingga menjadi doh.
4. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
5. Bakar dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.

3. RESEPI KUIH RAYA Biskut Arab Susu
resepi kuih raya biskut arab susu
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan:

2 cawan susu tepung (biasa guna susu nespray)
2 cawan minyak sapi -(tak perlu di cairkan dulu)
Sedikit garam
7 cawan tepung gandum (di ayak)
Ceri merah secukupnya -potong kecil kecil
Gula aising (untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara membuat biskut arab susu:

1. Campurkan susu tepung + minyak sapi + sedikit garam, gaul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil, hias dengan ceri dan bakar hingga masak (15-20min) pada suhu 180°C.
4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising.. siap!

4. RESEPI BISKUT OAT
resepi biskut oat
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-Bahan:

Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 teaspoon vanila

Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C
200gm oatmeal
200gm coklat chips
100gm chocolate masakan – dicincang kasar
100gm almond nibs – dibakar
50gm walnuts – dibakar

Cara Membuat:
1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu
persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.

2. Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul
hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.

3. Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar
pada suhu 160°C selama 20 minit atau hingga masak.

5. Resepi BISKUT PANDAN NESTUM
resepi biskut pandan nestum
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan:

-250gm mentega
-120gm gula icing
-50gm nestum (kisar kasar)
-300gm tepung redrose + 1/4 cwn
-1/4 cwn susu tepung
-2 sudu teh pandan paste
-1 sudu teh baking powder
-sedikit pewarna hijau [ ikut suka nak letak atau tak ]

Untuk hiasan:

-1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
-Nestum secukupnya

Cara-Cara:

1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2) Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3) Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.
4) Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5) Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6) Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7) Bakar pada suhu 150°c dalam 15-20 minit.

SELAMAT MENCUBA!

6. Resepi Kuih Raya MILKY OREO

resepi kuih raya milky oreo
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan A :
130 gm butter
70 gm gula kastor
1/4 tsp esen vanila
Secubit garam

Bahan B :
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
20 gm cornflakes ~ kisar halus
20 gm serbuk badam ~ bakar dulu
20 gm badam nib ~ bakar dulu
20 gm serbuk oreo
1/8 teaspoon baking powder

Cadangan Hiasan :
Coklat Putih
Serbuk Oreo

Caranya :
1. Pukul bahan (A) hingga sebati.
2. Masukkan bahan (B) dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
4. Setelah masak, biarkan sejuk.
5. Celup dengan coklat putih dan terus tabur serbuk oreo.
6. Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Tips SSK Mencairkan Coklat Putih :

Terlebih dahulu didihkan air dalam periuk kecil.

Potong coklat kecil-kecil, masukkan dalam bekas tahan panas. Tambahkan sedikit shortening. Timbangan shortening yang digunakan adalah 10% daripada timbangan coklat.

Setelah air mendidih, kecilkan api. Jika perlu tutup api. Tapi saya biasa kecilkan saja. Lepas itu letak bekas berisi coklat di atas periuk didihan. Kaedah ini dinamakan double boiler.

Perlu diingat, meletakkan bekas berisi coklat itu hendaklah dilakukan tanpa menyentuh air tersebut. Kita hanya perlukan wap panas air didihan itu sahaja untuk mencairkan coklat putih... berlainan dengan coklat masakan.

7. RESEPI BISKUT SUJI BERKACANG
resepi biskut suji berkacang
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan :

A.
150 GM BUTTER
100 GM MINYAK SAPI
120 GM GULA KASTOR
1 SBESAR MENTEGA KACANG

B.
200 GM TEPUNG SUJI /SOMALINA (KISAR HALUS)
200 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
100 GM TEPUNG GANDUM
½ STEH GARAM

HIASAN: KUNING TELUR, KACANG TANAH KISAR

Cara-Cara Membuatnya:
1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A.
2. MASUKKAN SEMUA BAHAN B. DAN ULI LEMBUT.
3. CANAI DAN TERAP, SAPU KUNING TELUR DAN TABUR KAN KACANG. SIAP!

8. RESEPI Biskut Snow Almond
resepi biskut snow almond
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan A
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B
300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung

Hiasan: Coklat masakan dan breadcrumb putih

Cara-cara:

1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai dan terap dengan acuan yang disukai.

3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.

4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

Selamat Mencuba!

9. Resepi JEJARI OATS
resepi jejari oats
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan:
250g mentega
40g gula kaster
2 cawan oats- dikisar
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Hiasan: (disatukan)
Gula aising
Tepung susu

Cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan oats. Gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan seperti jejari atau ikut suka.Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
4. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.

10. Resepi Biskut Badam
resepi biskut badam
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan:

1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
113 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar

Bahan Hiasan:
Kuning telur
Hirisan badam

Cara Menyediakan:

1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

11. RESEPI KUIH RAYA Chocolate Bubble Crunchy
resepi kuih raya chocolate bubble
Bahan-bahan:

Bahan A
200gm rice bubble
200gm mentega cair

Bahan B (dibakar dahulu)
200gm serbuk badam / gajus
100gm badam cincang (almond nibs)

Bahan C
250gm coklat masakan
50ml minyak jagung

Hiasan : manik berwarna atau disukai

Cara-cara :
1. Gaul bahan A hingga rata, kemudian bakar selama 15 minit pada suhu 160°C.
2. Bahan B dibakar terlebih dahulu, kemudian satukan bersama bahan A, gaul hingga rata.
3. Masak bahan C secara double boil, biar coklat cair angkat dan masukkan minyak jagung, gaul rata. Kemudian masukkan bahan A dan B tadi.

Sudukan ke dalam mangkuk kertas, tabur dengan bahan hiasan dan biarkan sehingga coklat membeku

12. Resepi Biskut Horlicks
resepi biskut horlicks
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan A

100gm mentega
50gm minyak sapi
60gm gula kaster

Bahan B

120gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm horlicks
50gm cornflakes kisar halus

Hiasan: serbuk horlicks secukupnya.

Cara-cara :

1. Pukul bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.

2. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.

3. Bakar pada suhu 150°C selama 25-30 minit.

4. Biarkan biskut suam, gaul dengan serbuk horliks.

*** jika adunan agak lembut, tambah sedikit tepung sehingga boleh di terap.

13. RESEPI KUIH RAYA Cornflakes Badam Ranggup
resepi kuih raya cornflakes badam
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
BAHAN:

- 1 3/4 cawan gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 3/4 sdt (sudu teh) baking powder
- 2 1/2 cawan cornflakes... (belum diramas)
- 3 sdb (sudu besar) badam hancur.... sangai dulu dalam pan.. atau bakar jap dalam oven dalam 5min... sambil-sambil panaskan oven tu
- 150g marjerin/butter
- 3/4cawan gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1/2 cawan cornflakes.. ramas ngan tangan.. (ni untuk digolek biskut sebelum bakar)

CARANYA:

- cornflakes ramas dengan tangan.. (saya lenyek ngan lesung batu.. sakit tangan kalo ramas dengan tangan...hihi)

- ayak tepung gandum, tepung jagung & baking powder

- pukul marjerin & gula hingga putih.. (saya guna whisk)

- masukkan kuning telur...pukul lagi sebati

- masukkan tepung, badam, & cornflakes...gaul sebati.. adunan agak lembik..

- bulat-bulat kan.. leperkan pula.. gaul dalam cornflakes hancur... susun dalam dulang pembakar

- bakar suhu 170 celcius selama 15 minit

**Satu adunan dapat -+100 biji

14. Resepi BISKUT NESCAFE
resepi biskut nescafe
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 peket kecil Nescafe 3 in 1
½ sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila dan juga kuning telur. Kacau lagi.

Masukkan serbuk Nescafe dan dikacau hingga sebati.

Seterusnya, masukkan tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.

Kemudian bolehlah diterap menggunakan acuan mengikut citarasa sendiri. Bakar hingga masak.

15. Resepi Kuih Raya Dahlia
resepi biskut dahlia
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan

3 biji merah telur
2 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin tepung jagung
2 cawan tepung gandum
2 cawan mentega
2 ½ cawan gula halus
½ sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan

Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar.

16. RESEPI Biskut Choco Kelapa
resepi biskut choco kelapa
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Biskut ini sudah pasti digemari kanak-kanak yang berkunjung ke rumah, kerana bercoklat.

BAHAN-BAHAN:
200 gm gula
400 gm mentega
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam
150 gm kelapa kering
150 gm cip coklat

HIASAN:
Coklat secukupnya | dicairkan
Badam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga sebati. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, esen vanila, garam, kelapa kering dan cip coklat.
2. Kacau sehingga kesemuanya sebati. Bentuk adunan tersebut menjadi bulat dan masukkan ke dalam adunan kek.
3. Bakar pada suhu 170° selama 20 minit. Apabila sudah masak, sejukkan dan hiaskan mengikut cita rasa tersendiri.

17. Resepi Kuih Raya Gajus Tanpa Telur
resepi biskut gajus tanpa telur
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahannya:

250gram butter (saya guna golden churn yang sejuk tu, bukan dalam tin)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula halus (castor / icing)
1/2 cawan brown sugar - boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 cawan gajus - kisar halus
1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
Manik / biji gajus utk hiasan

Cara-caranya:

Gaul rata semua jenis tepung bersama-sama kacang gajus ketepikan, dalam mangkuk lain kacau sebati semua jenis gula bersama butter dan esen vanilla hingga lembut dan sebati masukkan tepung gaul dan ramas (bukan uli ek) bila dah sebati, canai ikut ketebalan yang diingini dan terap gunakan acuan pilihan hiaskan ikut suka dan bakar saya gunakan suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 10 - 15 minit ikut oven memasing.

Dah siap. rasa nya memang tak dinafikan sedap giler.

18. Resepi Kuih Raya Makmur
resepi biskut makmur
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan :
150g minyak sapi
100gm Butter
500gm Tepung Biskut Mix Segera GUNDUSSS

Cara:
• Sebatikan semua bahan
• Dah bakar salutkan dengan gula icing
• Bakar 170c selama 20-25 minit

Bahan inti:
200gm kacang tanah bakar dan tumbuk kasar
30gm mentega kacang
50gm gula

Cara:
Sebatikan semua bahan

19. RESEPI KUIH RAYA Chocolate Chip Hershey Cadbury Kacang
resepi kuih raya chocolate chip hershey cadbury
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan-bahan :

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k (sudu kecil) soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yang dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pada suhu 170 degree celcius

20. Resepi Coklat Cornflake
resepi kuih raya coklat cornflake
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Sedap dan mudah dibuat ..

Bahan-bahan :

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 60 biji
Cara memasak : Bakar

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:

100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

CARA MEMASAK:

1. Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan B.
2. Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
3. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.
4. Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

21. Resepi Biskut Peanut Butter
resepi biskut peanut butter
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Bahan:
1 biji kuning telur
1 cawan gula caster
3/4 cawan peanut butter
3/4 cawan shortening
1 1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
1 teaspoon (tsp) baking powder
1 tsp essence vanilla
3/4 cawan butter
Kismis

Cara-caranya:

1. butter, shortening, gula sampai kembang
2. masukkan kuning telur, kacau
3. masukkan essence vanilla, kacau
4. masukkan peanut butter, kacau sampai rata
5. campurkan kedua tepung
6. masukkan ke dalam adunan, kacau
7. bulat-bulatkan
8. grease mentega dalam acuan, letak kismis kat tengah-tengah conet acuan tu, masukkan adunan yang dah dibulat-bulatkan tadi. tekan sikit bagi sama paras dengan acuan
9. bakar 170C for 15-20 minit

22. RESEPI KUIH RAYA Almond Rangup
resepi kuih raya almond rangup
ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019 | KUIH RAYA TRADISIONAL & MODEN
Biskut ini mempunyai tekstur yang rangup dan enak.

BAHAN-BAHAN:
285 gm tepung gandum
170 gm tepung jagung
170 gm mentega
200 gm gula
4 biji kuning telur
140 gm badam | ditumbuk
5 gm esen vanila
5 gm esen badam

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk adunan hingga kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan badam. Pukul lagi hingga sebati.
3. Selepas itu masukkan tepung, tepung jagung dan kacang almond. Adun hingga sebati.
4. Canai doh hingga leper, kemudian potong secara segi empat dan sapukan kuning.
5. Bakar pada suhu 180ºC selama 10-15 minit.


| p/s: Resepi dan gambar bukan hak milik saya. Credit to its owner :) |



Post a Comment

6 Comments

  1. chocolate bubble crunchy and chocolate corn flakes is lifeeeee

    ReplyDelete
  2. Dari sebelum puasa pun sebenarnya ramai peniaga dah buka tempahan kuih rayakan..malahan ada yang dah tutup tempahan pun..hehehehehe..terima kasih kongsi resepi biskut raya ya..

    ReplyDelete
  3. ahhaha selalu save rsepi kuih raya lepas tu tak buat beli je adoi hahahha

    ReplyDelete
  4. Kuih Raya almond London Tu paling favourite. Tiap tahun wajib Beli.

    ReplyDelete
  5. Macam biasa, kuih tunjuk tunjuk lee kiteee. hahahhahaa

    ReplyDelete
  6. Macam diya, kuih raya yang wajib ada ialah tat nenas. Tapi kalau ikut senarai di atas, apa-apa yang disalut coklat menjadi kegemaran.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p