TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari

by - May 25, 2019
Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ramai yang tanya saya macam mana nak dapat pageviews (PV) tinggi? Ada cara mudah untuk naikkan PV tak? Ada tips untuk tingkatkan PV blog dalam masa yang singkat tak? Apa rahsia dapat trafik blog tinggi? Bagi la tips blog sikit...

Okay saya jawab tau. Saya akan beri tips dan cara cara naikkan trafik blog berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya berani nak share di sini pun sebab saya dah pun tengok hasil positifnya.

So.. marilah kita sama sama amalkan hehe. Yang penting keyword dia.. usaha dan rajin. Gitchuw.

Siapa yang pernah baca entri Tips Tingkatkan Trafik Blog #8? Kalau ada, kat situ saya ada bagi tips which is perbanyakkan ping/share entri kita di group Facebook. Tip yang saya nak beri ni pun ada kaitan dengan yang itu.


Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari

tips blog trafik tinggi
Tips Blog: Cara Tingatkan Trafik Blog
Langkah-langkahnya (gitchuww. dah macam tutorial haha):

1. Buat entri yang hot dan dapat tarik minat orang. Terutamanya yang berkaitan dengan isu semasa, berita terkini, benda baru orang tak tahu.

Ni terpulang pada individu. What kind of topic or what niche do you write. Yang penting entri tu mestilah menarik perhatian orang ramai untuk klik dan baca. Tak kisah lah isu semasa ke.. Parenting topic ke.. Tips ke.. Berita panas ke.. Resepi ke.. Tempat pelancongan ke.. Review ke.. Yang penting benda tu kena WOW!

Saya beri contoh entri hits yang saya tulis:

(i) Berkaitan dengan resepi
- Koleksi 20 Resepi Nasi Goreng Mudah dan Sedap
- resepi biskut raya
- resepi air berbuka puasa
- 30 resepi menu lunch, dinner

(ii) Berkaitan dengan berita semasa:
- tarikh tukar duit raya 2019 di bank
- pengasas DNARS meninggal dunia
- Sultan Pahang kelima mangkat di IJN
- Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa 2

(iii) Berkaitan agama/islamik
- Keluar air mani di siang hari Ramadhan

For example.. entri terbaru BSH 2019 Fasa 2 tu.

Malam semalam pukul 10 gigih buat entri hahaha. Sebab berita tentang tu masih baru dan panas. Tambahan lagi, netizen memang tengah tunggu bila tarikh tersebut. So saya tahu mesti entri tersebut akan hits. Walaupun time tu dah malam, tapi saya tahu penghuni Facebook ada yang tak tidur lagi hehe.

Buktinya.. saya share entri tu di banyak group FB sehinga lah around pukul 11.30 malam (ye.. kena rajin ye haha) dan bila saya bangun pagi tadi.. check.

Tengok pageview entri tersebut dah 1,000 lebih!
tips blogging trafik tinggi
Tips Blog: 1,000 PV in less than 24 hours!
Tu just contoh tau haha. dan hanya nak share pengalaman saya sahaja.

2. Pastikan tajuk entri catchy dan 'mengundang'

p/s: mengundang MINAT ye. bukan mengundang fitnah mahupun cacian haha.

Okay yang ni..  Tengok juga lah.

Kalau nak cerita pasal berita semasa.. tak perlu tajuk yang gah dan panas pun. Just direct. Straight to the point.

Contoh entri latest tentang BSH. just direct tajuk pasal tarikh BSH 2019 Fasa 2. Tak perlu bersimpang siur.

Selain dari tu.. Kena buat tajuk yang bila orang tengok, orang nak tahu lebih lagi. Buat tajuk yang bila orang baca, orang terus "HA?!" atau "wah apa ni? Tak tahu pun pasal benda ni". Lebih kurang macam tu la reaksinya hehe.

Contoh tajuk entri yang saya pernah buat:
- kahwin baru sebulan tapi usia kandungan dah 4 minggu? Apa maksudnya?
- bahaya daun pandan
- ALAT BUNUH BAYI! INI BENAR! INI FAKTA!

Jadikan tajuk yang kalau kita baca pun, kita akan tertarik.

3. Letak first gambar yang menarik

Kenapa kena letak gambar pertama yang menarik?

Sebab first gambar tu lah yang akan jadi thumbnail picture entri blog kita.

Gambar thumbail tu yang akan muncul bila kita share entri di mana mana tempat mestilah kena menarik perhatian orang kan?

4. Bila dah siappp semua step di atas.. Share entri tersebut di group group Facebook yang bersesuaian.

Kalau entri makanan, masakan, resepi.. Share lah di group resepi.

Kalau entri selain dari tu.. Share lah di group FB yang lain.

Tak tahu group FB apa yang ada?

Boleh lihat di SINI. Saya ada senaraikan. Saya pun memang akan rujuk di situ.

Tak faham lah. Macam mana nak share entri kita kat group FB?

Okay takpe. saya ada buat video (ada 3 bahagian) pada sesiapa yang masih kurang jelas bagaimana nak ping entri:

PART 1


PART 2


PART 3


Takde ping entri secara automatic ke? Memang kena manual?

Yeap. Saya share one by one.

Kalau dapat notification 'spam' dari Facebook macam mana?

Okay benda alah spam ni akan berlaku kalau kita lamaaaaaa tak buka FB atau kita share entri yang sama banyak kali di banyak tempat.

Bila kena label spam, post kita tu jadi tak visible di dalam group. First of all, kita klik pada notification tersebut dan klik yang post tu not spam. Then, beberapa hari lepas tu try lagi. Dan lagi. Sehinggalah kita boleh post.

Lagi satu tips elak spam.. Jangan sign in di dua (atau lebih) tempat yang sama. Contoh kalau sign in FB di laptop.. Jangan sign in kat handphone. Thats why saya tak install apps FB di phone. Untuk elakkan spam terjadi hehe. Saya hanya login FB kat lappy je. Sebab saya update blog share entri semua guna lappy. Senang, mudah.

5. Lepas dah share, jangan biarkan terus.

Klik like. Dan kalau komen sekali pun bagus.

Bagus untuk apa?

Untuk naikkan engagement post tersebut. Post kita akan jadi top di timeline group tu.

6. Kalau ada orang komen post kita tu.. Jangan tak layan.

Kita kena like and reply comment tersebut. Even its just a smile pun dah okay.

Sebab apa?

Untuk naikkan engagement  post tersebut. Nanti kita yang untung hehe. Trafik blog naik. Earnings Nuffnang/ Adsense/ Innity pun akan naik inshaaAllah.
tips blogging trafik tinggi
FOKUS! DAN RAJIN! hehehe
Thats all! InshaaAllah kalau entri tu 'kena' dengan 'taste' orang, memang laku. Nak tahu topik apa orang suka.. Itu kita kena ber-experiment sendiri lah hehe.

Tapi so far yang saya dah experiment..

Hasilnya, orang suka entri berita semasa yang tengah hot, berkaitan dengan duit, kemudahan rakyat.. Entri resepi, makanan, minuman.. Benda viral.. And entri yang ada tajuk 'mengundang' kecaman orang haha.

Thats why kena pandai main dengan tajuk. Sebab dengan tajuk tu.. Orang boleh tertarik nak baca.

Moga bermanfaat! Kalau ada salah dan silap, i'm sorry. Yang baik semuanya dari Allah. Yang buruk of course datang dari saya.

Kalau ada apa apa soalan, drop di ruangan komen okay?


You May Also Like

16 comments

  1. banyak mama kena belajar dgn KC.. tinggi ilmu KC tq for tips ye KC. Bagus lah KC tak lokek ilmu semoga ilmu yg dikongsi menjadi amal jariah KC

    ReplyDelete
  2. Moga rezeki SN terus melimpah ya..berkat berkong ilmu ini..aamiin.Terima kasih sangat-sangat.

    ReplyDelete
  3. terima kasih infonya.....memang berguna pada semua terutamanya blogger baru

    salam kenalan dari blog oohsenyum.com

    nak tanya ini, sudi ke tukar link dengan blog oohsenyum? (bloglist) tingkatkan lagi views blog ini insy Allah. Kalau sudi beritahu ye di comment www.oohsenyum.com saya tunggu.terima kasih

    ReplyDelete
  4. uwahhhhh okay dah bookmark untuk masa hadapan. takut lupe nak cri kt mana nnt. thnk you kc *hugs

    ReplyDelete
  5. tq atas prkongsian KC.. sngt berguna smua tip nya. <3

    ReplyDelete
  6. Wahh best tips nI. Tq taw sharing.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p