TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Cara Semak BSH Bujang 2019 (Bantuan Sara Hidup RM100)

by - May 21, 2019
Cara Semak BSH Bujang 2019 (Bantuan Sara Hidup RM100) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa tiba tiba cerita pasal Bantuan Sara Hidup (BSH) Bujang 2019 ni awatnya? Bukan apa.. Semalam ada orang tanya kat saya bila tarikh Fasa 2 BSH 2019? Saya pun tak teringat langsung sebab saya kan bujang, mana ada fasa 2 bagai ni haha.. malah, tak layak pun nak mohon BSH 2019 so takde la nak excited sangat. Kalau ikut jadual pembayaran BSH Fasa 2, memang bulan Mei 2019 + sebelum raya. Tapi specific date tu pihak kerajaan belum umumkan lagi so, saya pun tak boleh nak komen lebih lebih lah bab tu. Walaupun ada yang menjangkakan duit bsh fasa 2 masuk akaun bank pada 23/24 Mei 2019.. tapi saya takmau lah beri harapan palsu haa. Tunggu confirm keluar berita, baru boleh update.

Sementara pengumuman official bila tarikh bayaran fasa 2 BSH, kita cerita dulu lah BSH para bujang.

Saya yang single and not available ni Alhamdulillah sudah pun terima RM100. Lama dulu dah. Hujung bulan Mac 2019 haritu. Saya ingatkan semua orang berstatus bujang dah dapat RM100 ni. Tapi bila baca di Maklumat Terkini BSH..

"BSN dalam proses meningkatkan sistem BSH diperingkat BSN. Oleh itu, sebarang urusan pembayaran Fasa 1 termasuk bagi penerima Bujang dan tuntutan SKK BSH 2019 adalah tidak boleh dilakukan buat sementara waktu di kaunter BSN dalam tempoh 16 sehingga 28 Mei 2019 (13 hari). Urusan pembayaran ini akan dibuka semula di kaunter BSN mulai 29 Mei 2019."

Saya pun consider, ohh masih ada orang bujang yang belum terima lagi. Mungkin yang belum dapat ni sebab status kredit nya - Gagal Kredit.


Bagaimana Cara Semak Status Kredit BSH Bujang 2019?



2. Di bawah 'Semakan Penerima Bujang', masukkan nombor kad pengenalan (No. MyKad).
semak bsh bujang 2019
cara semak bsh bujang 2019
3. Klik icon 'Search' di tepi itu. Then, scroll bawah sikitt.. here is the result!
bsh bujang semak 2019
keputusan semakan status kredit BSH Bujang 2019

Pada mereka yang bujang tapi berstatus Gagal Kredit.. boleh baca info terkini BSH di bawah ini untuk makluman lanjut:

Pemohon Kategori Bujang (RM100) yang berstatus Gagal Kredit akan menerima Surat Makluman Gagal Kredit mulai 22 April 2019 dan perlu membawa surat berkenaan ke BSN bagi tujuan penunaian.

Walau bagaimanapun, sekiranya Pemohon Kategori Bujang (RM100) masih belum menerima Surat Makluman BSH 2019 untuk penunaian di BSN, penerima boleh membuat penunaian terus (tanpa Surat Makluman) di BSN dengan hanya membawa MyKad Asal berdasarkan status pengkreditan seperti di bawah mulai:
  • 25 April 2019 – bagi pemohon yang Tidak Mempunyai Maklumat Akaun
  • 2 Mei 2019 – bagi pemohon yang berstatus Gagal Kredit

Penunaian di BSN adalah berdasarkan Nombor Siri yang boleh disemak pada Portal BSH > Semakan Penerima Bujang. Cetakan Salinan Surat Makluman BSH 2019 berkenaan tidak akan dikeluarkan.

Pembayaran BSH 2019 Sebanyak RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang. Pembayaran berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:

Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018

Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon

Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh contact pihak BSH.

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.


Okay thats all. Semoga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)


You May Also Like

3 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p